-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 15 April 2014

RAJA AZMI DIKATA SEWEL PERTIKAI PAKAI TUDUNG.....tak takut ke kak??

PEMBACA



Untuk apa dia pergi Umrah kemudian PERTIKAI HUKUM ALLAH? Semasa dia mengerjakan Umrah kenapa DIA BERTUDUNG kalau kenyataan beliau dibawah ini diambil kira? 

Kita tidak boleh halalkan yang telah ditetapkan HARAM.....dan kita tidak boleh gunakan akal fikiran untuk menafsir perintah Allah. Nur tak tahulah samada Raja Azmi sedar atau tidak apa yang dia ini .
Apabila ditanya oleh wartawan mengapa dia tidak menutup aurat selepas pulang dari mengerjakan umrah, Raja Azmi menyatakan dia mahu mencukupkan solat lima waktu dahulu kerana baginya itu lebih penting.
Tak apalah kalau dia tidak kisah orang tahu solatnya compang camping pada usia sudah 55 tahun, namun ayat seterusnya dari mulut pengarah dan produser filem ini agak kontroversi kerana membabitkan hukum agama.
Raja Azmi dirakam berkata, “Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak penting.
“Kalau betul (tak pakai tudung) satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka Kak Mi tak boleh terimalah semua tu.”
Tambah Raja Azmi, yang penting baginya adalah amal ibadat dalam solat yang perlu dibetulkan dahulu.
Ditegur wartawan apa yang dikatakannya itu boleh dianggap lantang Raja Azmi menjawab, “Kak Mi bercakap sebab dah fikir sebab tu lantang bercakap. Kalau tak fikir Kak Mi akan cakap benda yang bodoh.”
SUMBER -DISINI

Lihat video yang dikongsi dari Facebook dibawah 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.