-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 20 April 2014

INI PUNCA KENAPA MP LANGKAWI TIDAK DIAMBIL TINDAKAN OLEH POLIS.

PEMBACA

ADAKAH INI KELEMAHAN PIHAK PEMBANGKANG??
Kenapa MP Langkawi Dato Ir Nawawi Ahmad yang menghina mendiang Karpal Singh tidak diambil tindakan masih hangat diperkatakan seolah olah TIADA KEADILAN apabila melibatkan pembangkang.
Baiklah......disini penulis berikan satu jawapan maut, KENAPA TIADA TINDAKAN DIAMBIL 

INI yang dipertikai dan diperkatakan.... KENAPA TIADA TINDAKAN DIAMBIL......


ANTARA KOMEN Facebook  YANG PENULIS SALIN 

Undang2 malaysia hanya utk org kebanyakan....

bkn double standard tp stndrd ah malaysia.

kt malaysia ni kalau 'BN' sume lepas.haramjadah

 krajaan yg xadil...

Dacing berat sblh

Esok2 kat akhirat jawab la dengan allah.. jadi pemimpin pun xleh adil

La wakil rakyat tu org bn. Yg dicaci org dap. Inilah demokrasi malaysia.

Klu umno BN, wat ape pun boleh..

Adakah POLIS amalkan diskriminasi, adakah undang undang kita UNTUK yang tertentu saja.......Itu semua persoalan yang ditimbulkan diatas.

Tahukah anda KENAPA TINDAKAN DIAMBIL terhadap remaja diatas ? KERANA TIADA  LAPORAN POLIS dibuat ,bila ada laporan polis,barulah tindakan dapat diambil.

Alahhhhhhhh! Buat report pun polis tak akan ambil juga tindakan kalau melibatkan pembangkang?? Ini alasan yang biasa kita dengar, tapiiii.....pernahkah anda MENCUBA? Itu persoalannya, Kita ambil contoh begini,

" Kita pakat ramai ramai buat laporan polis ,kemudian kita sebarkan dan kecoh kecohkan, tak kan polis tak ambil tindakan demi menjaga Imej pasukan mereka? Tak kan dalam sebiji nangka semua isinya ROSAK.....kita mencuba dahulu ,barulah kita boleh meluahkan kekecewaan......

Biar kita kurang bercakap,tapi banyak bertindak.....itu maksud yang lebih jelas supaya parti pembangkang ini tidak lagi dilabel cuma TAHU BERCAKAP .....Kita ambil contoh, Apabila ada pemimpim mereka dihina,mereka "kecoh dan gempak" pergi buat laporan polis untuk diambil tindakan......kenapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama?

Lihat bukti penulis lampirkan dibawah - ADA LAPORAN POLIS BARU ada tindakan polis...setakat ni ada laporan polis terhadap MP Langkawi ini dibuat??



OK, sekarang penulis dah beritahu PUNCANYA, sekarang cuba buat laporan pada Groups dibawah ni yang masih aktif menghina pemimpin tak kira kerajaan mahupun pembangkang. Bila dah buat laporan polis sebarkan untuk tatapan umum kerana selagi tak tersebar,agak sukar tindakan diambil.




KLIK FACEBOOK 1

Kenapa pula penulis cadangkan mereka yang berada dalam groups diatas, bukan Dato Ir Nawawi ? Jawapnya kerana MP Langkawi ini sudah meminta maaf dan   rasanya MP Langkawi ini SUDAHPUN BELAJAR SESUATU DALAM ISU INI DAN MENERIMA PADAH akibat tindakanNYA ! 

MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Karpal Singh atas jemputannya kepada orang ramai untuk 'sambut cabaran Karpal' yang tersiar pada lama Facebook beliau pada 17 April lalu.

Nawawi dua hari lalu menyiarkan gambar mayat Karpal bersama keratan laporan akhbar 24 tahun lalu yang menegaskan pendirian Karpal menolak pembentukan negara Islam.
Karpal dalam keratan itu dilapor berkata "Mahu wujud negara Islam langkah mayat kami dulu".

Laman Facebook dengan nama "Dato Ir Nawawi Ahmad" itu, dengan nada bergurau, telah menyiarkan keratan itu bersama status berbunyi "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh. sila bagi nama."

Hari ini, Nawawi meminta maaf menerusi status Facebook miliknya.

"Saya ingin menzahirkan perasaan kesal dan sesal saya atas perkara yang berlaku dua hari lepas berhubung tulisan di laman Facebook peribadi saya berkaitan kejadian yang menimpa mendiang Karpal Singh.

"Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa kesalnya saya, dan betapa perlunya saya meminta maaf kepada keluarga mendiang YB Karpal Singh dan semua orang yang saya singgung dengan tulisan yang cuai dan sia-sia itu," status Facebook terbaru Nawawi dipetik.

Beliau bagaimana pun tidak menyatakan sama ada status kontroversi sebelum ini ditulis beliau sendiri.

"Walaupun ada beberapa orang dan pengendali mengemaskini status Facebook saya, saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara yang telah berlaku," katanya lagi.

Sementara itu, bercakap dalam satu sidang akhbar malam ini, Nawawi berkata kemarahan yang tercetus di alam siber ekoran kenyataannya tentang kematian Karpal Singh telah mendorongnya untuk memikirkan semula tindakannya dan sedar bahawa telah melakukan kesilapan.

Katanya, beliau membacanya semula beberapa kali dan barulah beliau sedar mengapa begitu ramai orang kecewa, kerana ia sangat tidak sesuai.

Nawawi, yang awal hari ini membuat permohonan maaf di Facebook, berkata beliau juga mahu membuat permohonan maaf secara peribadi.

Mengenai imej yang telah disiarkan itu, Nawawi berkata beliau melihatnya di Internet dan telah menyalin dan menampalnya ke Facebook beliau dengan menggunakan iPhone beliau.

Katanya, skrin iPhone adalah kecil, jadi beliau tidak dapat melihat imej tersebut dengan jelas.
Kemudian, katanya, apabila melihatnya pada skrin komputer, beliau sedar ianya bukan sesuatu yang baik untuk diedarkan.

Ditanya apa di fikirannya apabila dia menulis mesej yang kolaj tersebut, Nawawi berkata cabaran Karpal terhadap negara Islam adalah perkara yang pertama yang datang ke mindanya dan beliau telah menulis tanpa berfikir dua kali.

Nawawi berkata permohonan maafnya dibuat dua hari kemudian kerana beliaiu hanya tiba di Kuala Lumpur dari Sarawak hari ini.

Katanya, beliau tidak dapat menghadiri pengebumian Karpal esok tetapi akan membuat permohonan maaf peribadinya  kepada keluarga Karpal jika berpeluang.

"Saya menyedari terdapat dua perkara utama kesilapan ini berlaku.

"Pertama adalah tidak sopan untuk saya atau pegawai saya menggunakan gambar mendiang Karpal Singh yang diambil di tempat lain secara 'copy and paste' dan diletakkan ke dalam akuan FB saya.

"Kedua, adalah tidak wajar dan tidak layak bagi saya selaku seorang ahli Parlimen untuk meletakkan nota yang berbunyi "sapa nak sambut cabaran Karpal sila bagi nama."

"Setelah merenung dan mengkaji serta berfikir panjang tentang natijah coretan saya tadi, saya sedar dan berpendapat bahawa tindakan saya amat tidak beretika dan tidak wajar bagi orang ramai menerima apa yang telah saya perkatakan. Saya merasa amat menyesal dengan tindakan saya itu," katanya.

Hari ini, katanya, beliau ingin merakamkan rasa penyesalan yang tidak terhingga dan memohon kemaafan khususnya kepada ahli keluarga mendiang Karpal Singh dan seluruh Malaysia amnya yang tersinggung dan terasa hati dengan perkataannya di dalam Facebook.

"Dengan ini saya menarik balik kata-kata saya kepada mendiang Karpal Singh dan keluarga," tambahnya.

Beliau juga berjanji untuk lebih berhati-hati dan berhemah dalam penulisan membabitkan akuan Facebook pada masa akan datang.

"Saya secara peribadi menghormati mendiang sebagai seorang yang berwibawa, mempunyai prinsip dan berani menegakkan roh perlembagaan yang suci di negara ini," katanya serta mengucapkan salam takziah kepada keluarga Karpal.

SUMBER SINI 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.