-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 23 April 2014

GEMPAR! PENJELASAN KENAPA BUKAN ISLAM TIDAK BOLEH PERTIKAI HUDUD

PEMBACA

DIBENAR UNTUK SEBARAN AM! ....

Maka benarlah pesan Allah jika kita dalam kesulitan RUJUKlah AL-QURAN, maka penulis jumpa JAWAPAN yang SEMEMANGNYA SUDAH ADA pun dalam Al Quran dan PERLEMBAGAAN SENDIRI ,cuma kekadang kita TERLEPAS PANDANG atau tidak mahu mengkajinya dengan lebih mendalam tentang HUDUD.


Kita rujuk apa yang ditulis oleh perlembagaan yang menjadi RUJUKAN dan teras pentadbiran negara kita sekarang , anda baca dan fahami maksud PERKARA 3 dibawah yang penulis ambil dari PORTAL RASMI KERAJAAN MALAYSIA ,


Agama Rasmi Malaysia
Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa "Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya". Ini bermakna walaupun Malaysia telah mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk perpaduan yang kukuh antara kaumdan ini telah dibuktikan dengan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini.
SUMBER SINI

Dari kenyataan diatas, semua pihak tak kira apa bangsa,apa agama dan apa pendirian politik MEMAHAMI dua perkara teras utama iaitu Agama Islam adalah agama rasmi manakala Agama lain boleh diamalkan dengan aman damai yang jika dilihat dengan lebih mendalam memberi makna " Tiada mana mana pihak pun BOLEH MENGHALANG". 

Itu yang tertulis dalam perlembagaan ,ini pula yang tertulis dalam Al-Quran  dan telah diamalkan oleh kita telah sekian lama iaitu PUASA. Kita amalkan puasa dalam negara kita tanpa ADA BANGKANGAN ATAUPUN HALANGAN dari mana mana pihak, betul kan? 

Apa pula kaitan Puasa dengan hukum HUDUD? Kaitannya supaya kita dapat memikirkan kepada penyelesaian masalah dibawah.......

- KENAPA HUKUM HUDUD TIDAK DAPAT DIAMALKAN , sedangkan puasa boleh......jawapnya kerana puasa telah diamalkan sekian lama dan bergantung kepada hak seorang muslim yang telah cukup syaratnya sedangkan HUDUD bergantung kepada PEMERINTAH beragama ISLAM. 
(Maksud yang lebih jelas disini ialah, jika HUDUD ini boleh diamalkan dengan mudah oleh setiap muslim,ianya telah lama dilaksana,tetapi apabila HUDUD ini memerlukan kerjasama PEMERINTAH ianya jadi sukar untuk dilaksanakan walau pemerintahnya terdiri dari orang ISLAM sendiri )

- SIAPA YANG MENENTANG HUKUM HUDUD TERSEBUT? Ok ......dari apa yang dipaparkan oleh media negara kita yang menentang hudud ini terdiri dari golongan bukan Islam dan orang Islam sendiri, kita lihat dahulu PENENTANGAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM .....

Tadi anda dah diberitahu apa terkandung dalam perlembagaan yang penulis sebut diatas kan, persoalan disini .......BOLEHKAH GOLONGAN BUKAN ISLAM INI MENENTANG HUDUD sedangkan ianya adalah amalan berkaitan undang undang  orang islam sama seperti puasa ?  Contoh paling tepat ,Seorang Muslim ditangkap kerana tidak PUASA dan dikenakan denda dan sebagainya......

BOLEHKAH ORANG BUKAN ISLAM pertikai TANGKAPAN ITU??Tidakkah boleh menjadi SATU KESALAHAN jika mereka menghalang kerana seolah olah " SEAKAN SUDAH MELANGGAR APA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN" yang menekankan SETIAP AGAMA BOLEH MENJALANKAN amalan agamanya dengan AMAN DAMAI tanpa sekatan.

Adakah orang Islam pernah MARAH pada penganut agama lain yang menjalankan aktiviti keagamaan mereka seperti pecahkan kelapa ditengah jalan, kita marah orang kunjungi gereja,kita pergi bakar patung tuhan mereka.....ada?? 

Kenapa pula mereka nak halang kita buat HUDUD? Sebab hukum Hudud ni melibatkan MEREKA KAH? PASTINYA TIDAK kerana hukum hudud ini cuma UNTUK ORANG ISLAM , cuba beritahu penulis berapa ramai orang BUKAN ISLAM TELAH DIHUKUM menggunakan hukum HUDUD? Adaaaa??

Dimana fakta yang mengatakan HUDUD ini juga untuk orang bukan ISLAM? Adakah tertulis dalam Al Quran, POTONG TANGAN ORANG KAFIR YANG MENCURI? Adakah tertulis dalam Al-Quran rejam orang BUKAN ISLAM  yang berzina? Yang tertulis dan nyata dalam setiap ayat al-quran ialah HUKUMAN UNTUK ORANG ISLAM yang melakukan kesalahan...

Malah, Tun Dr Mahathir sendiri pun DAH MENGAKUI HUKUM HUDUD ini cuma UNTUK ORANG BUKAN ISLAM seperti dibawah.

Lupakan dulu ayat ayat lain dari Tun kerana penulis akan jelaskan dibawah nanti, anda cuma perhatikan pada ayat yang penulis garis merah diatas, nampak kan HUDUD NI UNTUK orang bukan ISLAM seperti diperakui oleh Tun dalam sidang media beliau BARU BARU INI...KLIK SINI .....(bukan petikan  lama ni penulis ambil hahaha)  

Jadi apa motif dan alasan munasabah mereka MENGHALANG KITA? Pasti mereka tiada alasan KUKUH MALAH KITA BOLEH AMBIL TINDAKAN PULA TERHADAP MEREKA berpandukan pada PERLEMBAGAAN DIATAS atas alasan 'MENCAMPURI DAN MENGHALANG kita mengamalkan hukum ISLAM" sedangkan kita tak pula pernah campuri hal agama mereka.


(Non muslim juga tidak perlu takut terhadap perlaksanaan hukum Hudud justeru Hudud adalah hukum yang wajib terpakai ke atas ummat Islam sahaja sementara non muslim diberi peluang memilih. Jika mereka bersedia dengan rela mahu menerima pakai hukum Allah , maka dibenarkan sementara mereka enggan maka dipulangkan mereka kepada hukum agama mereka jika agama mereka menyediakan bentuk hukuman tertentu di atas kesalahan yang dilakukan atau jika tiada, berlandaskan konteks negara kita, kembali kepada undang - undang konvensional yang ada pada hari ini. Keputusan memberi hak memilih kepada non muslim ini adalah dari ketetapan Allah swt yang tidak boleh persoal oleh manusia. Firman Allah swt di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." )

Baik,kita pergi pula kepada penentangan oleh orang ISLAM SENDIRI  yang pada pandangan penulis lebih bermotif POLITIK....apa sebabnya,

- Sebabnya apabila mereka tiada alasan kukuh untuk halang hukum Hudud, mereka LABEL ini HUDUD PAS, bukan hudud dalam AlQuran......nampak tak MUNAFIKnya mereka? Alasan apa penulis kata mereka munafik? Kerana apabila diminta jika itu hudud PAS, mana hudud UMNO...meh sini kita tengok dan kaji sesama sebab kita nak laksanakan hukum Allah ni ,bukan perkara main main. 

- Sebab kedua .....mereka cakap pusing pusing macam petikan Ucapan Tun yang penulis lampirkan sekali lagi dibawah yang jika kita kaji, SEBENARNYA TUN SENDIRI DAH AKUI HUKUM HUDUD sedangkan sebelum ni dia DAKWA hukum ini tak WUJUD .....nampak dah kantoi! Tak pe......kita fokus saja pada apa yang penulis nak uraikan dibawah

Lihat pada apa yang penulis garis diatas, BENAR HUKUMAN ITU PERLU ADIL dan ianya dituntut dalam Islam, tetapi ADIL UNTUK SIAPA? Itu persoalan yang Tun tak jelaskan diatas, ADILNYA UNTUK ORANG ISLAM dan akan jadi LEBIH TIDAK ADIL JIKA kita MEMANDAI potong tangan orang bukan Islam yang mencuri kerana itu bukan undang undang untuk mereka. 

Lagipun telah ditetapkan mencuri POTONG TANGAN untuk Islam ,tidak ada pula terdengar mencuri KENA denda RM100....benda ni mudah jer nak difahami, tak nak kena potong tangan, JANGAN MENCURI....itulah adil namanya....jadi apa alasan Tun gunakan ayat 43 ayat Al Quran diatas? 

Baik, bercakap pasal adil yang Tun sebutkan diatas, ADIL jugakah Tun pada Allah sekarang kerana BERANI MENGELUARKAN KENYATAAN HUDUD TIDAK ADIL dan ZALIM? (Maaflah ayat ni agak kasar bunyinya)....... 

Seterusnya,jika ALASAN ghairah menghukum diambil kita, penulis betulkan setiap arahan Allah itu untuk mencegah kearah kebaikan bukan membawa keburukan  malah ianya juga diakui oleh masyarakat bukan islam sendiri seperti "BAGUSnya puasa untuk kesihatan,badan jadi sihat melalui gerakan solat.....malah tutup Aurat pun banyak faedahnya,jadi tidak timbul persoalan hukum disini jika kita IKUTI apa yang telah ditetapkan dalam Islam...lagipun INGAT SENANG KE NAK POTONG TANGAN ? 


RUMUSANnya...

-Mungkin ada yang akan pertikai, ini soal melibatkan hukuman dan undang undang,mana boleh samakan dengan amalan puasa, KENAPA TIDAK? Penulis beri contoh, kalau orang itu tidak puasa, apa hukumannya? Bukankah ini semua membuktikan adanya KAITAN Amal dan hukum, kalau kita tidak amal maksudnya kita perlu dihukum ,nak hukum ikut undang udang mana? Tak kan nak ikut undang undang SIVIL plak hukum orang TIDAK PUASA seperti "You tak posa you kena bayar denda RM30, tak pun penjara 3 hari!. Maka pastilah ikut undang undang Syariah yang juga didalamnya terdapat HUKUM HUDUD.......adehh!

-Nanti akan keliru antara undang undang sivil dan syariah.....keliru kot mana? Sekarang ni pun dah ada 2 undang undang dalam negara kita satu Syariah satu lagi SIVIL ,ada ke KES DITANGKAP KHALWAT tapi di bicara dalam mahkamah SIVIL? 

-Hukum hudud ni zalim mana boleh laksanakan dalam negara berbilang kaum . Kenapa tak boleh? Zaman nabi dulu lebih ramai kaum yang ada malah kaum mereka lebih ganas dan fanatik dari kita .......kenapa boleh jer? 


Sekarang penulis dah huraikan fakta yang ada berkenaan hukum HUDUD ,terpulang pada anda untuk menerima atau tidak ,cuma penulis nak ingatkan " hukum yang dibuat manusia memang boleh kita pertikai dan kita mungkin menang KES ,tetapi hukum dari Allah  tidak SIAPA BOLEH PERTIKAI kerana KITA TIDAK BOLEH menang kerana ianya melampaui akal kita.

RUJUKAN -


-Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

 - Jahil mengenai hukum Hudud tidak boleh menjadi hujjah bahawa hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan sebagaimana jahil mengenai solat tidak boleh menjadi hujjah solat tidak boleh ditunaikan. Ini kerana hukum Hudud samalah seperti kewajipan Islam yang lain justeru ianya telah dinaskan di dalam al Quran dan Sunnah sementara hukum Hudud juga telah digazet dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw sejak hari pertama Baginda saw memerintah bumi Madinah al Munawwarah.

- Tiada siapa yang perlu takut dan bimbang kepada hukum Hudud kecuali penjenayah. Hukum Hudud adalah undang - undang Jenayah syariat Islam. Hukuman ini hanya akan dijatuhkan ke atas penjenayah setelah sabit kes. Justeru itu, tiada siapa yang perlu rasa takut terhadap hukuman Hudud kerana hukuman tersebut sekali - kali tidak akan dijatuhkan ke atas mereka yang tidak bersalah atau dalam erti kata lain, tidak melakukan perbuatan jenayah seperti bunuh, mencuri, zina, menuduh orang lain yang baik berzina tanpa saksi, merompak dan minum arak. "Berani kerana benar dan takut kerana salah" adalah bidalan para bijak pandai yang masih terpakai hingga ke hari ini.

- ULASAN PENUH BOLEH RUJUK SINI - DISINI
........Wallahualam.

1 Mesej diterima:

mengapa hanya highlightkan mencuri potong tangan.. anda sendiri kurang jelas dengan hudud apabila menyebut kalau tak nak kena potong tangan jgn mencuri.. dalam hudud mencuri tidak semestinya kena potong tangan.. kena melepasi beberapa syarat barulah hukuman potong tangan boleh dijatuhkan.. cerita potong tangan ini yg menjauhkan orang islam dari pandangan indah terhadap Islam..

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.