-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 23 April 2014

KISAH MENARIK DOA YANG MAKBUL

PEMBACA

Dr Aghan adalah seorang pakar bedah terkenal di negaranya, dia dikatakan mempunyai "keistimewaan" kerana semua pembedahan yang dilakukan berjaya mengubati setiap pesakit. 


Justeru itu pastilah dia menjadi orang paling sibuk kerana ramai yang mahu beliau lakukan pembedahan . Kabarnya ada yang terpaksa menanti hingga berbulan baru boleh dibedah malah  ramai yang mati kerana KEMPUNAN tidak sempat dibedah.

Satu hari, Dr Aghan perlu hadiri satu seminar ke luar daerah, untuk cepat sampai beliau memilih untuk menaiki kapal terbang...malangnya baru separuh perjalanan,kapal terbangnya mengalami kerosakan (Tak perli MH192 tau ni hahaha) dan perlu mendarat. 

Disitu,Dr Aghan diberitahu 16 jam masa perlu diambil untuk kapal terbang itu dapat bergerak semula. Ini pastilah meresahkan Dr Aghan yang mahu segera sampai ketempat seminarnya, dia mengambil keputusan untuk menyewa kereta.

Tinggal beberapa meter saja lagi ketempat seminar beliau, hujan diikuti ribut petir triba triba melanda dan memaksa Dr Aghan berhenti kerana  pemanduannya tidak dapat diteruskan kerana cuaca buruk. 

Beliau berhenti disebuah rumah yang agak usang dengan perasaan resah dan gelisah kerana tidak dapat teruskan perjalanan. Setelah keadaan dirasakan sudah selamat untuk memandu semula, Dr Aghan sekali lagi di uji dimana kereta sewanya tidak dapat dihidupkan.

Oleh kerana hujan masih renyai dan tiada kenderaan yang lalu disitu untuk meminta pertolongan,Dr Aghan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah tempat dia berhenti tadi.

"Kereta saya rosak, bolehkah makcik pinjamkan telefon ? " Tanya Dr Aghan setelah memberi salam pada seorang nenek yang tinggal disitu.

"Kampung ni letrik pun tak ada, apatah lagi telefon, encik masuklah dulu nanti saya buatkan minuman untuk segarkan diri, dari tadi saya nampak kereta encik berhenti disitu." Pelawa nenek tua tersebut.

Dr Aghan yang memang penat dan agak kelaparan itu masuk kedalam rumah nenek tersebut tanpa berfikir panjang.....dalam rumah itu dia nampak seorang kanak kanak yang terdampar di katil....kelihatan kanak kanak tersebut sakit. 

Dr Aghan mohon kebenaran untuk solat selepas diberi minum sambil matanya merenung wajah kanak kanak yang nampak tidak bermaya itu. Selesai solat, Dr Aghan melihat nenek tua itu masih belum siap menunaikan solat, sujudnya panjang......"Panjang doa nenek ni" Bisik hati Dr Aghan.

Dr Aghan menghampiri kanak kanak yang cuma mampu melihat tapi tak mampu bergerak itu.....diperhatikan keadaan rumah tersebut dimana ditengah rumah ada besen dan baldi yang diletak bagi  menadah air hujan kerana atapnya bocor, kusyennya sudah lusuh dan almarina pula terpaksa disandar ke dinding kerana sudah tidak berkaki.

"Kenapa dengan anak ini". Tanya Dr Aghan setelah dilihat nenek itu siap mengerjakan solat.

" Lumpuh encik, itulah...menurut orang kampung ,cuma ada seorang doktor dibandar  yang mampu ubati sakit cucu saya ni melalui pembedahan....tapi apakan daya, dah la jauh nak kesana, nenek pula tak mampu.........CUMA MAMPU BERDOA aje pada yang esa". Kata nenek tersebut dengan wajah sedih.

"Nenek kenal Doktor tu, apa namanya? Mana tahu saya dapat membantu nanti kerana saya juga seorang doktor". Dr Aghan bertanya.

" Dr Aghan Sulaiman Khan.... " Jawab nenek tersebut menyebabkan Dr Aghan SEBAK kerana NAMANYA disebut oleh nenek tersebut. Tidak disangka UJIAN yang melanda dia hari ini dari kapal terbang rosak,hujan ribut dan kereta rosak rupanya UNTUK MAKBULKAN DOA nenek ini demi selamatkan cucunya.

........Ada dua pengajaran yang dapat diambil dari kisah diatas yang diceritakan oleh seorang Ustaz pada penulis petang tadi........

"Adakalanya doa  kita DIPERMUDAHKAN oleh Allah tanpa kita sedari seperti kisah diatas...teruskan berdoa untuk meminta pertolongannya ".

"Kedua yakinlah sesuatu yang terjadi itu ADA SEBAB .......cuma kita kena insaf dan rajin mencari PUNCAnya." 
        

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.