-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 10 April 2014

FAKTA SOLAT JUMAAT YANG TERSEMBUNYI......Pasti anda tak nampak?

PEMBACA


Penulis yakin tak ramai yang perasan fakta dibawah ini yang sememangnya berlaku dalam setiap kali sembahyang Jemaah. Penulis ambil solat Jumaat sebagai contoh kerana ianya akan kita laksanakan sebentar lagi....anda boleh cuba kalau TAK PERCAYA!
Penulis bukan mereka cerita terutama dalam bab sembahyang ....penulis juga bukan hendak menyesatkan anda tetapi INGIN BERKONGSI  RAHSIA ALLAH yang jarang kita ambil peduli termasuk mungkin dikalangan IMAM. 

Ini soalan pertama .........Dimana anda setiap kali solat Jumaat? Maksud penulis anda berada di saf mana? Depan? Tengah atau belakang sekali?

Soalan kedua .........Adakah anda  akan segera beredar setelah Imam memberikan salam tanpa perlu menunggu mengaminkan doa? 

Soalan ke tiga........Percayakah anda bahawa IMAM sendiri akan MULIAKAN DIRI ANDA selepas selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai imam solat?  

Jawapan kepada ketiga tiga persoalan diatas ialah.......JIKA ANDA MEMILIH UNTUK BERADA DI SAF PALING DEPAN DAN BERADA DI BAHAGIAN KANAN  PADA KEDUDUKAN TEPI SEKALI, anda adalah jemaah PERTAMA YANG IMAM salam........disinilah maksud penulis anda dimuliakan oleh imam selain memberi jawapan pada soalan pertama dan kedua diatas.

Seterusnya anda akan mengiringi imam untuk bergerak ke kiri supaya dapat bersalam dengan jemaah lain sambil mengalunkan SOLAWATUL RASUL.....Indahnya Allah menetapkan sesuatu itu DALAM BENTUK DISIPLIN dimana JEMAAH KELIHATAN TERATUR TERSUSUN dan tidak berebut rebut untuk bersalam dengan imam........

Nah sekarang anda dah nampak apa yang tersembunyi terutama yang berada di saf paling belakang dan cepat cepat bangun untuk keluar selepas Imam selesai beri salam....

 Adakah anda akan merubah KEDUDUKAN SOLAT ANDA selepas ini? 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.