-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 8 April 2014

DIA AIB DIMATA KITA TAPI ALLAH MULIAKAN DIRINYA

PEMBACA


Pak Jang  ceritakan pada penulis  kisah ini selepas ditanya " SIAPA tu Pak Jang, bacaan surah Al Qurannya bunyi sebijik sebijik,terang dan jelas untuk kita hayati...meremang bulu roma dibuatnya..... doanya tahlil yang panjang dibaca tanpa perlu merujuk kitab....Masya Allah"..

20 Tahun yang lalu........

"Apa korang buat niii......sakitt lahhh......." Kawan kawan cuma gelakkan saja Pian yang digigit kerengga. Begitulah nasib Pian yang menjadi MANGSA rakan rakannya kerana dia BUTA. 

Ada masanya Pian ditipu hingga jatuh ke dalam longkang, ada masanya Pian diberi makan nangka busuk......dan Pian cuma mendengar dirinya DIKETAWAKAN saja setiap kali dia DIANIAYA.......

Yang tua dan muda menjadikan Pian "bahan hiburan " di kampung mereka hingga ada Pak Tua yang terpaksa merangkak mencari GIGI PALSU yang jatuh kerana ketawa terbahak bahak disebabkan Pian. ...

Itulah nasib Pian yang  buta sebelum keluarganya berpindah ke tempat lain.

Kini telah 7 tahun Pian kembali bersama ibunya menetap semula di Kampung  Grik Perak dan berbakti pada PEMBULI PEMBULI dirinya semasa kecil sebagai IMAM DAN BILAL. 

Pak Pak Tua dan Pemuda pemuda yang dahulu ketawakan dirinya kini mungkin cuma mampu MENANGIS kerana Pianlah yang bacakan Talkin untuk jenazah mereka, Pianlah yang SERBA BOLEH Tahlilkan ibu ayah mereka malah Pianlah yang MENJADI IMAM untuk mereka.

Sejuk hati penulis apabila diberitahu lagi, setiap kali Pian menerima gaji sebagai imam, dia akan ke bandar Grik ,disana dia akan meminta tolong sesiapa yang ditemuinya agar dibawa ke dalam KFC dan belikan beberapa ketul ayam UNTUK IBUNYA DIRUMAH....Aduhaiii!!

Nak tau macam mana Pian mampu menjadi Imam ?? Menurut seorang Ustazah yang kebetulan dari  kampung yang sama yang  sempat mengajar Pian, katanya......

"CUKUP SEKALI KITA BACAKAN AYAT AL QURAN pada telinganya .....nescaya PIAN MAMPU INGAT DAN BACA SEMULA TANPA SALAH......" 

Diceritakan lagi oleh Pak Jang...... " Ko nak dengar Azan bunyi macam mana, Azan Mekah? Azan Indonesia? Semua Pian boleh lakukan......." 

Maka benarlah .......Allah MULIAKAN PIAN untuk kita renung renungkan!.


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.