-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 14 Mac 2014

MH370 - KANTOI PADA JUMAAT.......YANG SEBENARNYA TIDAK PELIK!!

PEMBACA

Ramai orang mampu BERCAKAP tapi tak mampu nak buat, adakah kita salah seorang darinya? Baca dulu pendedahan ini.

" Ko bawak apa semut? " Tanya Gajah pada semut yang menumpang di telinga kiri si Gajah.

" Aku bawa gule jer seketul " Jawab semut sambil menjeling 10 PIKUL BERAS yang dipikul oleh gajah.


"Cisss.......apelah ko ni, nak derma pun berkira, takut gula SEKETUL tu baik tak payah". Kata Gajah sambil geleng kepalanya......

"Entahnye....tengok cam aku ni, bawak pisang setandan nak derma ,baru banyak pahala...barulah Shapie Afdal gituuu...." Jawab pula seekor beruk sambil memikul pisang.

"Aku mana mampu.....korang lainlah". Jawab Semut merendah diri.

" Huh! Tak mampu konon, berkira cakap lah berkira......kita derma ni kena IKHLAS". Beruk memberi sedikit Tazkirah pada semut yang semakin menunduk mukanya.

"Kali ni aku setuju ngan ko beruk..." Sahut pula Gajah sambil "TAKE FIVE" menggunakan belalainya dengan kaki beruk...karang ngan tangan berterabur plak pisang...ehh!   

"Aku bukan berkira, tapi aku memang tak mampu, aku mampu beri apa yang aku mampu bawa jerr.....lagipun TAK KE PELIK TUAN RUMAH NANTI kalau dilihatnya aku PIKUL BERAS ,bukan ke badan aku kecik......." Jawab semut yang menyebabkan TELINGA KIRI GAJAH mula terasa nak berdesing...... mau saja dia minta SEMUT turun dan jalan sendiri.......

Moral nya, kita beri ikut kemampuan yang kita ada serta MAMPU jangan ikut orang dan paling penting JANGAN HANYA PANDAI BERCAKAP tapi tak buat .........

SEPERTI PENULIS ALAMI SEMASA SOLAT JUMAAT TADI......

"Misbahh......" Bahu penulis ditepuk tak kala kaki mahu melangkah ke Masjid untuk solat Jumaat.

" La ko Faridddddd.... Lama tul tak jumpe live...dalam Facebook jer kan" Kata penulis merujuk kepada Farid yang penulis selalu jumpanya cuma di Facebook, lebih lebih lagi sejak kehilangan pesawat MH370 ni Farid kerap online dan berkongsi kisahnya maklumlah dia pernah bertugas dengan MAS.

Tak banyak dibualkan kerana Khatib dah hendak mulakan kutbahnya, kami masuk dan duduk berasingan kerana penulis lebih selesa berada didalam Masjid berbanding Farid yang memilih untuk duduk di beranda luar.

Entah kenapa, fikiran penulis sedikit terganggu dengan Farid, orangnya agak warak jika dilihat di Facebook, banyak yang dia TARBIAH dan nasihatkan pengguna terutama melibatkan isu agama. 

Sejak isu MH370 hilang, Farid dilihat begitu teruja dan selalu berpesan pada rakan rakannya, JANGAN PUTUS BERDOA, teruskan sembahyang hajat supaya pesawat MH370 ditemui.......sungguh mulia hati rakan penulis bernama Farid ni kan......

Selesai solat Jumaat, Imam memberitahu jemaah, bahawa solat Hajat akan dilaksanakan untuk membantu dan memudahkan pihak berwajib mengesan pesawat yang hilang......Habis saja pengumuman Imam......JEMAAH YANG TADI NYA PENUH, cuma tinggal separuh....Adoiiiiiiii!! 

Tak pelah! Kita rujuk semula kisah semut diatas,tak dapat PENUH,separuh pun jadilah JANJI IANYA IKHLAS......Solat hajat pun dimulakan.......

Selesai solat Hajat, penulis meluru keluar terlebih awal tanpa sempat mengamim doa kerana penulis sudah rasa agak terlewat, tak pelah! Janji penulis mampu tunaikan solat Hajat tadi........

Nak sampai di kereta, penulis lihat FARID sedang senyum pada penulis sambil hisap rokok yang sudahpun HAMPIR habis sebatang yang pada perkiraan penulis, kalau dia solat Hajat sekali tadi pasti rokoknya masih panjangggggggg.................

"Aku balik dulu Riddd......." Kata penulis pada Farid yang cuma melambai pada penulis tapi matanya ASYIK MEMERHATI HPNYA menandakan dia sudah ONLINE Facebook kerana penulis sempat jeling  semasa melawatinya .....

Semoga anda tidak seperti FARID dan sama sama kita berdoa untuk mangsa MH370 dan MEREKA MEREKA YANG MALU AKIBAT TINDAKAN "BOMOH" KITA SEBELUM INI.......

DOAKAN MEREKA KEMBALI............Amin Ya Rabbal Alamin.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.