-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 6 Mac 2014

MENTERI KESIHATAN NI BIJAK KAN........ADUHAII

PEMBACA
FAKTA BUKAN AUTA........
Tahukah anda bukan di Kemboja bukan di Laos bukan di Kepulauan Galapagos TAPI DISINI..
TERASA amat terpesona dan gembira bila membaca kenyataan Menteri Kesihatan kita ni, kerana CORAK PEMIKIRAN BELIAU SETANDING dengan Menteri bertaraf dunia  ,memang patut kita PUJI bukan KEJI kerana bila anda nak bayar bil Hospital nanti...........


" Mahalnyeee". Kata anda yang mungkin akan masuk Hospital nanti.

"Alaaaaaaaaa, MAHAL pun untuk lindungan encik juga ,lagipun Menteri dah cakap kan..kan........." Kata petugas Hospital kepada anda yang MERUJUK PETIKAN DIBAWAH

Subra: Kenaikan bayaran untuk lindungi rakyat

Kenaikan bayaran prosedur dan konsultasi perubatan yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Disember lalu dibuat untuk melindungi rakyat dan tidak dilakukan secara rahsia, kata Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam hari ini.

Tiada apa yang rahsia mengenainya, kata Subramaniam kepada pemberita dalam sidang akhbar mengenai perkara itu, yang dibangkitkan oleh Malaysiakini semalam.

Katanya, pihak kementerian meminda bayara tersebut untuk
mengenakan tahap maksimum untuk melindungi rakyat, manakala Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menuntut kenaikan yang lebih tinggi.

"MMA mahu kenaikan 30 peratus, tetapi kami menetapnya pada purata 14 peratus kenaikan," katanya.

Kelewatan yang panjang itu, tegasnya, adalah kerana perbezaan pendapat antara kementerian dan pihak yang berkepentingan.

Bagaimanapun, tambahnya, akhirnya kementerian membuat keputusan tersebut dan mewartakannya.

Beliau bertegas bahawa pengguna masih boleh menentukan bayaran dalam industri perubatan swasta, dengan meminta mereka memilih pengamal perubatan yang mengenakan bayaran yang lebih rendah.

BIJAK KAN..........Kalau rasa Hospital kerajaan mahal carilah Hospital Swasta tak pun jumpe bomoh .............ADUHAIII!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.