-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 4 Mac 2014

KHAS UNTUK SUAMI ........terasa ke bang?? Jom puan puan join sekakiii....

PEMBACA

"Adikk, ambikkan rokok Baba" Kata itu menyebabkan anak bongsu Nur berlari ke arah almari, diambil rokok dan diberi pada Ayahnya yang menanti diluar," Okeh, letak balik kat tempat tadi" Berkata En Somi setelah hidupkan sebatang rokok, Aik! Sebatang jer pasal tak hisap sekali tiga batang,bisik Nur dalam hati .... hehehe..

Si anak terbelek belek rokok ayahnya itu sambil berlalu untuk disimpan atas almari," Ada niat nak isaplah tu" Kata Nur bila tengok si anak tak berenti membelek kotak rokok dari tadi "Eh! Tak lah ibuu" Katanya lalu rokok disimpan disitu " Eloklah tu biar Baba sorang yang merokok,ibu tak mau anak laki ibu ikut cam Baba"Pesan Nur pada anak dan kami menyambung urusan masing-masing semula.

Nur teruskan lipat kain, anak bongsu siapkan keje Sekolah Agamanya manakala yang sulung bergaya dengan Fesyen rambut terbarunya "Wak Doyok" sambil melayan filem Red Scorpion di Astro Citra.

Triba triba anak bongsu Nur berkata" Wah! Dasat heronya lari kat padang Mahsyar " Padang Mahsyar wak luu, itu padang pasirlah " Tegur anak sulung Nur sambil betulkan rambutnya,bila disebut Padang Mahsyar apalagi ketawalah kami anak beranak gelihati termasuk En Somi yang baru SELESAI MEMBAHAYAKAN KESIHATANNYA tadi, Nur sampai terlipat baju dua kali sebab gelihati,Terbahak bahak En Somi ketawa diselang seli ngan yang sulung dan err... Nur sendiri!

Anak bongsu Nur? Alah dia cuma buat muka orang tak bersalah sambil berkata untuk cover malu " Ala adik tau,saje adik nak hiburkan hati semua" lalu  selamber sambung kerja sekolahnya tapi matanya tengok Tv hehehe.

Masing masing tekun menonton semula cuma En Somi yang kelihatan asyik ketawa terutama bila aksi padang Masyar Eh! Pasir dipaparkan" Adik tengok tu padang Mahsyar tuu" Usik En Somi pada anak bongsu Nur yang pura pura Tekun lagi rajin lagi sibuk dengan kerja sekolahnya ,tanpa mahu hiraukan usikan ayahnya.

"Hah" Anak bongsu Nur memeranjatkan kami yang asyik menyambung menonton Red Scorpion....."Kenapa pulakk". Tanya Nur yang asyik SIARAN TERGENDALA semasa melipat kain. "Adik ada teka teki........". Katanya. "Hisssssssssss" orang ngah seronok menonton ni nak berteka teki plak". Kata abangnya sambil sekali lagi membetulkan kedudukan rambutnya..... adeh! "Teka teki ni lagi best dari cerita filem ni, Aniq tak tipuuu.....". Anak bongsu Nur tak mengalah...."Oklah......oklah" Masing masing mengalah.

" DALAM BANYAK-BANYAK MANUSIA HEBAT, SIAPAKAH YANG YANG BOLEH MAKAN TAR? jawab -jawab". Anak bongsu Nur dah mulakan soalan. "Elehh! Mat rempit la ......" Tak sampai seminit, anak sulung Nur dah beri jawapan... " SALAH! Mat rempit bukan selalu pun boleh makan Tar". 

Salah ke? Ingatkan betul dah tadiii...... Sedang berfikir tu En Somi pun mencuba "....... Baba tau! Orang cacat tak pun orang gile... lapo ngat dia makan sedikit tar jalan..... hahahaha". "Salah la Baba...... cuba lagiii.... ibuu?" Tanya si anak pada Nur pula. 

"Err...... siapa yee... Klue tak ade ke dik" Nur malas nak berfikir dah... hehehehe" Nak klue? Boleh.... Kluenye ada dikalangan KITA". 

Muka masing masing dah CUAK, siapalah YANG AKAN TERKENA kali ni, maklumlah anak Nur ni KELENTONGNYA SAKITKAN jiwa . "Ibu rasa Adiklah, sebab adik kan suka makan Tar Kuey Teaw". "Hissssssss, itu Cha Key Teow lah...salah salah......."

 Errr salah lagi?

"Malas nak fikirlah adik....... bagilah jawapannya....." Kata En Somi yang dah macam tak larat nak meneka........" Setujuuu! " Anak sulong Nur berkata .......

"Aik! Semua dah mengalah? Ehem ehemm........" "Iyelahhh! Kami anak beranak mengalah En Aniqq..." HAMPIR serentak kami berkata begitu hehehehe....

Anak Nur kelihatan berdiri dan menuju ke almari, dicapai sesuatu yang kami tahu....

DENGAN WAJAH PALING KONFIDENT DAN SENYUMAN MANIS, dia berkata.........

"JAWAPANNYA ADA PADA SINIII........" Kotak Rokok diserahkan pada kami yang ada AYAT INI........


Serta merta EN Somi berkata................HUHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!


 Miahahaha, cayalah anak ibuuuuuuuuuuu........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.