-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 5 Mac 2014

GEMPAR! TIDAKKAH INI BUKTI KETUA AUDIT NEGARA DAN SPRM DIHINA?

PEMBACA

Berita yang penulis rujuk dibawah seharusnya memberikan kita PERINGATAN bahawa ada kalanya BUKTI PENYELEWENGAN itu sengaja nak disembunyikan. Penulis tak menuduh, tetapi PIHAK YANG MENYIASAT IALAH KETUA AUDIT NEGARA DAN SPRM bukan para pemimpin politik PEMBANGKANG!

Harus diingat,penulis bukan nak berpolitik, tetapi setiap YANG DILANTIK ADA BERSUMPAH UNTUK MEMEGANG AMANAH DENGAN JUJUR DAN BERTANGGUNG JAWAB, jangan sampai dimakan sumpah Tan Srii....


PERSOALANNYA......

-ADAKAH INI MEMBUKTIKAN KETUA AUDIT NEGARA SEDANG DIHINA? KETUA AUDIT NEGARA  TIDAK LAKUKAN PENYIASATAN DENGAN BETUL ?

-ADAKAH pegawai SPRM CUAI, TIDAK JUJUR ........? 

- DISYOR TUTUP ITU MEMBERI MAKNA "TIADA KES" keatas semua aduan diberikan dan segala kepincangan dan kesalahan DIANGGAP selesai .........Aduhaiiiiiiiii!!

Jabatan Peguam Negara mengembalikan sembilan kertas siasatan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 (LKAN 2012) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syor supaya ia ditutup, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
    
Katanya ini kerana penelitian jabatan itu terhadap hasil siasatan SPRM mendapati tidak cukup keterangan bagi membolehkan satu pertuduhan jenayah di bawah mana-mana undang-undang dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau individu yang dinamakan di dalam kertas siasatan itu.  
    
"Dalam beberapa kes, adalah diperhatikan bahawa salah laku atau salah urus perbelanjaan yang telah dibangkitkan di dalam LKAN 2012 dan disiasat oleh pihak SPRM adalah berikutan kecuaian pegawai-pegawai di samping kelemahan prosedur pentadbiran, kewangan dan tadbir urus di kementerian, jabatan atau agensi yang berkenaan.  
    
"Justeru, tindakan untuk menambah baik prosedur dan tadbir urus dan saranan untuk suatu tindakan tatatertib terhadap pegawai yang terlibat telah dicadangkan di dalam beberapa kertas siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
    
Abdul Gani juga berkata tujuh kertas siasatan yang lain telah dipulangkan oleh jabatan itu kepada SPRM dengan arahan untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat tambahan dan dokumen sokongan yang berkaitan.
    
Ia bertujuan melengkapkan kertas siasatan sebelum suatu syor yang muktamad diberikan, katanya sambil menambah bahawa beberapa pertuduhan yang berbangkit daripada tiga kertas siasatan yang dirujuk juga sedang dipertimbangkan oleh jabatan itu.
    
Abdul Gani berkata penyerahan kertas siasatan itu dibuat oleh SPRM secara berperingkat-peringkat bermula 14 Nov 2013 dan kertas siasatan terbaru diterima pada 14 Februari 2014.  
    
"Sejak 14 November 2013, kesemua kertas siasatan yang dirujuk telah diteliti dengan segera oleh pihak Jabatan Peguam Negara sebaik sahaja ia diterima.

"Sesi perbincangan di antara pihak Jabatan Peguam Negara dengan pihak SPRM, terutamanya pegawai-pegawai penyiasat yang berkaitan, juga sentiasa diadakan," katanya.
    
Beliau berkata kesemua kertas siasatan yang dikemukakan SPRM pada kali pertama didapati tidak lengkap dan memerlukan penyiasatan lanjut kerana tidak meliputi semua aspek teguran yang dibuat di dalam LKAN 2012.
    
Abdul Gani juga menjelaskan jabatan itu tidak menerima kertas siasatan bagi kes program bantuan Rumah Dhua’fat secara tidak memuaskan, kerana pemilihan penerima bantuan tanpa borang permohonan dan pendapatan penerima melebihi garis kemiskinan.
    
Satu lagi kes yang tidak diterima kertas siasatan daripada SPRM ialah mengenai kes pemberian tender bernilai RM14,385,332 oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkaitan soal mereka bentuk, membina, menguji dan mentauliahkan 'steel hull' latihan dan penyelidikan untuk UMT, sedangkan hasil pemeriksaan Jabatan Laut Malaysia mendapati ia tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, katanya.

- Bernama

RUJUK PULA BERITA KEDUA......

- ADAKAH MAKNA "SALAH PENGURUSAN" itu tidak bererti TIADA PENYELEWENGAN? 

- ADAKAH INI BERMAKNA walaupun kerugiannya BERJUTA, tak perlu diambil tindakan kerana "Cuma salah pengurusan"......tukar saja pegawai atau pengurus lain, HABIS CERITA! ........

Aduhaiii.....

Kerajaan Negeri Melaka pada masa ini tidak melihat keperluan untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kerugian jutaan ringgit anak syarikat dan agensi kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
    
Beliau berkata ini kerana kerugian itu tidak disebabkan oleh penyelewengan dalam kewangan sebaliknya melibatkan masalah pengurusan anak syarikat serta agensi kerajaan negeri terlibat.
    
Katanya segala kewangan melibatkan kerajaan negeri diaudit Jabatan Audit Negara serta bahagian audit negeri sendiri dan sehingga kini tiada sebarang penyelewengan ditemui pada kewangan kerajaan negeri.
    
"Bila audit siap dan ada kepincangan, kerajaan negeri tahu garis panduan yang perlu dipakai bagi selesaikan masalah ini... saya pohon rakyat berikan saya masa untuk selesaikan semua ini," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 hari ini.
    
Sebuah akhbar berbahasa inggeris hari ini melaporkan Kerajaan Negeri Melaka menanggung kerugian RM360 juta disebabkan masalah terlebih belanja dan perancangan tidak baik anak syarikat dan agensi kerajaan negeri itu, dengan Yayasan Melaka mengalami kerugian paling tinggi berjumlah RM286 juta.
    
Idris berkata kerajaan negeri sebenarnya telah mengambil tindakan awal untuk menangani masalah itu dengan melakukan rombakan terhadap 18 jawatan pegawai kanan kerajaan negeri awal tahun ini yang dilihat mampu menangani masalah itu seterusnya memastikan prestasi anak syarikat dan agensi kerajaan negeri dibawa ke tahap tertinggi.
    
Memberikan contoh, beliau berkata pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara Datuk Zaini Md Nor yang dikenali sebagai pakar kewangan sebagai pengurus besar Yayasan Melaka dilihat langkah penting bagi menangani masalah tersebut.
    
"Semua pegawai kanan dilantik ini punyai kebolehan tinggi dalam menyelesaikan masalah seperti ini dan semua datang dengan pelan tindakan bersama tempoh masa untuk selesaikan masalah ini," katanya.

- Bernama

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.