-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 6 Mac 2014

ADAKAH INI DIRANCANG ATAU TIDAK? KITA TUNGGU DAN LIHAT

PEMBACA

Manusia boleh merancang, tapi Allah yang menentukan, manusia diberi akal dan fikiran untuk membuat sebarang penafsiran setelah dilihat apa yang berlaku,maka JIKA INI YANG BERLAKU, MASYA ALLAH.....tapi jika ianya tidak berlaku, alhamdulillah!

Semasa DUN KAJANG dikosongkan dan Anwar Ibrahim dicalonkan, penulis tidak melihat isu AZMIN dan MB Khalid...tetapi penulis terus fokus pada SPR dan Anwar sendiri dan penulis jangkakan perkara perkara dibawah berlaku dan terbukti IANYA TERJADI.


- PRK Kajang akan bermula selepas MAHKAMAH RAYUAN BUAT KEPUTUSAN......Siapa yang lengahkan PRK kalau bukan SPR.......siapa yang merancang?? Anda fikirlah sendiri kerana BUKTINYA ada dibawah, DUN BALIANGAN telah pun ditetapkan tarikhnya tanpa perlu menanti berbulan .......

"Anda kata lah, tidak berlaku kekosongan DUN KAJANG, yang ada cuma di DUN Baliagan dan Anwar yang bertanding disana, ANDA YAKIN KE SPR akan CEPATKAN tarikh PRK? 

- Proses di mahkamah rayuan begitu cepat,pantas dan terburu buru.....esok hari Jumaat adalah hari terakhir hakim mendengar penghujahan........MAKA KEPUTUSANNYA " DIJANGKAKAN "AKAN DIBUAT PADA PETANG ISNIN........tak percaya?? Kita tunggu dan lihat ADAKAH PERANCANGAN INI TERBUKTI BENAR ATAU TIDAK??

Penulis juga bukan bomoh ,tetapi ada kalanya kita juga ada HAK UNTUK BERIKAN PENDAPAT kerana  dalam isu ini kita tak perlu fokus pada isu Anwar itu benar atau tidak, kita tengok perancangan saja kita dah BOLEH TAHU ........apa  MOTIF disebaliknya....?

Itu apa yang mereka rancang ,tetapi kita tidak tahu APA YANG ALLAH RANCANG, mana tahu dengan terpenjaranya Anwar maka politik kita berubah, rakyat yang semakin tertekan akan menjadikan Anwar sebagai ISU untuk bangun menentang yang akhirnya membuktikan APA SEBENARNYA " LANGKAH KAJANG"...... 

Tiada siapa mahu huruhara ,tetapi JIKA ITU ALLAH RANCANG, tak kan kita nak marah Allah sedangkan puncanya dari KITA sendiri . 


"Maka dahagalah tekaknya walau disiram sebaldi air sekalipun, hingga hilang suaranya, hingga terbuka aib pada badannya kerana kepanasan.......TIADA APA YANG MAMPU DISEBUT ,tiada apa yang mampu diucap hatta menyebut nama ALLAH ,kerana dirinya kini DILAKNAT PENCINTANYA sendiri".......

AL FATIHAH! ..........


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.