-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 26 Februari 2014

YANG DIBAKARNYA LORI BUKAN KALORI

PEMBACA

"Bila nak join kita orang Misbah" .Tanya rakan penulis sewaktu sesi beramah mesra waktu kerja tanpa rasa BERSALAH .....hahaha.

"Nantilah Din, aku sibuk sekarang nii....."

"ALah ko niii.....sibuk sibuk kesihatan kena jaga juga". Kata seorang lagi rakan penulis yang memang suka MENYIBUKKAN DIRI kalau dia ternampak ada rakan lain berborak .....hahahaha
" Biarlah dulu, buat masa ni biarlah aku kayuh bini bini aku tu jer dulu........." Jawab penulis yang agak er........er......er.........

Sebenarnya bukan penulis tak mahu join kelab berbasikal mereka, siapa tak nak sihat ye tak? Tapi kesuntukan masa dan penulis nampak ADA BANYAK PEMBAZIRAN oleh rakan rakan penulis dalam bab basikal mereka. 

Berbasikal ni memang elok tapi membazir kerana basikal itu AGAK BASI untuk diamalkan. Iyelah! Kalau nak beli kelengkapan berbasikal saja dah ratus ratus, boleh berfikir dua tiga kali kita nak join mereka, mana tak nya, harga topi mereka saja dah ratus,itu belum campur basikalnya lagi yang cecah ribuan......adehh!

Menjaga kesihatan melalui aktiviti berbasikal memang elok, tapiii.........apa maknanya jika INI YANG RAKAN RAKAN PENULIS lakukan.......

" Adehh! Penat giler malam niii......lebih 20 KM kita kayuh malam niii......" Kata rakan penulis yang singgah minum setelah penat beriadah berbasikal bersama team nya.

"Itulah Din, aku jamin, sebulan lagi KURUS lah ko...hilang borai tuuu....." Jawab pula seorang lagi rakan penulis sambil sedut " hisap rokok Nusantara hijau....." errr......errr....

Penulis hanya senyum melihat gelagat mereka berdua, nampak berpeluh dan kepenatan. Mula timbul niat nak berbasikal juga,bukan senang nak berpeluh macam niii.......

"Order bang......" Tanya pelayan kedai minum .

"Aku macam biasalah......tomyam campur,telur dada ,mee sup dan tea tarik kaw punya".

"Aku pula, ayam masak merah,nasi putih ,telur bungkus dan nescafe panass......" 

ADUHH! Nak terbeliak biji mata penulis bila dengar apa yang rakan rakan penulis order tadiii.........INI BARU DIKATAKAN MEREKA BAKAR LORI BUKAN KALORI dalam badan......... Nak jaga KESIHATAN SANGAT TUUU.........aduhaiii!!!!

Camnepun,penulis tertarik dengan apa yang diamalkan oleh penduduk bandar Copenhagen Denmark dibawah.........Agak agaknya kawasan BANDAR kita boleh tak buat sebegini??





0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.