-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 10 Februari 2014

TERSEMBUR NASIK TIDAK SEMESTINYA DILEMPANG, BUKTINYA INI....

PEMBACA

Kawan penulis ialah seorang peniaga ikan yang NAMPAK macam terlalu sibuk menjalankan perniagaannya sedangkan ianya tidak sesibuk mana kerana nak kata perniagaan dia berkembang maju, tidaklah sangat tapi dah memang PERANGAI DIA yang suka MENUNJUKKAN DIRINYA SIBUK dan kebetulan nama bapanya ialah SIBUK.....

Kalau dia nampak penulis masuk ke kedainya, mulalah dia menyibukkan diri ..buat itu dan ini sedangkan tadi dia cuma DUDUK ajerr....memang pelik tapi itulah HAKIKAT kawan penulis yang bernama MUSTAFA bin Sibuk ni.
Macam mana pun oleh kerana Mustafa ni meniaga ikan, dia amat arif tentang semua jenis ikan...bak kata orang tengok sisik saja Mustafa dah boleh tau ikan apa .......begitulah kebolehan yang Allah kurnia padanya.......

Tengahari tadi penulis singgah disebuah kedai untuk makan tengahari. Pelanggan agak kurang ketika itu,setelah diambil lauk campur penulis pun duduk untuk menikmati makanan. Sedang menyuap makanan beberapa kali, Mustafa si rakan penulis ni pun sampai, setelah dia ambil lauk tengaharinya dia pun duduk sebelah penulis.

" Dari ofis ke Misbah?"Tegurnya.

"Tak, aku cuti hari ni...bawa wife gi Kenek..."

"Aik! Bini doktor pun ke gi Klinik juga kee.."? Perlinya. 

"Hisss.....ni yang sulunglaa......"

"OOO...peguam tu.....yeye..."Katanya terus menikmati makan tengahari dengan agak cepat...faham sangat dah perangainya.....kalau ditanya "Cepatnya ko makan?" dah boleh agak jawapan diberinya PASTI PERKATAAN SIBUK DIA tak tinggal....... Tak percaya ?? Ok penulis tanya......eh! Cam real jer cerita ni kan hahaha.....

"Cepatnya ko makan Mus....tercekik karang...." 

"Aku nak ke Pasar Selayang pula niii....sibuk tul hari niii......." Nampak?? Perkataan sibuk TETAP ADA kan hahaha.....

Macam biasa, sebelum penulis habis makan, Mustafa dah abis dulu......

"Fatahh, kira nii........" Mustafa panggil tuan kedai yang sedang menyusun pinggan.

"Kira Misbah punya sekaliii......" Adehh! Terkejut penulis dibuatnya, mana tidakkk...nasik berlauk belum habis dah nak dibayarkan....malu laaa....ehh!

"Ala....kira ko punya dah la Mus..." Penulis menolak pelawaannya......

" Tak elok tolak rezeki..."Katanya.....

" Aku makan ikan keli cilipadi ,telur masin dan Milo ais......" Jawab penulis setelah ditanya tuan kedai.

"Ko Mus"? Fatah si tuan kedai bertanya pula pada Mustafa yang sedang memegang note RM20

"Neslo ais,nasik....sayur campur dan ikan puyuh......" Jawabnya menyebabkan penulis TERSEMBUR NASIK..........MAU TIDAK TERSEMBURRRRRRRRRR....siapa pernah dengar IKAN PUYUH?? ADA ?? Hahahahahaaaaaaa

ITULAH KATA ORANG...KALAU DAH SIBUK SANGAT DENGAN IKAN ,sampai BURUNG dengan ikan pun tak dapat BEZAKAN........


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.