-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 27 Februari 2014

MALAPETAKA PADA HARI JUMAAT, ANDA MAU? KAU MAU? SIAPA LAGI MAU??

PEMBACA

Agaknya apa perasaan anda jika rakan karib anda yang telah lama meninggal dunia anda temui semula.  Apa juga perasaan anda bila mana mereka mereka yang anda kenali termasuk dikalangan ahli keluarga seperti emak,ayah ,anak yang telah lama pergi...triba triba muncul didepan mata anda?? tapi MALANGNYA ANDA TIDAK MAMPU MENEGUR MEREKA!

Anda mahu tak keadaan seperti diatas itu berlaku? Pasti ada yang mahu lebih lebih lagi orang yang kita sayang dan rindui itu muncul semula depan mata......siapa tak mahu! TAPI.......BERLAKUKAH  apa yang diceritakan itu?

Jika anda meragui dan tidak mempercayai apa yang penulis ceritakan diatas itu anda silap kerana ianya bukan mimpi,bukan juga khayalan....tapi benar benar terjadi kerana penulis bukan buat cerita dongeng.

ARGHHH!!!

TIPU? Tak logik? Mana mungkin kejadian seperti itu berlaku, kalau mimpi  MUNGKIN iya! Penulis yakin ramai yang meragui dan tidak percaya kan......tapi ADA JUGA YANG PERCAYA ..........siapa yang percaya itu?? 

Adakah anda terdiri dari  mereka YANG PERCAYA itu atau anda terdiri dari mereka yang TIDAK PERCAYA?

Penulis ada jawapannya tanpa perlu anda menjawab........TAHAP KEPERCAYAAN ITU BERGANTUNG KEPADA PENGETAHUAN DAN KEIMANAN ANDA ,sebab apa??

Sebab  .........IANYA MEMANG BERLAKU PADA HARI KIAMAT dan anda yang MERAGUINYA AKAN PERCAYA jua jika anda MASIH BERNYAWA SEMASA KIAMAT BERLAKU pada hari JUMAAT!

"Dikala itu, manusia yang telah mati akan dibangkitkan semula...kita akan bertemu mereka yang telah lama meninggal dunia, tetapi ketika itu PUTUS SUDAH TALIAN PERSAUDARAAN, masing masing memikirkan NASIB DIRI SENDIRI hingga tidak peduli yang ditemui itu emak, ayah atau anak sendiri..."

Nah! Sekarang anda sudah terjadi dari golongan YANG PERCAYA kan.....segeralah kembali pada Allah, segeralah insafi diri dihari Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Berusahalah untuk beriman agar setiap hari JUMAAT yang akan kita tempoh didepan nanti membawa keceriaan bukan MALAPETAKA kerana tidak beriman!

Lakukan amalan mudah ini........

Setiap hari selepas anda bangun dari tidur.........Rajinlah beri salam pada Nabi Muhammad SAW dari anda rajin beri salam pada Facebook atau pun Twitter......ehhh!

"Assalamualaika Ya Rasul Allah " 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.