-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 7 Februari 2014

GEMPAR!! TIDAKKAH TINDAKAN INI PELIK? SEBARKAN UNTUK PERTAHAN HAK KITA!

PEMBACA

Cuba anda buka fikiran anda dalam pendedahan dibawah, mungkin bukan untuk kita hari ini tapi demi generasi kita seterusnya. Penulis bukan nak melawan MAHKAMAH TENTERA ,jauh lagi nak mempertikai UNDANG UNDANG TENTERA tetapi rasanya  tuduhan YANG DIKENAKAN SANGAT PELIK DAN BOLEH DIPERTIKAI!! 

Penulis ,termasuk anda juga kemungkinan boleh diambil tindakan jika PENDAKWAAN BEGINI BOLEH DIBUAT .....Ok......kita lihat FAKTANYA tanpa cuba menyelitkan unsur politik dan TOLONGLAH jangan emosi KERANA KITA BERCAKAP TENTANG HAK MENGUNDI YANG SEPATUTNYA KITA BEBAS MEMBUAT PILIHAN.....

Semua masih ingat dan segar diingatan , DAKWAT KEKAL yang digunakan dalam PRU ke13 TIDAK KEKAL dan ianya adalah SATU KEBENARAN bukan penipuan ......betul kan?? 

Dan yang jadi persoalan hingga sekarang ialah........KENAPA SPR DAN PIHAK YANG MEMBEKAL DAKWAT  ITU TIDAK DIAMBIL TINDAKAN kerana IANYA TERANG TERANG MENIPU KITA.......?

KETAHUI DAN FAHAMI  JUGA HAK DAN FAKTA INI........DUIT YANG DIGUNAKAN OLEH SPR UNTUK MEMBELI DAKWAT DAN MENGURUS PILIHANRAYA ITU DUIT SIAPA?? ADAKAH DUIT ITU DARI PAKATAN RAKYAT ATAU DARI BARISAN NASIONAL?

Ok.......kita pergi semula kepada pertuduhan yang telah dikenakan kepada MEJAR ZAIDI AHMAD seorang juruterbang TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA yang akan penulis lampirkan dibawah ini nanti.......

JIKA ANDA BACA TUDUHAN DIBAWAH .....SECARA JELAS IANYA MENUNJUKKAN "KESALAHAN KERANA MENYATAKAN KEBENARAN TENTANG DAKWAT TIDAK KEKAL yang DIURUSKAN OLEH SPR.......
Nak bagi mudah faham lagi.......Anda nampak ALI sedang curi lembu anda lalu anda pergi balai polis untuk mengadu LEMBU ANDA DICURI ....tetapi YANG POLIS TAHAN IALAH ANDA....... !

Dah faham? Kita pergi semula kepada HAK WARGANEGARA MALAYSIA YANG LAYAK MENGUNDI TAK KIRA ANDA POLIS ATAU TENTERA....APA ANDA NAK UNDI ITU JUGA HAK ANDA DAN TIADA SIAPA BOLEH PAKSA DAN PERTIKAI.....betul kan??

Dan kita TELAH "DIYAKINKAN" OLEH KEMENTERIAN PERTAHAN,KERAJAAN MALAH SPR SENDIRI  BAHAWA POLIS DAN TENTERA TIDAK TERLIBAT POLITIK......MEREKA DIBERI HAK MENGUNDI SECARA TELUS melalui UNDI POS..........INI SATU FAKTA YANG DIBERITAHU KEPADA KITA.

OK......DALAM HAL INI, MEJAR ZAINI BERCAKAP TENTANG HAK DIA SEBAGAI PENGUNDI..HAK DIA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK SEDIKITPUN MEWAKILI PIHAK TUDM DAN TENTERA.....Maksudnya dalam tentera itu cuma PEKERJAANNYA....dalam MENGUNDI ITU PENDIRIAN PERIBADI BELIAU.....

TETAPI.......BELIAU DIDAKWA SEPERTI BERIKUT??

Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tentera hari ini terhadap lima pertuduhan memberi kenyataan media berkenaan isu dakwat kekal dan dua tuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan hasutan.

Pegawai dari Pengkalan Udara Butterworth itu menghadapi lima pertuduhan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 51 di bawah akta sama.

Kes tersebut didengar di hadapan Kolonel Saadon Hasnan yang bertindak selaku yang dipertua mahkamah bersama lima ahli mahkamah terdiri daripada Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Khuzairi Mohd Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Sallehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.

Tertuduh diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar sementara pendakwaan dilakukan Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin.

Bagi pertuduhan pertama, dan kedua, Mejar Zaidi didakwa "di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013 melanggar Perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961, Discipline and Security - Communication of Information and Publication of Articles by Members of the Armed Forces," di bawah Para 5 dan Para 13.

Di bawah Para 5, beliau didakwa "dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara tersebut disiasat melalui saluran angkatan tentera" dan dibawah Para 13 beliau didakwa "dengan membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal tanpa mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pertahanan".

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau di Taman Bertam Indah pada 3 Mei 2013 didakwa melanggar perintah yang sama di bawah Para 5 dan Para 13 serta satu lagi kesalahan di bawah Para 3, iaitu "dengan menyiarkan maklumat rasmi berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Angkatan Tentera".

Bagi pertuduhan keenam, beliau semasa bertugas di Pangkalan Udara Butterworth pada 1 Mei 2013 didakwa "telah melanggar perintah tetap pengkalan iaitu Perintah Bahagian 2 Perintah No 51, dengan menghantar khidmat pesanan ringkas berbaur politik dan/atau hasutan dengan menyatakan "Ayuh mempertahankan ibu pertiwi dri djajah oleh penipu dan perasuah, jgn jd bacul dan nnt anak cucu kencing d atas kubur kita" iaitu suatu perintah yang diketahui atau sepatutnya dia mengetahui."

Bagi pertuduhan keenam pula beliau dituduh melakukan kesalahan serupa dengan kandungan SMS berikut "Sama2 lah kita berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua serta dilindungi negara kita yang tercinta ini dari diperintah oleh SIPENZALIM, PEMFITNAH, PERASUAH, PENIPU DAN PENGANJUR PGRM2 MAKSIAT".

Mahkamah bersetuju dengan permintaan Mejar Zaidi yang mahu kes-kesnya dibicarakan sekali kerana semua pertuduhan adalah hampir serupa.

Kes akan didengar semula pada 8, 9, dan 10 April depan di Mahkamah TUDM pada jam 9 pagi.

-Dalam pertuduhan yang telah anda baca diatas, ADAKAH MEJAR ZAIDI SALAH KAN TUDM? SALAHKAN KEMENTERIAN PERTAHAN?? BELIAU SALAHKAN SPR KERANA DIA RASA TERTIPU dengan DAKWAT KEKAL dan ITU HAK DIA SEBAGAI PENGUNDI!
   
- Tapi ini UNDANG UNDANG TENTERA, SETIAP ANGGOTA PERLU PATUH? Baik...kalau ianya dalam undang undang tentera KENAPA BERI HAK MENGUNDI PADA MEREKA KALAU BENAR BENAR JUJUR NAK BERPOLITIK?? SEBAB MENGUNDI ITU HAK ANGGOTA TENTERA DAN HAK RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK MAKA dia layak mengundi,OK......KALAU MACAM TU...KAN DAH NAMPAK PERTIKAIAN YANG PENULIS SEBUT DIATAS???

KURANG FAHAM?? Ok kita ambil yang lebih mudah........Anda kerja di sebuah restoren dan dalam restoren itu pun ada undang undang yang perlu anda patuh. TIBA HARI MENGUNDI anda sebarkan DAKWAT TIDAK KEKAL......PENIPU PEMBOHONG........TRIBA TRIBA PIHAK PENGURUSAN RESTOREN AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH KEPADA ANDA kerana MENYATAKAN DAKWAT TIDAK KEKAL .......penipu dan pembohong......

BOLEH GITU? ADIL BEGITU??

ANDA INGAT KISAH LEMBU YANG PENULIS SEBUT DIATAS.......

Lihatlah......bukankah berita ini MEMBUKTIKAN YANG MENGADU LEMBU HILANG YANG DIAMBIL TINDAKAN??

Dedah Dakwat Tak Kekal - Pegawai Pemerintah TUDM Di Tukar Serta Merta  | Seorang Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad telah ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal.
Dedah Dakwat Tak Kekal - Pegawai Pemerintah TUDM Di Tukar Serta Merta

Beberapa hari yang lepas, Mejar Zaidi isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas berkenaan dakwat kekal yang dikatakan tidak kekal.

Berikutan itu, beliau mendakwa telah mendapat arahan ditukarkan secara serta merta. Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, ".

Tambah Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

INI PULA PETIKAN KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH SPR TENTANG UNDI POS....anda boleh rujuk DISINI 

Undi pos 

Mereka mendakwa pengundian pos tidak adil sedangkan mereka sedar 
bahawa dalam mana-mana pilihan raya baik PRU atau PRK, undi tentera atau 
undi polis juga berpihak kepada mereka. Mereka tidak dapat menerima 
hakikat bahawa anggota-anggota pasukan keselamatan juga berhak membuat 
pilihan. Jika undi pos memihak kepada parti kerajaan maka itu pilihan 
pengundi. Mereka membuat andaian dan persepsi yang tidak dapat buktikan 
di mahkamah. Untuk makluman, selepas PRU Ke-12 pelbagai 
penambahbaikan dalam kaedah pengundian pos telah dilakukan, termasuk 
meningkatkan ketelusan di mana wakil-wakil parti dibenarkan menyaksikan 
proses pengundian di pusat-pusat mengundi di dalam kem atau di IPK/IPD. 
Ada pihak yang menuntut supaya sistem pengundian pos dimansuhkan, 
walhal mereka sedar bahawa pengundian pos adalah perlu kerana para 

ISU DAKWAT KEKAL OLEH SPR ANDA BOLEH BACA DISINI 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.