-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 9 Januari 2014

TERSEBAR! LOGO HALAL PADA TIN ARAK !

PEMBACA
LOGO HALAL PADA TIN ARAK?? Mana? Mana buktinya? Apa JAKIM ni? Dah gilerr ke JAKIM? 
Pasti itu persoalan yang bermain diminda bila gambar ARAK Carlberg siap ada logo halal DIBAWAH INI TERSEBAR dalam media Internet. 

Pastinya yang jadi terjahan ialah JAKIM yang tugasnya memberi Status HALAL .......
Hari ini JAKIM mengeluarkan kenyataan media dan membuat laporan polis untuk menafikan mereka memberi status HALAL pada tin arak seperti lampiran dibawah


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
    
Pengarah Hab Halal jabatan itu, Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya semalam berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
    
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama 'Carlsberg' tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
    
"Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras," katanya.

Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan - Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011).
    
"Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara," kata Hakimah.
    
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.
    
"Justeru itu, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat," katanya.
    
Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu.
    
- Bernama

Tapi kalau kita tengok gambar ini pun kita tahu ianya GAMBAR PALSU.....Semoga PIHAK YANG BUAT KERJA TAK HALAL INI DIAMBIL TINDAKAN .......huh!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.