-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 1 Januari 2014

PERNAH TAK ANDA JADI BODOH?? errr.......cer baca.....

PEMBACA
PERNAH TAK ANDA JADI BODOH?? errr.......cer baca.....

Setiap hujung minggu penulis akan ke kebun kerana waktu itu saja masa yang ada untuk menebas dan sebagainya. Dah jemu pula ke kebun naik motor,kali ni penulis ambil keputusan untuk bawa kereta ....maklumlah kembara tu pun dah lama tak di AJARIN masuk kebun...asyik laluan mudah jerr...sesekali bawa masuk laluan sukar plak yang jalannya berliku dan berbukit...


Sampai di kebun...penulis ambil keputusan untuk membersihkan dikawasan paya yang agak jauh juga kalau merangkak...ehh! Setelah siap segala kelengkapan hendak dibawa ,penulis menuruni bukit untuk ke Paya sambil berjalan kaki......

DAH sampai sejam rasanya penulis menebas dikawasan Paya itu...triba triba langit yang cerah kini bertukar mendung....gelap gelita, tanda UJAN NAK TURUUUUUUNNN...! Dalam keadaan kelam kabut itu ...penulis MULA buat pondok PASANG SIAP...punyalah cepat bertindak...abis pelepah sawit dan segala pokok kayu yang daunnya lebar dibuat bumbung...

Fuhhhhhh!! Legaaa... sempat juga siap walau penatnya mula terasa....Hujan yang awalnya rengai mula lebat...disusuli dengan petir...adehh!! Angin pula sering mencabar KEKUATAN PONDOK PASANG SIAP...Air mula tiris sedikit demi sedikit kerana hujannya makin lebat...

Dalam keadaan terdesak ituu....mula terasa SEDIHHHHH...iyelah! Bila kita terperangkap dalam hujan dan menumpang pula ditempat yang bila bila masa saja boleh robohh....mau tak sedihhhh....!

Aduhh! Baru sebut......pondok dah robohhhhhhh!! Abissssssssss....segala nya basahhhhh....penulis berlari ke pokok besar untuk tumpang berteduh...sayu saja hati bila berada dalam keadaan hujan begitu...sejuk pulak tuuu............

Rasanya dekat sejam juga hujan yang lebat itu baru berentiiiiiiiiiii....Penulis yang kebasahan bukan kerana peluh ambil keputusan untuk balik sajalah....lagipun tengok langit macam nak hujan lagi walau kat kebun penulis tak pernah pun dikunjungi KUMPULAN HUJAN..ehh!! Jadi penulis pun berjalan naik ke bukit semula dengan langkah lemah kerana berat membawa airr dibadan.......

Sampai disituuuuuuu....PENULIS RASA NAK BALING SAJA SEGALA APA YANG DIPEGANG...RASA NAK ANTUKKAN SAJA KEPALA KE POKOK DURIAN DISEBELAHHH.........sebab?????

Penulis LUPA HARI TU BAWA KERETAAAAAAAAAAAAAAA....adoiiiiiiiiiiiilaaa...pesal jadi BODOH BERHUJAN TADIIIIIIIIIIIIIIIIII.................huh!!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.