-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 1 Januari 2014

MEMALUKAN! SEMALAM POST HARI NI DAH KANTOOIIII.........

PEMBACA

Semalam penulis ada buat posting tentang kekecohan yang berlaku di Dataran Merdeka oleh peserta TURUN....KLIK SINI........

Dalam posting tersebut penulis lampirkan gambar SALAH SEORANG ANGGOTA PENGUATKUASA yang cedera parah dan Twitt dari artis Najwa Latif yang mendakwa WANITA DIRABA PESERTA DEMONTRASI.......
Ternyata, yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah. 

Kes anggota penguatkuasa cedera parah. 

Hari ini ANGGOTA PENGUATKUASA yang dikatakan polis dan cedera parah seperti dalam BERITA ini MUNCUL dengan bergaya.......malah siap sedia nak menyaman pihak yang menyebarkan gambar BELIAU. 
Errr...lebih memalukan yang menyebarkan GAMBAR DAN BERITA INI....

er...INI.........erkkkkkkkkkkkkkkk!!


Menurut sumber, pemuda itu mendakwa memang dia cedera waktu itu... CEDERA DITETAK...TAPI....KEJADIAN ITU BERLAKU  BUKAN MALAM SEMALAM.......ehhh!! Kan dah kantoiii......Ini kenyataan beliau di Facebook.


BOLEH RUJUK SENDIRI DI FACEBOOK BELIAU JIKA MASIH RAGU RAGU......KLIK SINI 

Najwa Latif ...........Ini Twitt yang penulis lampirkan semalam........
IMG-20131231-WA0441








Hari ini Najwa mendakwa ITU BUKAN TWITT BELIAU dan berharap pihak berkenaan memohon maaf kerana tindakan mereka ini.......Ini sebahagian berita tentang perkara tersebut yang secara TIDAK LANSUNG MEMBUKTIKAN TIADA KEKECOHAN waktu ituuu.......

Itu Bukan Tweet Dari Saya, Najwa Latif

    January 1, 2014


147
18
0

ARTIS remaja, Najwa Latif kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab dalam isu tweet yang dikatakan dibuat olehnya bahawa berlaku kejadian beberapa wanita diraba semasa perhimpunan TURUN di Dataran Merdeka,  semalam.
Malam tadi, Najwa membuat persembahan sempena konsert Ambang 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.
Beliau berkata tweet berkenaan bukan dibuat olehnya dan ia adalah tweet yang telah diubahsuai.
“Selepas timbul kisah tweet itu, saya ada terima beberapa mention yang ditujukan kepada saya yang agak kasar, saya tahu siapa yang memulakannya saya harap ia akan berakhir dengan baik,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my hari ini.
Menurut Najwa, ketika kejadian para peserta perhimpunan naik ke atas pentas utama berlaku beliau sudah bergerak keluar dari Dataran Merdeka bersama Pengurusnya, Azahari Jaafar dan kakaknya balik ke rumah.
Mengulas mengenai perhimpunan itu, Najwa berkata ketika menyanyikan lagu Sahabat di atas pentas beliau tidak nampak kekecohan berlaku sebaliknya memberikan fokus kepada penonton di hadapannya sahaja.
“Ketika saya membuat persembahan saya tidak menerima apa-apa ejekan seperti ‘booo’ atau sebagainya sebaliknya penonton di hadapan saya tetap bernyanyi bersama dan bertepuk tangan saat saya mengalunkan lagu Sahabat.
“Persembahan saya bermula pukul 11.15 dan berakhir pada pukul 11.20 malam, selepas itu pengurus saya dan kakak saya terus pergi ke kereta dan bergerak keluar dari Dataran Merdeka,” katanya.
Ketika ditanya adakah beliau tahu akan berlakunya satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Najwa berkata pengurusnya ada memaklumkan hal berkenaan tetapi demi orang ramai yang hadir untuk menyambut tahun baru, Najwa teruskan menjalankan tugasnya bernyanyi pada malam itu.
Tambahnya, setakat ini beliau tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan  terhadap individu yang memalsukan tweet beliau hanya berharap ia tidak akan diperbesar-besarkan lagi. – MYNEWSHUB.MY

Apabila melihat kes Najwa Latif...penulis teringat KISAH KANTOI MELIBATKAN MAHFUZ OMAR yang anda boleh baca disini dan ANDA AKAN FAHAM macam mana fitnah itu DIBUAT!!


                                fitnah...........SAMA SENDIRI..........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.