-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 29 Januari 2014

MAMPUKAH ANDA JAWAB "TAK" PADA SOALAN INI ?

PEMBACA

Apabila melihat kegigihan insan lain untuk teruskan hidup......kadang kala kita cuma mampu BERDOA untuk mereka.......Masih penulis terbayang dan masih penulis ingat kisah dibawah......
Mungkin ada sesuatu yang boleh kita ambil iktibar dan kongsikan bersama kerana SESUNGGUHNYA MASIH ADA LAGI RAKYAT KITA BEGINI........Masya Allah!

Dalam perjalanan balik  tadi .......penulis berenti di sebuah warung kecil ditepi jalan, yang ada cuma 2 meja .....satu untuk peniaga dan satu untuk pelanggan......kebetulan waktu penulis singgah itu TIADA PELANGGAN LAIN...

Menu yang dijualnya ialah goreng pisang, cendawan goreng dan ABC yang masih menggunakan MESIN  "STERING" pemutar macam gambar dibawah...

Penulis ambil beberapa ketul goreng pisang dan cendawan goreng serta air ABC.......rasa TERUJA dalam sebak melihat MAKCIK itu pusing stering ABCnya PADA KETULAN AIS berbentuk bongkah bulat  yang rasanya dibuat sendiri (Isi dalam plastik) ....alahaiii! 

Sedang penulis nikmati keenakan goreng pisang ,triba triba makcik tu hampiri penulis...

"Dik....boleh tolong makcik  tak..." Tanya nyee.

" Boleh....nape makcik....."

" Moto suami akak rosak kat kebun ...jadi makcik kena ambik anak balik sekolah...boleh tengok kan kedai ni jab tak?? Tak jauh...sekolah depan tu jerr....."

"Boleh...boleh..." Habis saja penulis berkata setuju, makcik itu kebelakang warungnye.......aduhaii.....BASIKAL rupanyeeeeee....Tersentak penulis lihat Makcik tu meluru kayuh basikalnye ........aduhaiii......

Tak sampai 10 minit, kelibat makcik itu muncul semula bersama dua anaknya yang jika dilihat dari pakaian mereka...baru pulang dari Sekolah Agama....Tak tahu nak penulis gambarkan perasaan ketika itu....tak tahu nak diceritakan macam mana seksa makcik itu mengayuh dengan keadaan dirinya yang sudah separuh abad...tak tahu macam mana peritnya si anak yang duduk diatas palang besi.......ADUHAIII..........

"Makcik....bungkus cendawan RM5 ...kira semua sekalii......." Kata penulis sebelum meneruskan perjalanan sambil sayu melihat anak anaknya membantu emak mereka mencari REZEKI HALAL......

"RM5 je..." 

"Eh! Saya minum dan makan tadiii....."

" Takpelah dik.....adik dah tolong tengok kan warung ni...kira makcik belanje lahhh..." 

"Iskkkkkkk, jangan macam tuuu......." Makcik tu tetap mahu kira RM5 juga........akhirnya penulis panggil kedua anak anaknya......diletak dalam kedua kocek baju mereka "RM" IKHLAS dari penulis.......

Makcik itu terharu dan penulis LEBIH TERHARU dengan apa yang dilihat tadi........IKTIBARNYA PADA PENULIS....sepanjang perjalanan balik penulis  terbayangkan  emak yang JUGA PENIAGA TEPI JALAN......

ANDA bayangkan emak anda bangun seawal pagi...siapkan diri anda yang masih kecil ketika itu untuk ke sekolah....Tak cukup dengan itu,disiapkan pula sarapan  untuk anda dan  ayah anda pergi bekerja....

Belum sempat berehat, emak mengemas rumah dan mungkin membasuh pakaian anda....belum jua peluh menitis ke lantai, menyediakan pula bahan untuk meniaga dipetang hari sambil memasak untuk makan tengahari.......

Mungkin seawal 3 petang emak anda sudah bersedia menahan perit mencari rezeki di warungnye.....selewat 7 malam emak anda  sudah ada dirumah....tanpa hirau penat...emak terus memasak untuk anda dan ayah......tanpa peduli lenguh tangannya emak lipat kain sambil melayan 'KERENAH ANDA ".........

10 malam.....EMAK LENA.......Jadi jangan biarkan EMAK lena tanpa KEHADIRAN ANDA disisi ketika KITA MASIH BERPELUANG.......

"Cuti ni Raya Cina ni  balik tak Misbah?"....PENULIS JAWAB IYA untuk emak ........

APAKAH  PULA JAWAPAN ANDA jika ITU DITANYA OLEH  EMAK ANDA ???

  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.