-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 Januari 2014

KERUSI ,TELEFON DAN NUR...........

PEMBACA

Hati mana yang tidak sakit bila melihat orang yang kita sayang dan minati bersama gadis lain. Mula timbul rasa geram, menyampah dan sebagainya....namun apakan daya, Nur mula sedari yang kami hanya kawan biasa....

Mungkin Nur saja yang memendam rasa padanya, Nur saja yang mula terasa KEHADIRANNYA tetapi dia tidak! . Nur cuma bantu dia uruskan hal guamannya dan Nur tidak boleh menyalahkan dia walau SAKIT HATI masih ada...emmm......inilah padahnya kalau kita memendam rasa PADA SESEORANG.......

Namun, sebagai wanita...tak kan kita nak MULAKAN ?? Takkan kita nak cakap padanya "SAYA SUKA AWAK........" ! Biarlah ....mungkin dia bukan bakal kekasih Nur dan juga bakal suami Nur...... Nur tabahkan hati terima semua iniiii.............

Selepas kejadian itu, Nur dah cuba jauhkan diri darinya... bukan apa........ Nur tak mahu PERASAAN SAYANG itu kembali semula, Nur tak mahu rosakkan hubungan dia dengan kekasihnya ituuu.......

Tapi kata orang, sejauh mana pun kita berlari jika ITU KETENTUAN ALLAH...ia pasti kembali juga pada kita.......... pagi pagi dia dah sampai ofis Nur sambil tersengeh sengeh.....

" Tengahari ni i belanja makan......" Katanya. Eleh! ajak la kekasih awak tu makan, pesal ajak kita plak....hati Nur berbisik walau MEMANG NAK MAKAN bersamanya...tapi kenangkan kekasihnya......tak jadi leee.....

" Sibuk laa....." 

"Jangan macam tuu......lagipun hari ni saya nak kenalkan awak pada kekasih saya....boleh la kenal kenal...." Kata kata itu sudah CUKUP MELURUHKAN JANTUNG NUR........Sampainya hatiii!!! 

" Tak boleh! Nur ada janji dengan client ......" Nur tipuuuu....nada Nur mula sebak...sebak kerana mula SEDARI DIRI SENDIRI.....siapalah akuuu......

"Petang?

"Petang pun tak boleh....ada client! " Tegas Nur menipu kerana masih sakit hati...CUBALAH FIKIRKAN.....dah la kita minat kat dia, dia ajak pula makan bersama kekasihnya ...tak gile ke namanye tuuu......lebih baik Nur mengelak dari melihat semua tuuuuuu.....

"Malam?"

" Ada client jugakkk......" Nur beri alasan lagi.

" Hahahaha...nampak beno awak menipu....diari awak hari ni ada kat siniii...saya sedang bacaaa........' katanya sambil menunjukkan diari urusan Nur hari nii...aik! Macam mana tak prasan tadiiiiiiiiiiii............adehhh!!! 

Nur tak dapat mengelak lagiii.......mau tidak mau terpaksalah .....sepanjang hari tu banyak kerja Nur tidak dapat lakukan........rasa nak menangis........rasa nak menjerit! Maklumlah Nur bakal dikenalkan dengan KEKASIH orang yang kita SAYANG.......Nur sedih......akhirnya air mata Nur menitis jua ....sedih sangattt! 

Nur sampai longlai di Restoren yang dijanjikan .......dia sudah menunggu di sudut meja paling tepi........ada 3 kerusi disituuu...........dia duduk satu kerusi didepan dan pastinya Nur akan duduk bersebelahan bakal kekasihnya ituuu......SABAR! REDHA AJE LAH NUR...bisik hati Nurr cuba untuk kuatkan diri DEMI SEORANG SAHABAT.......!

"Ehh! Awak duduk kerusi situuu......kerusi niii untuk KEKASIH SAYA nantiii...." Adoiii! Rasa nak nangis dan malu TERAMAT MALAUU ketika ituuu...iyelah! Pastinya dia nak kerusi kekasihnya itu MENGADAP WAJAHNYA KAN.....tak kan Nur pulak nak mengadap dia...yelahhh!!

Nur tak mahu makan........tapi dia paksa juga...macam mana nak lalu makan kalau hati tak tenang macam niii.........dah dipaksa Nur order jugalah Nugget .

"Dah dekat 10 minit ni...mana dia...?" Nur mula bertanya, almaklumlah kalau boleh NUR NAK CEPAT CEPAT abiskan drama niii....

" Entah.....tadi dia cakap on wayyy...." 

Suasana kembali sepi kembali...Nur memang tak banyak cakap waktu itu...sibuk layan perasaan.....dan dia juga macam tak banyak soal ....kami banyak mengunyah dari bercakap 

"Lambat sangatlah! Mana niii......." Nur tak sabar nak balik dahhh...Dia diam...dia merenung Nur seketika kerana Nur tahu dia BUKAN BERANI NAK TENUNG LELAMEE.......

"Cubalah AWAK TELEFON DIA...kan senang..." Nur dah seakan hilang sabar......dah la DISAKITI ...kena tunggu pulaa....baik sangatkah KEKASIHNYA ITUUU?? 

" Jab jab...awak pindah duduk kerusi sebelah....." Katanya.....

"Pesal pulakkk...nanti dia sampai apa pula KATANYA?? Soal Nur...memacam plak perangai dia hari nii......huhh!

"Pindah je la sekejabb... Katanya sambil memegang telefonnn.......Malas nak bertekak Nur ikuti saja arahannya ....

Kringgggggg.......Kringgggggggggg! Nada telefon Nur berbunyi dari dalam beg.....ahh! Nur mula rasa SELAMAT.....minta mintalah ofis yang telefon kali nii.........pasti cepat Nur dapat balik...pasti cepat Nur dapat LARI DARI DERITA INIIIIIIIIII........

Segera Nur buka beg dan ambil Hp.....Nur lihattttttt...........aikkkkkk! tertera nama PEMANGGILNYA +Dukun Pasir JOMGELAKFM ...........

"Eh! Awak telefon Nur ni kenapa?? " Nak tergelak pun ada...sah sah dia tersalah dail ...nak telefon kekasih terpanggil Nur...lawak la sangattt!! 

Dia diam...dia renung Nur kembali walau seketika.......ketika itu dada Nur mula berdebar tak tahu kenapa....... 

"Saya tak salah dail......dan MEMANG KERUSI INI UNTUK KEKASIH SAYA........" Katanya menunjukkan kerusi yang Nur duduk.....Dada Nur makin kencang...rasa sebak ...rasa nak mengalir lagi air mata....APAKAHH??

27hb Jan tarikh ketika Nur dan dia berada dalam restoren itu...dan tarikh itulah juga  Nur dilamar olehnya ......Alhamdulillah dah hampir 16 tahun Nur bahagia bersama En Somi ...

1 Mesej diterima:

how sweet u're =) semoga berkekalan hingga jannah

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.