-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 27 Januari 2014

DR CHONG DAN JENAZAH SEORANG HAJJAH....

PEMBACA

"Nurse! Itu rambut you jangan kasi keluar...kasi tutup rapat " Kata Dr Chong yang mengejutkan semua jururawat dan pembantu Hospital apabila proses siasat punca kematian siap dilakukan pada jenazah Hajjah Zainab.

"Camne ekk...." Kata salah seorang jururawat yang serba salah dengan arahan Dr Chong tadi. Memang pelik kerana punca kematian bukan melibatkan bahagian kepala......tapi kenapa Dr Chong suruh tutup kepala ??

Dr Chong dapat merasakan kegelisahan dihati jururawat yang sedang bertugas bersamanya....Dr Chong hampiri semula jenazah Hajjah Zainab.......matanya merenung wajah jenazah dengan wajah sedih.......nafasnya dihela panjang........kemudian dia berpaling pada jururawatnya lalu berkata.....

" Masa saya kecil, makcik ini lah yang menjaga dan membesarkan saya, saya dibela olehnya semasa emak dan ayah saya pergi kerja.....saya tahu makcik ini begitu TAAT PADA AGAMANYA, sangat MENJAGA AURAT terutama rambutnya....hinggakan emak saya pernah berkata, sepanjang emak hantar saya kerumah makcik ini lebih 20 tahun....tidak pernah emak melihat bagaimana rupa rambut makcik ini walau sekali...."

Dr Chong berlalu dan mengambil sesuatu dari dalam begnya kemudian dia hampiri semula jenazah Hajah Zainab .Dengan mata yang berkaca, Dr Chong mengusap rambut jenazah Hajah Zainab sama seperti rambutnya DIUSAP Hajah Zainab 20 tahun lalu.....Lalu dengan lembut Dr Chong PAKAIKAN sendiri ANAK TUDUNG berwarna putih bagi menutup aurat jenazah.

"Ok Nurse....dah boleh bawa keluar...."Katanya pada semua jururawat yang seakan TERUJA dan tergamam dengan tindakannya tadi termasuk seorang jururawat bernama Khalida yang tidak bertudung........


Pesanan ........

"INGATLAH! JIKA KITA MENJAGA AURAT, ALLAH JUGA  AKAN MENJAGA AURAT KITA WALAU pada yang bukan SEAGAMA......."


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.