-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 23 Januari 2014

JUMAAT YANG HILANG ...........Setelah 3 minggu!

PEMBACA

"Misbah! Dek At Eksiden........"Itulah ayat yang mengejutkan penulis. Segera terbayang wajah rakan yang lebih mesra dipanggil Dek At kerana beliau berasal dari Kedah dan merupakan anak bongsu dari 5 beradik.

Segera Penulis ke Hospital setelah meminta sedikit maklumat yang diperlukan dari rakan yang telefon tadi........

"Dia berlumba  Misbah..." Tanpa diberitahu punca pun penulis dah dapat mengagak apa punca kemalangannya kerana melihat ramai rakan rakan REMPIT beliau di Hospital ketika itu. Memang Dek At kaki rempit dan rempit itulah salah satu CARA DIA MENAMPUNG HIDUPNYA DIKOTA BESAR........

"Dah beritahu keluarganya..." Tanya penulis setelah melihat keadaan Dek At yang koma...

"Dah bang...mereka dalam perjalanan kesini....tapiii......kita "rahsiakanlah" HAL SEBENARnya bangg..." . Penulis faham! Tak kan nak beritahu Dek At kemalangan kerana berlumba?? Tak kan nak beritahu HITAMnya hati Dek At sejak berpindah ke Kuala Lumpur ini?? Semua tu perlu dirahsiakan........

Penulis berlalu keluar dari ICU dengan perasaan berbelah bagi...sedih! Tapii...itu sudah suratannya dan itulah jalan yang telah dipilihnya .......

Tak perlulah penulis ceritakan peribadi Dek At terutama sejarah hitam beliau sepanjang menampung hidup di kota besar ini.....Biarlah rohnya tenang setelah "3 KALI JUMAAT" beliau cuba bertahan dalam koma walau sentiasa diiringi doa dan surah Yasin oleh bapa dan emaknya  .

Apa yang penulis ingin kongsikan ialah......"Sebenarnya baru tadi penulis TAHU NAMA SEBENAR BELIAU walau hampir 3 tahun penulis  serumah dengannya.....

Penulis tahu bukan lah dari satu KEBETULAN tetapi dari SATU KENYATAAN YANG PASTI AKAN DIHADAPI OLEH PENULIS SENDIRI DAN ANDA semua KERANA .........

KITA SEMUA pasti akan SAMPAI SAAT INI.........

" Wahai Mohd Jumaat bin ROHANI....apabila datang kepadamu dua Malaikat  bertanya.......MA BARAKBUKA.......siapa tuhanmuu......maka jawablahh......"

EMMM............ JOM SOLAT JUMAAT............!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.