-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 19 Januari 2014

CUMA MAMPU MELIHAT..........

PEMBACA

PAGI Tadi, sebelum sampai pejabat penulis berenti isi minyak.......didepan penulis ada seorang pakcik bersama 3 anaknya juga sedang mengisi minyak. Penulis perhatikan pakcik tersebut dan ketiga tiga anaknya yang lengkap berpakaian sekolah........

Selepas siap mengisi minyak,pakcik itu menyorong motornya ketepi untuk memberi laluan pada kereta penulis pula bagi hampiri mesin pam minyak. Dari meter pam minyak,penulis dapat lihat pakcik itu ISI RM3 untuk motornya.......


Selepas membayar minyak di kaunter,Pakcik itu dilihat hulur RM1 kepada setiap seorang anak anaknya..........Triba triba terasa sebak.....RM1 apa yang mampu dibeli oleh ketiga tiga anaknya itu sekarang?? 

Tapi itulah yang mampu diberi oleh pakcik tersebut berdasarkan keadaan diri dan motornya yang TAK CUKUP SYARAT.....

Dalam serba payah......pakcik itu membawa KETIGA TIGA ANAKNYA  ....Penulis dapat lihat, anak ketiganya cuma DUDUK PALANG BESI motor tersebut(Silap gaya boleh terjatuh kalau tak kuat berpaut) .....itupun 2 beg sekolah anaknya diletak didepan yang sudah hampir mencecah dagu Pakcik tersebut.

BAYANG DAN RENUNGLAH, dua anaknya perempuan...nak naik motor pasti seksa dengan kain sekolahnya ......Anak lelakinya pula terbeban dengan beg sekolah, terpaksa pula  duduk diatas palang besi yang jarak perjalanan mereka ke sekolah tak kurang dari 10 minit (Dari Pam minyak tersebut)........DAN PALING SEDIH DAN INSAFKAN PENULIS IALAH......

"
INILAH BEBAN DAN PERIT YANG AKAN DITANGGUNG OLEH KETIGA TIGA PELAJAR INI SELAMA SETAHUN UNTUK KE SEKOLAH, kerana ini saja kemampuan yang ada pada Pakcik ini...."

Ya Allah!!  Tak tahu apa nak kata dan tak tahu apa nak buat.......CUMA penulis mampu iringi doa untuk keluarga pakcik tersebut dimurahkan rezeki.......Amin Ya Allah.......



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.