-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 18 Disember 2013

TERSEBAR! NAK BUKA KASINO PUNCA PUTING BELIUNG DI JOHOR

PEMBACA

Setiap sesuatu kejadian yang aneh itu ada beribu hikmah buat kita. Sama jugalah dengan KEGEMPARAN yang diperkatakan ADA PUTING BELIUNG DI DANGA BAY JOHOR yang gambar dan videonya telah tersebar dalam alam maya ini... 

Pelbagai versi cerita ada hingga TERSEBAR BERITA DIBAWAH TENTANG cadangan nak buka CASINO diJB (Rujuk BUKTI berita dibawah) yang menyebabkan BERLAKUNYA AMARAN DARI ALLAH MELALUI PUTING BELIUNG INI... 


Ini beberapa gambar dan video berkenaan puting beliung yang dirakam pengguna Facebook dan Twitter .......maklumlah kejadian pelik begini mesti kita rakam kerana jarang tengok puting beliung tapi  selalu tengok PUTING...err...errr...!







Ini pula pendedahan tentang cadangan buka Casino di Johor yang didedahkan oleh seorang peguam dalam media Facebook yang sudah tersebar. 



KLIK SINI UNTUK FACEBOOK BELIAU 

Takpelah....cukup untuk kita kongsi dan ambil iktibar saja dan berharap ianya ADALAH BERITA yang TIDAK AKAN TERJADI....

Bercakap pasal hikmah kejadian AWAN yang berbentuk puting beliung ini.....ada sesuatu yang boleh kita belajar dan ketahui  sebab kalau TAK  terjadi sesuatu itu KITA TAK TAHU kerana ilmu pengetahuan kita berbeza beza cuma yang tak berbeza pemikiran Menteri aje....alasan yang same jerr....tak suka puting beliang PINDAH NEGARA LAIN LAHH...ehh! 

Setelah dirujuk ....Puting beliung ini sering JUGA MELAWAT KAWASAN dalam negara kita...seperti berita dan paparan video dibawah....

Pertama kejadian ini pasti ingatkan kita pada Puting beliung yang berlaku di Pulau Besar Mersing pada 2008 ...rujuk video dibawah.



DI Arau pada 2010....... 



DI LINK KEDUA JOHOR BHARU



Dan kejadian pada 18 june 2011 di Teluk Buih Mersing seperti berita dibawah. 
Puluhan bot dilambung puting beliungSEBUAH bot nelayan tersadai di jeti kerana diterbangkan puting beliung di pangkalan Teluk Buih, Mersing, semalam.
Angin kencang selama 10 minit turut rosakkan khemah peniaga 

MERSING: “Saya hanya mampu berdoa agar puting beliung itu tidak menghala ke arah kami yang sedang berniaga kerana ngeri mengenangkan ribut memusnahkan Bazar Ramadan Melaka tahun lalu yang mengorbankan beberapa mangsa. 
"Doa kami dimakbulkan apabila puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya saja sudah cukup untuk merosakkan beberapa gerai di sini,” kata Rosli Derani, 42, peniaga pasar lambak Jalan Makam, di sini. 


Katanya, ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang kelmarin itu, dia yang berniaga sup tulang dapat melihat dengan jelas pusaran angin bergerak menghala ke Teluk Buih sambil tempiasnya terasa sehingga ke kawasan perniagaan itu. 

Walaupun puting beliung yang dilihat bermula dari Pulau Setindan berhampiran Pantai Teluk Buih itu tidak menghala ke pasar lambak, tempiasnya sudah cukup menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan yang diterbangkan angin. 

Kejadian berterusan kira-kira 10 minit itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di daerah ini dan menggemparkan penduduk sekitar Kampung Air Papan dan Teluk Buih. Walaupun tiada kemalangan jiwa, sekurang-kurangnya empat bot nelayan musnah dan bumbung jeti pangkalan Teluk Buih diterbangkan angin kencang. 

Pengunjung dari Kluang, Muslim Abdullah, 46, berkata ketika kejadian beliau yang berada di atas jeti sempat menyelamatkan diri dengan berlindung di kawasan selamat manakala orang ramai di sekitar pantai bertempiaran lari mencari perlindungan dalam keadaan bot gentian kaca berterbangan dibawa angin kencang. 
“Bot yang berat itu mampu diterbangkan angin bagaikan kertas yang melayang sebelum jatuh menghempap jeti. Syukur saya dan anak terselamat... kalau terperangkap dalam pusaran angin itu, sukar untuk digambarkan nasib kami," katanya.





Seterusnya ....ramai juga yang mendakwa Awan yang terbentuk ni dipanggil Waterspout yang anda boleh rujuk maksudnya disini kerana hendak dijelaskan terlalu banyak jenis jenisnya.......


Ini pula sebahagian dari video berkenaan Waterspout.........





Oklah...Memang kuasa Allah kita tak dapat jangka dan duga...cuma kita kena sentiasa beringat dan beramal supaya kita tidak lagi ditimpa bala demi bala disaat HARGA BARANG NAIK ni....ehh!!  

Apapun......kita berdoa agar negara dan rakyat kita selamat dan dijauhkan dari bala.....Amin! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.