-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 2 Disember 2013

SEMBAHYANG MANA BOLEH KETAWA....sape cakap??

PEMBACA
Sembahyang itu adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat ,semasa sembahyanglah kita berpeluang untuk BERAMAH MESRA dengan pencipta...Alllah yang esa.....tetapi ada kalanya sembahyang kita jadi KACAU BILAU atau haru biru.... 

Bukan bermakna penulis nak perlekehkan sembahyang,cuma ingin berkongsi agar perkara perkara ini dapat kita elakkan supaya tidak TERGANGGU jemaah lain,senang cakap...disebabkan kita orang lain BOLEH TERBATAL SOLATNYA...... 

Contohnya...ditempat penulis ada seorang "Budak OKU" yang amat dikenali kerana dia rajin MINUM diwarung warung tepi jalan. Walaupun dia 'KURANG SIHAT" dari segi akalnya...tapi beliau tidak kacau orang dan dia juga tidak sombong dengan sesiapa yang menegurnya walau lain ditanya lain dijawab....

Hendak dijadikan cerita...dalam solat Jumaat minggu lepas, Budak OKU ini hadir sama dan berada di Saf tengah. Macam biasalah...kehadirannya menjadi tumpuan lebih lebih lagi dirinya DIKENALI...namun alhamdulillah, budak OKU ini tidak melakukan apa apa yang "MENAKUTKAN" sehinggalah Solat Jumaat dijalankan pada rakaat yang pertama.....

Semasa sujud  ,PUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!! Adehh!! Budak OKU ni kentut dengan kuat hingga terasa bergegar lebih dari suara Imam didepan tadiii........apa lagiii! Hampir separuh saf dibahagian belakang TERBATAL SOLAT nya...

Sebab ...selalunya ketawa ni boleh jadi ikutan, tul tak?, kalau orang sebelah ketawa KITA YANG DISEBELAH AKAN TURUT KETAWA walau kita tak tahu apa yang diketawakan,nasib baiklah Imam didepan tak tahu apa berlaku ,kalau tidakkk.......habissss!! 

Itu satu halll....yang aksi dibawah ini LAGGGGGGGGGGGGGGIII SATU HALLL.......nak salahkan siapa ?? Nak pula kita baru nak Takbiratul ihram ..EHHH!!!!! 


Gelak gelak jugak..........DAH SOLAT BELUM??


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.