-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 14 Disember 2013

KISAH TOL YANG PERLU KITA TAHU

PEMBACA

Tol pulak??? Itulah gambaran terkejutnya penulis bila membaca petikan akhbar yang menggunakan ayat YANG SAMA dan  ALASAN YANG SAMA SETIAP KALI BERLAKU KENAIKAN barang atau keperluan.......

"Kenaikan kadar Tol TIDAK DAPAT DIELAKKAN.....dan pasti TIDAK MENJEJASKAN PENGGUNA ". Dua ayat Elak dan JEJAS itu sudah memberikan kita MAKSUD ....terima AJELAH!! Kerajaan  tak boleh buat apa apa........Tapiiiiiiiiii....ANDA YAKINLAH DAN PERCAYALAH CUMA "KEADAAN" INI SAJA YANG MAMPU MENGELAKKAN KADAR TOL DINAIKKAN....Apa keadaan itu??

SEKIRANYA BERLAKU Pilihanraya kecil....pasti kadar Tol tidak akan dinaikkan. Nak pula Pilihanraya kecil itu melibatkan beberapa kawasan panas yang kerusi DUNnya cuma berbeza satu dua kerusi.....betul tak?? 

Oklah...berbalik pada kisah TOL.....pada pandangan penulis , kita lupakan dulu pasal perjanjian Konsesi yang sebenarnya akan jadi  BASI jika kita BONGKAR satu persatu. Kita bercakap berdasarkan KEMUDAHAN AWAM...

Bila disebut kemudahan awam...ianya bukan lagi berdasarkan kepada keuntungan bagi mana mana pihak. Kalau Thailand boleh ....kenapa kita tidak....?? Kenapa SEMASA NAK NAIKKAN HARGA MINYAK Thailand kita boleh bandingkan dari segi harga...tapi bila nak naikkan TOL...triba triba tak boleh! .....

FAHAMI FAKTA INI...Kemudahan awam itu dibina sekali...maksudnya modal sekali saja diperlukan untuk membina satu satu lebuhraya walau berbilion terpaksa dibelanjakan....selepas siap...MODALNYA cuma UNTUK KOS PENYELENGGARAAN atau membayar balik pinjaman...Adakah KOSNYA sama seperti semasa MEMBINA atau selepas dibina?? Pastilah kos selepas dibina akan lebih RENDAH ........

Katakan....kos dibina 100 juta....duit untuk selenggara pasti kurang...mana mungkin duit selenggara LEBIH DARI 100 juta? Tak kan pula untuk bayar pinjaman 100 juta itu kita kena bayar PINJAMAN lebih 100 juta...Kita ambil logik ...kita pinjam beli rumah RM100k...kita bayar setiap bulan paling tinggi pun selama 30 tahun anggarannya  RM1000.00  ...ada ke orang pinjam beli rumah RM100K ...kena bayar setiap bulan LEBIH DARI 100K?? 

Dah fahamkan...ok...Katakan duit selenggara lebuhraya itu dalam setahun 10 juta termasuk nak bayar pinjaman ....dari mana nak dapat duit SELENGGARA ITU KALAU TIADA TOL??? Kerajaan KENA MEROMPAK?? KERAJAAN KENA PINJAM LAGI??? 

Tak perlu.......tak perlu buat tol pun duit 10 juta itu boleh diperolehi...dari mana?? JAWABNYA CUMA DARI IKLAN......Anda lihat dikiri jalan lebuhraya bertol ada papan IKLAN KAN?? Cer teka BERAPA KOS UNTUK LETAK PAPAN IKLAN TERSEBUT?? Itu baru penulis sebut dari IKLAN..belum lagi dengan KEUNTUNGAN DARI PENYEWAAN GERAI GERAI SEKITAR TOL...Dan banyak lagi sebenarnya UNTUNG boleh dibuat TANPA TOL...

Ehh! Nanti ada pula yang memberi alasan...Tak boleh letak iklan banyak dijalan raya...nanti bahaya.......adoiiiiiiiiiiiiiii!! Itu alasan TAK LOGIK DIK....SAMA TAK LOGIK MACAM TNB UNTUNG TAPI tarif NAIK JUGA...mana Khairy??? Mana?? Mana?? 

Tapi kan.......sesekali terfikir....APA JADI KALAU SETIAP RAKYAT PULA "MEMBULI" UNTUK MENDAPATKAN HAK KEMBALI ...?? Macam mana nak buli ?? Kena Demontasi lagii??

TAK PERLU...TAK PERLU SEMUA ITU...KITA MAMPU MEMBULI cuma DENGAN CARA TIDAK MENGGUNAKAN LEBUHRAYA selama SEBULAN .......Biarkan lebuhraya KOSONG DAN LENGANG.....

Nanti akan akan lihat kesannya ......jalan lama akan dipenuhi oleh polis trafik dan JPJ untuk menyaman  ,berita dan kenyataan dikeluarkan KADAR KEMALANGAN JALAN LAMA MENINGKAT...JALAN SESAK...JALAN JEM ....KERAJAAN AKAN MINTA RAKYAT GUNAKAN LEBUHRAYA SEMULA...semua NYA BOLEH TERJADI KERANA  PENGENDALI LEBUHRAYA SEPERTI PLUS DAH SEMAKIN  SAKIT DAN TENAT...KERAJAAN pula DAH TERDESAK akibat DIBULI RAKYAT! .......

ISU NYA PADA KITA PULA NANTI IALAH.......

ADAKAH KITA MAMPU LAKUKAN ?? Mampukah anda BERKORBAN lebih masa dalam kereta DEMI MENDAPATKAN HAK KITA?? Mampukah anda BEKERJASAMA DENGAN KUKUH untuk MEMBULI INI?? 

Tidak mungkin kan?? Kerana SESUNGGUHNYA KITA ADALAH RAKYAT YANG BAIK........Takpelahhh.......!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.