-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 2 Disember 2013

KENA MAKI SEMASA MEMANDUU........Anda patut TAHUU kes inii.....

PEMBACA

"Hoooooooooiii BODOHH! Tepi laa ........" Kata seorang penunggang motor besar sambil menjerit pada penulis yang sedang memanduu.....kelihatan tertulis pada motornya MARSHALL....diikuti deruman dan pecutan peserta motor besar melintasi kenderaan penulis dan beberapa kenderaan lain yang MEMBERIKAN LALUAN kerana "DIJERITT BODOHH".

Dikala itu terasa nak marah pun ada, APAKAH HAK MEREKA?? Bukankah kita dan mereka sama sama mempunyai hak SEKATA selaku pengguna jalan raya?? Okk...kita rujuk kepada kenyataan dibawah yang berdasarkan UNDANG-UNDANG.......  
Berikut adalah kenyataan yang diambil dari POLIS PAHANG tentang isu ini.....

Musim cuti sekolah ini, banyak aktiviti konvoi kereta/motosikal dilakukan oleh kebanyakkan kelab-kelab permotoran.


Disini terdapat beberapa peringatan & nasihat daripada pihak kami kepada mereka yang akan menjalankan aktiviti konvoi :


- Pertama sekali, kumpulan konvoi perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebulan sebelum aktiviti tersebut dijalankan;

- Kedua, hanya lampu kuning atau 'amber' dibenarkan, itupun selepas mendapat kelulusan JPJ;

- Marshal tidak boleh mengarahkan pengguna jalan raya lain untuk memberi ruang kepada mereka;

- Fungsi Marshal adalah untuk memastikan pergerakkan lalu lintas kumpulan konvoi bergerak mengikut kelajuan yang ditetapkan undang-undang seperti bergerak seiring dan memastikan tidak ada ahli kumpulan konvoi yang tersasar atau terkeluar dari pergerakkan kumpulan;

- Tidak dinafikan terdapat ahli konvoi terdiri daripada pegawai/anggota polis. Namun mereka tidak boleh bertindak sebagai penguatkuasa trafik kerana mereka adalah sebahagian daripada kumpulan konvoi dan tidak bertugas. Lagipun, ia sebenarnya aktiviti orang awam;

- Sebaiknya, sentiasa pastikan jarak kenderaan ketika berkonvoi, amalkan ciri-ciri keselamatan dan tidak melebihi had laju yang telah ditetapkan.



Tapiii........isunya disini.......mampukah kita BUAT PEKAK?? mampukah kita biarkan mereka BISING DIBELAKANG KENDERAAN KITA KERANA TIDAK DIBERI LALUAN??

Janganlah ada yang menuduh penulis ANTI pengguna motor besar, ramai juga dikalangan rakan penulis memiliki motor besar @ berkuasa tinggi...namun sikap tolak ansur DAN HORTMATI itu LEBIH PENTING supaya TIADA PENGGUNA YANG TERPAKSA DITOLAK KETEPI JALAN .....

Pada penulis, bila berada diatas jalan...taraf kita sebenarnya sama, tak kiralah anda menggunakan motor besar ataupun kereta besar ...masing masing akan bayar jumlah TOL yang sama...masing masing akan berenti memberikan bantuan jika berlaku kemalangan....masing masing NAK MEMANDU DENGAN SELAMAT...masing masing ada HAK......

ANTARA LUAHAN YANG ANDA BOLEH BACA...









0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.