-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 1 Disember 2013

AKU SUDAH TIDAK MAHU "DISENTUH" LAGII......panasss

PEMBACA

Sejak berpindah ke rumah besar dan mewah ini ,aku cuma keseorangan disini,alangkah baiknya jika aku masih berada dirumah lama....dirumah lama yang usang dan berkayu itulah AKU RASA LEBIH DIHARGAI...LEBIH kerap disentuh....lebih kerap disayangi.....


Tapi disiniii.......aku umpama tidak  bernilai  dalam bilik yang serba sunyi ini...TIDAK KAH DIA MAHU MENYENTUH tubuhku lagi?? Tidakkah dia mahu membelai dan mengucup diriku lagi?? Sudah hinakah aku kini?? ........Tidak rindukah dia pada kuu...

Seingat akuuu...kali terakhir tubuhku disentuhnya pada pertama aku dibawa masuk rumah ini...malam itu  juga aku berpeluang berbaris ditemani teman teman lain ....kami rela disentuhi...kami rela dikucup ....amat bahagia dan indah saat ituuu......

Tapi itulah malam terakhir aku disentuhnya......Biarlah aku  menanti, biarlah aku mengharap saat manis  bersamanya dulu.......

Malangnya  nasibkuu...impianku tidak kesampaian ....HARI itu adalah malam terakhir aku berada dirumah ituuu....hari itu  juga AKU MENANGIS kerana dibawa pergii.... 

"Ehhh!! Kenapa aku disentuh oleh orang lain ??...kenapa tangannya lembut , tidak kasar seperti tangan DIA...arGHH!! Dimana dia?? Dimana dia..? Hendak dibawa kemana aku ?? 

kENAPA AKU DILETAK DISINI??? Kenapaaa?? Dimana dia?? Kenapa bukan DIA YANG MENYENTUH KUU tadi  walau aku MERASA KEHANGATAN TUBUHNYA kini....?? 


Kiniiiiiiiiii..........walau aku kerap disentuh, kerap dikucup ditempat baruuu ini ,namun aku tetap tidak merasa bahagia...

...kerana  aku amat rindukan SENTUHAN DIA...Adakah dia telah MELUPAKAN AKU?? Lupakah dia pada saat kita bersama...lupakah dia SERING TERTIDUR DIATAS KUUU..Lupakah dia air matanya selalu membasahi tubuh badanku dikala ituuu.........lupakah dia?? .........

SEJADAH YANG MENANGIS..... 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.