-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 4 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435/2013

PEMBACA
Salam semua..selamat menyambut tahun baru hijrah buat semua muslimin muslimat saudara se Islam semua.. semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas.. Sama2lah kita berusaha mempertingkatkan iman dan amal.. mari kita tanamkan azam untuk berubah ke arah kebaikan dan cuba meninggalkan amalan dan tabiat yang kurang baik..same2lah kita saling ingat mengingatkan sesama kita.. semoga kita semua berada dalam rahmat dan keberkatan dari-Nya..amin..

“Semoga Allah jadikan pagimu cahaya

zuhurmu gembira
asarmu bahagia
maghribmu keampunan
isyakmu keberkatan
dan doamu dimakbulkan
dan diluaskan rezeki
dan dibuka padamu pintu
syurga tanpa sempadan
SELAMAT TAHUN BARU 1435 HIJRAH”

 

Triba-triba Nur dapat SMS dari seseorang… Teruja nur bila membacanya…  Maka nur pun mengarang semula nak membalas kepada si pengirim sms ni…

“Salam Maal Hijrah 1435…
Semoga kita lebih tabah dalam mengharungi kehidupan dan berhijrah ke arah yang lebih baik…”

Cewah!! Rasanya dah cantik lah ayat ni… so Nur pun tekan button send… Sekali keluar…  ”Message failed.  Please check your servis provider…”

Hah, kredit tak de la pulok!!!!... adolaaaa….



Doa Akhir Tahun: Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Doa Awal Tahun: Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
·                     Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan semalam.
·                     Semoga kita beroleh kekuatan menghadapi cabaran yang semakin hebat ketika             ini.
·                     Semoga setiap amal kebaikan kita mendapat keberkatan-Nya.
·                     Semoga kita tidak lalai menunaikan tanggungjawab terhadap-Nya.
·                     Semoga kita tidak hanyut dalam syurga duniawi.
·                     Semoga kita sentiasa mengingati akhirat.
·                     Semoga kita hidup aman damai di bumi bertuah ini.
·                     Semoga kita saling menyayangi dan menghormati sesama makhluk kerana kita             semua adalah hamba-Nya.
·                     Semoga kita saling memaafkan dan menerima kesilapan sebagai pengajaran.
·                     Semoga doa dan harapan kita menjadi kenyataan. Aminn...
 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.