-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 24 November 2013

PENIAGA YANG KANTOI.......

PEMBACA

Ada dikalangan kita pasti pernah buat perkara seperti dibawah. Malangnya ianya tidak seperti yang diharapkan kerana ADA SESETENGAH PENIAGA mempunyai sifat tamak dan TIDAK IKHLAS....... 

Kisahnya begini.......


Katakanlah.....anda minum dan makan seorang diri dalam sebuah kedai triba triba datang rakan anda SEKELUARGA lalu duduk dan minum dimeja sebelah. Rakan anda tadi menyapa anda kerana telah lama tidak berjumpa....namun masing masing berada di meja yang berasingan....

Iyelah! Tak kan anda nak pindah duduk minum dengan keluarga rakan anda itu tadi kan...Selepas siap makan dan minum dan oleh kerana nak CEPAT...anda bayar makanan anda tadi BERSAMA APA YANG RAKAN DAN KELUARGANYA MAKAN.....maknanya ANDA BELANJALAH...

Isunya disini..........

Anda tidak beritahupun rakan anda yang makanannya sekeluarga anda dah bayar...iyelah! Ada kala kita NIAT BERSEDEKAH dan tak mahu si dia tahu...cukuplah tuan kedai yang AKAN MAKLUM PADANYA.......Kan itu nampak  lebih Syafie Afdal ...ehh!

Tapiiiiiiiiii....ada kalanya TUAN KEDAI TAK BERITAHU dan ambil kesempatan DI ATAS NIAT IKHLAS KITA......dan penulis sendiri baru alami situasi ini sebentar tadi...Dan benarlah Janji Allah.....jika dia nak TUNJUK...dalam sehari saja telah dapat dibuktikan ......

Pagi tadi penulis lakukan perkara diatas...kebetulan petang tadi rakan penulis sempat minum bersama tanpa kehadiran keluarganya......

" Boleh tahan juga mahal sarapan kat sini Misbah.." Kata rakan mengejutkan penulis...

" Sarapan kat kedai mana?...kedai ko jumpa aku siang tadi kee..."

"Iyelahhh! Nak kata salah kira...betul kot...dekat tiga puluh jugak kami tiga beranak pagi tadii..."Rungutnya MENYEBABKAN PENULIS RASA "Sangattttt TERASA dengan sikap pekedai tersebut, nak kata salah pekerja...semua bayaran dibuat dikaunter..."".........

Penulis diam...ikutkan HATI nak saja beritahu rakan tadi PERKARA SEBENAR...tapi tak apalah!! REZEKI sebab menipu ni TAK KEKAL.........cuma sedihh, ada juga PENIAGA yang bersikap begini........

Lain kali, kita beringatlah...TERPAKSALAH beritahu rakan jika makan minumnya KITA BAYARKAN......sebab Allah yang tahu KEIKHLASAN kita....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.