-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 24 November 2013

KENALI DUIT PALSU RM20.........

PEMBACA

Isu duit palsu kini bergegar kembali, terkini RM20 yang akan penulis kongsikan dibawah nanti. Duit adalah satu keperluan...tidak seperti rambut palsu yang mana cuma YANG BERKENAAN saja gunakan rambut palsu...Tapi duittttttttt.....yang tidak berkenaan juga berminat...Kalau tidak masakan pncuri juga nak kan duit anda... iye tak??

Memiliki dan menggunakan duit palsu selain salah disisi undeng undeng ianya juga boleh menjatuhkan maruah seseorang...bayangkan didalam pasaraya, anda dihadapan sekali  dan hulurkan duit untuk membuat bayaran ...

Triba triba "ENCIK....ini duit palsuuuuuu"........kan maluuu...nak pulak orang yang beratur dibelakang anda berpusu pusu untuk melihat duit PALSU dan melihat ANDA.........ehh!!

Oklah......inilah ciri ciri duit palsu RM20 ........

1. Gambar Tunku Abdul Rahman  lebih kecil berbanding wang sebenar.

2. Tulisan pada  RM20 yang lebih kecil dan tebal berbanding wang kertas tulen.

3. Saiz Rm20 palsu kecil atau pendek  berbanding wang sebenar.

4. Kedudukan garisan hampir menyentuh bunga raya ......

5. Kilauan emas yang kosong. Kalau kita perhatikan betul2, kilauan emas setiap wang kertas ada gambaran sesuatu..

6. Wang palsu biasanya kelihatan baru.. berbanding wang tulen. Jika anda menerima wang baru.. periksa betul2 untuk memastikan ketulenan nya..

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.