-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 14 November 2013

MINYAK YUYI CAP BABI?? KETAHUI PENGESAHAN DIBERI INI....

PEMBACA

Penulis sekeluarga pun gunakan minyak Yuyi cap Limau ,tetapi apabila membaca POSTING YANG DISEBARKAN DI FACEBOOK DIBAWAH INI.....Rasa cuak, rasa terkejut apabila DIKATAKAN MINYAK YUYI ADA "perasa BABI" bukan "perasa limau" ehh!

Betul ke tuduhan ini?? Tak perr....kita dapatkan kebenarannya dibawah ini walau ada yang mendakwa isu ini isu lama..dekk Non, kalau isu lame kenapa masih ada yang belum tahu..? Kenapa masih ada yang keliru...takpelah! Pada yang belum tahu meh kita sama sama kongsikan ...

Ini yang disebarkan dalam Facebook dan Twitter...

Ini maklumat dari fanpage Sahabat Halal. 

INI SUMBER UNTUK PENGESAHAN PEMBACA....

Soalan dari Puan Normah,
Sebenarnya saya ada persoalan @ kemusykilan tentang penggunaan Minyak Yu Yee Cap Limau (yg biasa di gunakan oleh bayi untuk elakkan kembung perut). Semasa saya bersalin dulu ada seorang Ustazah memberitahu saya yang minyak yu yee berkenaan mengandungi air kencing babi. Jika di sapu lama -kelamaan ada meninggalkan bau yang tidak menyenangkan umpama bau hancing (air kencing). Pada pendapat En.Rahman adakah benar minyak tersebut memang benar-benar mengandungi unsur-unsur haram tersebut. Harap penjelasan yang diberikan memberi kesedaran kepada saya yang pernah menggunakan minyaktersebut.
Terima Kasih kerana membantu.
Normah.

Soalan dari Puan Nora,
Salam En Rahman,
Maaf terlebih dahulu kalau pertanyaan saya bukan dalam senarai blog tuan. Saya sudah pertanyakan kepada R&D MAIS tapi disuruh pulak tel JAIS. Malas dah nak tel kerajaan nanti di suruh pulak telefon tempat lain (naik angin saya).
Persoalannya adakah minyak YUYI CAP LIMAU tu HALAL..ada orang kata ia bercampur dengan minyak babi
Kalau ada jawapan dari pihak En Rahman Alhamdullih, kalau tak ada taka pa.
Best Regards:
Nora A.H
Jawapan:
Ramai ibu-bapa di Malaysia menggunakan Minyak Yu Yee @ Yuyi Cap Limau untuk melegakan atau mencegah kembung perut pada bayi mereka. Malah, ada juga orang dewasa yang menggunakan minyak Yu Yee untuk merawat pening, kembung dan sebagainya.
Sejak tahun 2011, terdapat beberapa versi cerita yang mendakwa Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi unsur babi disebarkan melalui Facebook dan juga email. Tetapi masih belum ada bukti sahih membuktikan Minyak Yu Yee mengandungi unsur babi.
Beberapa pertanyaan telah diajukan kepada Pihak JAKIM dan antara  jawapannya ialah:
“ Oleh kerana Jakim belum lagi menjalankan ujian kimia ke atas produk ini untuk menentukan status kehalalannya, maka terpulanglah kepada saudara samada  terus menggunakan produk tersebut atau sebaliknya. Pada pandangan panel , sekiranya kita tidak menggunakan minyak yu yeepun tidak menjadi masalah kerana  masih banyak minyak angin jenama lain  yang ada di dalam pasaran yang boleh kita gunakan tanpa was-was.”
Minyak Yu Yee Cap Limau ataupun Yu Yee Oil Cap Limau Liniment merupakan produk tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1999. Dikilangkan oleh Syarikat Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd, Paya Terubong, Pulau Pinang Malaysia.
EKSKLUSIF!
Untuk menjawap pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical telah mengantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal berbeza.
Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR. Keputusan Negatif.
Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard). Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.
Mengikut peraturan pendaftaran produk farmaseutikal (DRGD) di Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan jika produk mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu, babi ataupun haiwan lain.
Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat memberi kelegaan kepada pengguna muslim yang selama ini menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau.
Mengharamkan Yang Halal dan Menyebarkan Fitnah
Prinsip Islam berkenaan halal dan haram menekankan bahawa halal dan haram adalah hak Allah s.w.t. dan perbuatan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik kepada Allah s.w.t
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”
Al Maa’idah : 87
Islam menekankan supaya kita menyelidik, berfikir dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat supaya tidak terperangkap dengan berita palsu atau maklumat berunsurkan fitnah.
Wajib bagi kita untuk memperhalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsurkan fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita yang tidak benar.
“Sesungguhnya Allah s.w.t Lebih Mengetahui”
Terima kasih,
Abd Rahman

Tak cukup lagi anda boleh rujuk LINK DIBAWAH YANG PENULIS CARI DI GOOGLE....

Rajin membaca penting kan...hahahaha

  1. Minyak Yuyi Halal atau Haram? - Halaqah.Net

    halaqah.net › ... › Khazanah KASTURI › Soal Jawab

    Translate this page
    Jan 5, 2013 - 7 posts - ‎5 authors
    Mengenai minyak “Yu Yi”, sehingga ke hari ini pengusaha minyak ... Dari itu, anda dicadangkan supaya menghubungi Bahagian Halal JAKIM di talian; ... Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal berbeza.

  2. Minyak Yuyi Cap Limau Ada Lemak Babi | REALITI INSAN

    azizulhakim91.blogspot.com › babi

    Translate this page
    Minyak yuyi cap limau tak pernah mintak sijil halal. Jakim dh jawab dorang tak mintak sijil halal...memang sentuh babi tak haram cuma kena jamak je..tapi ...

  3. Minyak Yuyi Cap Limau Ada Lemak Babi? - berita harian online

    beritahariann.blogspot.com/.../minyak-yuyi-cap-limau...

    Translate this page
    May 25, 2013 - Minyak yuyi cap limau tak pernah mintak sijil halal. Jakim dh jawab dorang tak mintak sijil halal…memang sentuh babi tak haram cuma kena ...

  4. Penggunaan Minyak Yu Yee Cap Limau - Soalan dan Jawapan ...

    kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/55287

    Translate this page
    Mar 19, 2013 - Penggunaan Minyak Yu Yee Cap Limau ... Dalam persoalan ini, pihakJAKIM tidak dapat untuk mengenal pasti sama ada minyak Yu Yi ini ...

  5. Kami minta JAKIM lakukan ujian terhadap Minyak Yu Yee Cap Limau

    suarakami.com/.../kami-minta-jakim-lakukan-ujian-ter...

    Translate this page
    Kebanyakkan ibu di Malaysia akan menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau untuk melegakan kembung anak kecil, bahkan minyak ini juga sesuai bagi ...

  6. ~All About Nur Kiesha Zahra ~: Pasal Minyak Yu Yee

    flowermelati.blogspot.com/.../pasal-minyak-yu-yee.ht...

    Translate this page
    Dec 27, 2012 - Ini la beliau Minyak Yu Yee Cap Limau,bau dia sedap woo..aku sukaaa... Cap Yu Yee ini tidak memohon sijil Halal daripada pihak JAKIM.

  7. Minyak Yu Yee cap limau tu haram ke? - Kepenggunaan,Hak Pekerjaan ...

    mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-590711.html

    Translate this page
    Aug 9, 2011 - 25 posts - ‎15 authors
    ada seorang tu bertanya tentang product minyak Yu yi cap limau dan minta pihakJakim mengesahkan samaada halal atau haram. So masa tu ...

  8. minyak yu yee cap limau haram ke? - Ratuhati.com

    ratuhati.com › ... › Forum › Bayi › Penjagaan Harian

    Translate this page
    Sep 5, 2012 - 25 posts - ‎13 authors
    Salam n morning kiranaraka.. Minyak yuyi x haram..boleh pakai.. I dah rujuk katjakim.. tq so much QasehB ;) boleh la beli pasni.. Logged ...

  9. T




0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.