-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 16 November 2013

KECOH GEMPAR!! ADAKAH JAMALUDDIN JARJIS ROMPIN DALANG SEMUA INI??

PEMBACA

Terkejut??? Jangan terkejut kerana kisah ini cuma perwakilan dan orang Rompin saja yang tahu....benarkah?? Sama ada benar atau tidak , anda nilaikan sendiri APA YANG BERLAKU DALAM PEMILIHAN PEMUDA UMNO ROMPIN yang telah berlaku semalam.

Untuk apa didedahkan?? Jika dibiarkan kes ini akan berpanjangan dan pastilah menjejaskan Umno bahagian Rompin sekali pun BANYAK DUIT BOLEH diberikan untuk menutup segala KEKALUTAN...Kita kena ingat!! TAK SEMUA BOLEH DIBELI DENGAN DUIT kerana masih ada ORANG YANG BERMARUAH!! 


APA YANG PELIK?? Adakah IANYA LOGIK?? DAN ADAKAH BENAR TUDUHAN DIBAWAH?? 

- Pemilihan diadakan semula kerana MAHU MENYINGKIRKAN DATO SAFRI bekas Adun Ibam bukan kerana kesilapan semasa pengundian kerana kita dimaklumkan berkali kali oleh Presiden Parti.....MANA MUNGKIN BOLEH WUJUD PENIPUAN DALAM PENGIRAAN UNDI yang telah dikira berkali kali dan "pihak pihak yang berkenaan sendiripun AMAT BERPUAS HATI DENGAN PROSES PENGIRAAN ITU " dan kenapa dah puas hati tapi dijadikan satu alasan pula supaya PEMILIHAN DIJALANKAN SEMULA SELEPAS HAMPIR 2 BULAN??

...Jadi logik dan benarkan TUDUHAN INI?? 

- Pemilihan dibuat secara terburu buru dan tanpa pengetahuan UMNO negeri ,terdapat banyak yang dilanggar dan tidak mengikut peraturan hingga ada perwakilan yang menerima notis UMPAMA MEE SEGERA........boleh kah DIKATAKAN PEMILIHAN KALI KE 2 INI JUGA HARAM??

- KEMENANGAN BERGAYA tapi adakah ianya logik??
MUADZAM SHAH - Keputusan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin menyaksikan keputusan di luar jangkaan. Pertandingan satu lawan satu dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin itu telah dimenangi Dato' Mohd Johari Hussain  menewaskanDato' Mohamad Sahfri Ab Aziz dengan majoriti besar. Johari memperolehi 187 undi manakala Sahfri hanya mendapat 15 undi. Dalam pada itu, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO kekal dimenangi oleh Muhammad Yusmizan Md Yunus dengan memperolehi 190 undi manakala lawannya Mohd Azrul Ali mendapat 11 undi. Sebelum ini, pemilihan sayap Pemuda UMNO Bahagian Rompin yang diadakan pada 12 Oktober lalu menyaksikan pertembungan sengit antara penyandang Ketua Pemuda, Dato' Mohamad Sahfri dengan Dato' Johari Hussain. Johari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang merangkap ADUN Tioman ketika itu telah tewas kepada Sahfri dengan perbezaan enam undi sahaja. Namun begitu, wujudnya bantahan supaya pemilihan semula diadakan. #sumber

Jika dirujuk pada keputusan diatas...dahulu Dato Safri memang dengan 6 undi, tapi kita cuma dapat 15 UNDI.....ianya logik?? Sempatkah BERKEMPEN dalam 3 hari?? mampukah ditarik undi perwakilan dalam tiga hari cuma MENGGUNAKAN AIR LIUR  atau tarik undi menggunakan "IMBUHAN"?? 

APA YANG LEBIH MENARIK.....adanya bantahan untuk proses pemilihan kali ke dua ini?? Maksudnya isu ini TIDAK AKAN BERAKHIR ......ada tentangan dan bantahan dari pihak pihak berkenaan......

Persoalannya......KUATKAH MEREKA INI MEMBANTAH?? MAMPUKAH MEREKA INI MEMBAWA SATU ARUS PERUBAHAN untuk membetulkan apa yang dirasakan tidak betul hingga 'MENJADI INSAN TERANIAYA dalam karier politik'??

Atau.....cuma SEKERAT JALAN setelah menerima "KUNCI" untuk tutup mulut??

Ok....kita kembali semula kepada DS Jamaluddin Jarjis....Jika SEKARANG BELIAU DIHENTAM KERANA MAKAN GAJI BUTA...

KINI BELIAU DIHENTAM PULA DENGAN ISU DIATAS...begitu kejam kah beliau?? hingga timbul kisah lama MENDAKWA DIA JUGA TERLIBAT untuk membunuh karier Dato Hassan Ariffin yang juga bekas Adun Ibam terdahulu ??

Ada juga yang mendakwa Dato JJ juga mahu membunuh karier Dato Maznah?? Begitukah sikap beliau sebenarnya?

Penulis tiada jawapan kerana macam penulis sebut diatas tadi CUMA ORANG ROMPIN YANG TAHU.....dan terpulanglah pada ORANG ROMPIN YANG TERLIBAT UNTUK BERITAHU ATAU KUNCI MULUT"........

Mungkin timbul isu, macam mana pula penulis tahu?? Penulis buat fitnah kah?? Nah buktinya dari PEMBACAAN DISINI......

Baca ........

Bak kata seorang sahabat SH, hanya orang di Pahang sahaja yang tau apa permainan sebenar yang berlaku. Cuma diorang tak nak dedahkannya sahaja.

Dari pemerhatian SH sendiri, memang wujud permainan 'luar jangkaan' dalam isu berkaitan dengan Pemilihan Semula di Bahagian Rompin ni. Ada wujud unsur 'Ghaib'.

Yang sebenarnya, agenda utama mereka adalah untuk 'Mencantas' kepimpinan muda yang diterajui oleh Dato' Sahfri Aziz, Bekas ADUN Bukit Ibam dulu.

Kalau kita lihat, sejak dari waktu Pengumuman Nama Calon untuk PRU pun perkara tersebut kita boleh nampak. Nama Dato' Sahfri tiba - tiba hilang dari dalam senarai.

Bayangkan. Bagaimana mungkin nama seorang Exco Kerajaan Negeri boleh digugurkan tanpa sebab musabab yang sah dan perkara itu masih menjadi pertikaian sehingga hari ini.

Tidak cukup setakat itu je. Malah agenda 'Mencantas' Dato' Sahfri ini diteruskan lagi dalam pemilihan UMNO yang diadakan baru - baru ini. Maka timbul la isu yang meragukan ini.

Perkara ini cukup jelas dimata ahli - ahli UMNO diperingkat akar umbi. Semua orang tau siapa dalang dan siapa bonekanya. Kalau ini yang dimaksudkan sebagai Transformasi dalam UMNO, alamat jahanam la jawabnya!!!

Dalam satu surat yang diemailkan kepada SH berkaitan dengan isu tersebut jelas memaparkan kekecewaan JK Pemilihan dengan keputusan yang telah dibuat.
Bayangkan. JK Pemilihan pun boleh meluahkan rasa kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh pihak Setiausaha Agung kerana telah menggunakan nama Jawatankuasa tersebut.

Isi kandungan surat tu menyebut: Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) yang bersidang pada 13 November 2013 mengambil keputusan melahirkan perasaan YANG AMAT KECEWA terhadap YBM SETIAUSAHA AGUNG UMNO yang telah menggunakan  nama Jawatankuasa ini mengarahkan perkara diatas tanpa PENGETAHUAN Jawatankuasa.

Nah!!! Sekarang timbul satu lagi persoalan yang baru. Bagaimana mungkin arahan untuk mengadakan Pemilihan semula itu dibuat tanpa merujuk kepada JK Pemilihan?

Siapa yang mengeluarkan arahan supaya Pemilihan Semula PPU Rompin dibuat jika JK Pemilihan pun tak tau mengenainya? Kan makin pelik isu ni jadinya.

Bayangkan. Takkan la seorang Setiausaha Agung boleh mengabaikan Tatacara surat menyurat sesuka hati dia je. Dah tentu - tentu ada sesuatu yang tak kena ye tak?













ADAKAH DUIT MAMPU MENUTUP SEGALANYA DARI  "TANGAN" PIHAK ATASAN UNTUK TUTUP KES?? KITA TUNGGU .........

Tiada dendam dihati cuma merasa kasihan pada YANG TERANIAYA termasuk Dato JJ sendiri aduhaiii kerana MUSTAHIL PEMIMPIN UMNO NAK ROSAKKAN PERPADUAN DALAM UMNO ...ye tak YB?? ..."

KEMBALI KE TRANUNG KLIK DIBAWAH

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.