-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 17 November 2013

EH! SEDAP BANG KENA PERLI?? ............

PEMBACA

Walaupun hati sakit,tetap juga Nur sediakan ubat batuk tak kala risau dengan kebatukan En. +Dukun Pasir JOMGELAKFM yang sudah berhari hari ....sakit hati kerana DEGIL ....nak kena kita BELIKAN UBAT BATUK...kalau tak dibeli ubat...jangan harap dia nak belii...GERAMNYA rokok boleh pulak beli...pelik nyaa!

"Ehh! Napa tak beli ubat batuk cap ibu dan anak..MURAH SKIT! " Huh! Dah agak...ini salah satu alasan En. Somi untuk tidak mahu makan ubat, macam kita tak tauuu...kalau beli jenama ini,esok dia komplen nak jenama lain plak....dah tu berKIRA plak...murah la mahalla...adeh!! 

" TAK PAYAH! Kan Nur dah ada...Nur lah IBU dan ada ANAK ...cepat minuummm". Itu jawapan super spontan dari Nur sambil memastikan Pak Dukun ni makan ubat dan ditelan..


Selepas minum ubat batuk Kelapa laut yang tiada sebiji kelapa mahupun rasa air kelapa itu....En Somi keluar ke Balkoni depan rumah...menjalankan aktiviti kegemarannya iaitu MENCEMAR RUANG UDARA DEPAN RUMAH dengan ASAP rokoknya...degil kan tuan puan..!!.....

Dah siap mengemas dapur...Nur pun menjejaki en Somi sambil membawa ARTIKEL yang pembaca sedang baca ini...saja Nur Print kan kerana NUR ada misi nak kenakan dia.." !! 

"Awak baca niii......" Sambil hulur note artikel yang sempat Nur siapkan selepas maghrib.

" Eh! Siap print ....bawa laptop  aje kan jimat....awak ni laa...." Kata En. Dukun Pasir sambil betulkan kain pelekat yang dipakainya...itulah dok lama sangat kat obesi....sampai pakai kain pelekat pun kena COVER dengan talipinggang...lawak tuulll! 

"Abang RASALAH...TAJUK APA SESUAI....?? Tanya Nur sambil kontrol untuk ketawa...

"Nantilah I baca dulu..." Katanya yang masih belum bersedia untuk membaca tetapi AMAT BERSEDIA BILA BILA MASA UNTUK MEROKOK...huh!! 

Nur sengaja berlalu kerana nak tengok aksinya dari jauh...disebalik jendela Nur intai aksi sang suami yang mula membaca.......errr...skodeng suami sendiri tak salahkan...ahaks! 

Dalam sebuah kedai runcit........

Seorang pelanggan masuk lalu diambil 2 tin susu Gold Coin kerana murah dari susu Dutch Lady,sekilo gula yang siap dibungkus,bawang merah sekilo dan roti Gardenia pek kecil.

Barang yang diambil tadi diletakkan diatas meja kaunter dan diletakkan NOTE RM10 ...penjaga kaunter pun mengira semua jumlah barangan yang hendak dibeli....

" Encik...kurang lagi Tiga hinggit!! ...." Katanya menyebabkan pelanggan itu AGAK TERKEJUT! Sambil tergaru garu...beliau hulurkan note RM5 .

Setelah diambil baki dan barang dibelinya, pelanggan itu keluar ...tapi dia masuk semula kerana terlupa SATU LAGI BARANG KEPERLUAN..tapi yang ini BARANG KEPERLUAN UNTUK DIRINYA sahaja!! diulang ..barang keperluan dirinya sahaja.....

" Ehh! Rokok Dunhill Menthol satuuu......mentol tak nakk! " Kata pelanggan tadi sambil hulurkan Note RM20......tanpa was was lagi RAGU RAGU SAMPAI KENA GARU KEPALA  PADA KENAIKAN HARGA rokok tersebutttttt...selamber lagi tidak bersalah BAYAR KANN...!! 


TRIBA TRIBA  Nur terdengar SANG SUAMI batuk semula selepas membaca...kali ini bunyi batuknya AGAK KUAT...!!

 Haaaaaaaaa....!! Sedap bang kena perliiii....PADAN MUKA!! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.