-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 12 November 2013

KALAU ADA REZEKI........DUIT INI BALIK SEMULA.......

PEMBACA


RASA Menyesal mungkin dapat disembuhkan sekiranya seseorang itu masih hidup....tetapi jika seseorang itu telah PERGI...RASA menyesal itu akan menghantui kita sepanjang hidup.....

Allah sentiasa memberi kita PETUNJUK DAN PELUANG......tetapi ada kalanya kita tidak NAMPAK.......


Penulis kenali Ahmadi sudah lama lebih lebih lagi Asmadi masih berhutang RM2500 dengan penulis . Dan penulis bukanlah jenis manusia yang pandai kutip hutang terutama  rakan baik yang bekerja ditempat yang sama. Asmadi pula ialah manusia yang agak boros dan tidak tahu berjimat...itulah yang penulis kenali beliau dahulu. 

Apabila diarahkan berpindah kerja ...isu hutang Asmadi lenyap begitu saja dan penulis seakan redha dengan segalanya. Hampir 8 tahun penulis tidak temui beliau hinggalah semalam penulis diberikan kesempatan TERAKHIR untuk bertemu nya. 

Asmadi tidak banyak berubah...cuma sudah berjanggut padahal sewaktu dikenali dulu dialah yang paling RISAU KALAU TUMBUH JANGGUT....

"Ehh! You pun hantar anak blajar sini ". Katanya ceria disamping keluarganya.

"Itulah....tak sangka kita boleh berjumpa disini..."Penulis gembira dan banyak yang kami bualkan pasal keluarga masing masing termasuk imbas kembali saat kami bekerja bersama di Jalan Ampang dulu.....

Sebelum penulis balik ke Pahang...

"Misbah.....nahhh! Aku minta maaf..." Katanya sambil hulurkan duit RM2500 yang dipinjamnya dulu. Terdiam penulis seketika...

"Ehh! Tak pelah Diee...aku pun dah halalkan ....simpan untuk anak you belajar". Penulis menolak dengan baik...

" Janganlah...inikan hak kau....ambil jerr...kalau ada REZEKI  ...DUIT NI BALIK SEMULA..." Katanya tanpa penulis faham maksud "DUIT BALIK SEMULA" ketika itu.

Setelah dipujuk dan rasa berat hati, penulis ambil duit yang diisi dalam envelop putih. Kami bersalam dan meneruskan perjalanan walaupun KAMI SAMA SAMA AKAN MELALUI laluan yang sama...ASMADI BALIK KE RUMAHNYA DI PETALING JAYA ,MANAKALA PENULIS TERUSKAN PERJALANAN BALIK KE PAHANG ,kami sama sama bergerak dari SINI

Oleh kerana kebetulan sudah sampai di Perak, dan teringat kata Asmadi tadi dia nak lawat saudaranya di Ipoh, penulis pula mahu singgah dulu dirumah saudara mara di sekitar Kuala kangsar . Malamnya barulah penulis mulakan perjalanan semula .

Waktu itu hampir pukul 1 malam...penulis terlihat kelibat  kenderaan yang rasanya  BARU terlibat dalam kemalangan, kerana  memang tiada kenderaan lain penulis sampai ..amat sunyi dan gelap! Yang ada cuma pemandu Wira,isteri  dan anaknya yang sedang menangis  dan pemandu Honda  yang diam didalam kereta.

Atas rasa prihatin ...penulis tenangkan keluarga pemandu Wira tersebut yang kelihatan suaminya kemungkinan patah kaki...isteri dan anaknya cuma cedera ringan dan kelihatan masih terkejut dengan apa yang terjadi.....

Dalam kegelapan dan berpandu lampu kereta saja penulis segera  menuju ke arah Pemandu Honda didepan..Ya Allah! Mukanya penuh berdarah...penulis periksa nadinya...masih ada...Alhamdulillah......dan dengan segenap tenaga dan kebetulan sudah sampai beberapa pemandu lain yang turut membantu, kami angkat pemandu Honda yang tersepit itu dan letakkan diatas jalan.....

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.....

rupanya pemandu honda itu sudah meninggal sewaktu diangkat keluar tadi...

Penulis tutup wajahnya yang hampir tidak dikenali itu kerana berlumuran darah dan segera mencari beberapa dokumen penting mangsa seperti beg duit dan telefon ...tanpa mahu melihat kerana orang sudah ramai kerumun ,penulis isi dalam plastik dan ikat ,kemudian letakkan diatas badannya......
(Langkah ini perlu dibuat jika anda mahu membantu mangsa dalam kemalangan  kerana dapat mengelakkan berlakunya kecurian barang berharga milik mangsa selain dapat memudahkan urusan pengecaman oleh pihak berkuasa ..) 

Apabila bomba dan polis sampai...penulis malas nak menunggu lama...perlu teruskan perjalanan kerana memikirkan  Pahang masih jauh didepan.....lagipun esok nak kerjaa...

Semasa hendak masuk kedalam kereta...penulis SEAKAN terdengar NAMA penulis disebut...

"MISBAHH......" Penulis berpaling ke arah mayat yang terbaring tadi... Ahh! rasanya tiada siapa yang kenali penulis disitu...lagipun bomba dan polis sedang menjalankan tugas mereka...mungkin hanya khayalan penulis SEOLAH ADA yang sebut  nama penulis....

Perjalanan diteruskan malam itu juga dan alhamdulillah penulis selamat sampai sewaktu azan subuh . 

Selesai solat dan sarapan bersama  isteri...triba triba BEKAS BOS PENULIS TELEFON...

"Misbahh...You ingat Asmadi Omar?? Staff yang sama you dulu...dia meninggal aksiden malam tadi atas skit Slim River..." Kata itu segera mengingatkan penulis kemalangan malam tadi.......segera penulis hubungi keluarga nya untuk kepastian.....

Rasa sebak ......rasa menyesal yang amat sangat kerana PENULIS TINGGALKAN ARWAH ASMADI OMAR keseorangan tanpa keluarga mahupun teman teman rapat disaat pemergiannya... ......kalaulah penulis tahu itu beliau........

"PATUTLAH PENULIS SEAKAN MENDENGAR dia memanggil nama semasa hendak masuk kereta malam tadii...

"Abang Die beriya mahu meninggalkan kami anak beranak di rumah saudara kat Ipoh...malam itu dia balik seorang..rupanya....." Kata isteri Asmadi sambil mengesat air mata...tak kala itu juga penulis  "sedekahkan" kembali duit RM2500 kerana penulis sudah mula faham maksud katanya..." 

kalau ada REZEKI  ...DUIT NI BALIK SEMULA..." 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.