-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 9 November 2013

ALIF LAM LAM HA......apa??

PEMBACA

Dalam perjalanan nak ke tempat kerja pagi tadi,triba triba kereta penulis buat hal betul betul di kawasan perumahan. Rasa malu pun ada,segan lagilah...iyelah rosak depan rumah orang....karang orang kata nak merompak plak...adehh!

Penulis segera telefon isteri +Nur Camelia Huda malangnya...

" Nur live meeting ni sayang...Nur send en. Rosli ambil kan boleh?"......


"Tak pelah!!, I tengok dulu camnee.....". Talian telefon ditamatkan. Oleh kerana tak tahu apa nak buat,penulis buka bonet depan dan tengok keadaan enjin kereta "UMPAMA orang buta dihadiahkan CERMIN MATA...."Adehh! 

"Kenapa encikkk??..." Seorang wanita bersama anaknya bertanya dari ruang depan rumahnya ...mungkin dia RISAU kerana penulis berenti betul betul didepan rumahnya kott!. 

" Rosak ...tak tahu kenapa..." 

"Dah telefon mekanik ?" Tanya wanita tersebut.

"Belumm...saya tak biasa tempat nii..."Jawab penulis dengan jujur .

"Suami saya seorang mekanik...tapi dia keluar belikan sarapan,nanti dia balik boleh la tengok kan.." Nah! Lega hati penulis bila wanita itu berkata begitu...

"Terima kasih...ok...saya tunggu...". Penulis masuk semula kedalam kereta kerana RASA SEGAN PLAK borak lama lama dengan isteri orang....kalau anak dara ok juga kan...ehhh!

Penulis hanya mampu melihat keadaan suasana luar dari dalam kereta yang rasanya amat sunyi,mungkin ramai penghuni taman perumahan ni dah pergi kerja...

"Aliff.......Lam.......Lam haaaaa..." Penulis terdengar sebutan ini dari rumah wanita tersebut...penulis jengah untuk melihat...kelihatan anak kecilnya sedang memegang buku yang rasanya seperti Muqaddam..

"Pandaiii...bunyinya APA?"......Tanya wanita tersebut. 

"Allah!! ...."Jawab anak kecilnya.....Tersenyum penulis melihat gelagat mereka anak beranak. Rasa sayu triba triba , si anak kecil itu diajar mengenal Allah sejak dari kecil,tidak seperti anak penulis yang diajar ABC dan lebih kenali SAMSUNG Galaksi Note dari Allah...adehh!! 

Rasa insaf seketika...Alif lam lam ha...penulis sebut dalam hati...Allah! Cuainya kita dalam mendidik anak...cuainya kita bahawa anak itu kurnia dari Allah...tapi kita tidak langsung mahu ingatkan si anak...siapa penciptanya.......

Lebih malang,TIDAK LAGI MAHU  AZANKAN si anak sewaktu kita pertama kali mendakapnya...yang KITA MAHU GAMBAR ANAK DIRAKAM DAN " diazankan " bersama rakan rakan dalam Facebook ataupun Twitterr.....  Adehh! 

Kita sanggup marah hingga membawa ALLAH ke Mahkamah ...tapi kita tidak sedikitpun MARAH dengan diri sendiri apabila LEKA dengan ALLAH! 

Penulis melihat "Allah " yang digantung  di cermin pandang belakang.....Adakah kita gantung tulisan itu kerana CANTIK?? Atau kerana sememangnya kita ingin DEKAT PADANYA?? 


.........dekatkah KITA DENGAN ALIF LAM LAM HAA?? 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.