-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 9 November 2013

"ABANG AKAN JAGA SAYA MACAM TU KE??.."

PEMBACA
Masa bercinta semuanya indah ,semuanya sanggup dilakukan,namun apabila lanjut usia jarang yang SETIA sehingga hujung nyawa. Untuk mendapat seorang lelaki bergelar suami yang SETIA memang susah dan sesukarnya.
YANG SETIA  memang ada, tetapi lebih ramai yang TIDAK SETIA!....Jika dibariskan 100 orang suami..kemungkinan yang setia tak sampai 10  dan semestinya itu adalah satu hakikat yang pahit untuk para isteri menelan. 
Tak perlu kira CURIGA dengan kecurangan sang suami yang mungkin ada yang mungkin tiada,cukup sekadar kita BERTANYA "SIAPA kita disisinya......" Disitulah ADA JAWAPANNYA untuk kita......


Pada suatu hari ketika Nur berada di sebuah klinik dikawasan perumahan Nur, kerana membawa anak bongsu yang kurang sihat, maklumlah dengan cuaca sekarang yang tak menentu ini, demam sentiasa bersilih ganti… sama macam ibunyanya jugak.. eh eh!!.. hehehe..

Sedang Nur duduk menunggu nombor giliran dan melayan kerenah sikenet yang dari tadi asyik merengek (al maklumlah.. orang tengah tak sihat) tiba-tiba muncul seorang lelaki berbangsa cina masuk ke klinik sambil mendukung seorang wanita yang kelihatan uzur sekali di belakangnya.

Sampai dibangku dia mendudukkan wanita tersebut dengan amat tertib sekali supaya wanita itu tidak berasa sakit dan kemudian lelaki cina itu duduk disebelah Nur..

Nur perhatikan wanita itu amat uzur sekali.. kakinya berbalut hingga ke buku lali.. kerana luka, (dia tak memakai kasut pun) dan sesekali kedengaran dia mengerang menahan kesakitan (terpancar kesakitan yg teramat sakit di wajahnya)


Nur lihat lelaki cina tersebut mengusap2 rambut wanita itu.. mungkin dia cuba utk meredakan rase kesakitan wanita itu… (dalam hati Nur berkata.. beruntung nyonya ni dpt anak baik cenggini..)

Lelaki cina itu perasan Nur asyik memerhatikan mereka berdua.. dia menoleh kearah Nur sambil tersenyum.. pahit senyumannya..

Kerana perasaan ingin tahu… Kepoh pun ye gak.. ahaks!!! Nur terus menyapa dan bertanya kepada lelaki itu… “Itu lu punye mak?”

Dengan tenang dia menjawab.. “bukan… itu wa punye bini..”

Terkejut nur!.. iskhhh malu jugak sebab dah salah tanye.. hihihi.. Nak kaber malu.. Nur tanya sekali lagi… “dia sakit ape?”..

Lelaki cina itu menjawab dengan tenang sekali.. “mcm2 sakit lah.. ada kencing manis.. sakit jantung… darah tinggi.. “ (diakhir kata2nya Nur dengar ada keluhan berat..)

Nur tanya dia lagi.. (dah mcm wartawan dah rasenya..) “sudah lama ke dia sakit?”..

Dia jawab.. “sulah manyak taun woo”….

Hmmm... Hati Nur terasa sangat sayu… sangat tersentuh… bergenang air mata.. sebak bebenor rasa… tapi Nur tahan.. (biasalah orang sensitive memang cenggini…. Hehehe…)

Triba-triba Nur terfikir… Dalam dunia sekarang masih ada lelaki yang bernama suami yang masih sanggup berkorban untuk isterinya… Mulia sungguh hatinya.. walapun dia bukan dari bangsa... dan seagama…

Tapi sekarang Nur sedar sekurang2nya masih ada lagi suami diluar sana yang mencintai isterinya sepenuh hati di dunia ini..  Masih ada istilah CINTA…

Setibanya Nur dirumah Nur pun ceritakan semuanya kepada suami..  Nur pun tanya pada dia… “Kalau nur sakit cenggitu.. apakah abang akan jaga nur macam lelaki cina tu???”..

Suamiku hanya berdiam…diam… diam….
Diam seribu bahasa.. aduhai… airmataku bergenang sekali lagi... ermm..



+Nur Camelia Huda 

1 Mesej diterima:

Salamm..Mohon kaburkan aurat arwah isteri saya. Terima kasih.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.