-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 12 Oktober 2013

UNTUK WANITA AJEEE

PEMBACA
Harini saya nak share beberapa tips. Sebenarnya tips ni dari nenek moyang saya.. diturunkan kepada mak saya… patutlah mereka ni nampak cantik sampai ke tua… hehehe… meh kita baca dan kaji dan praktik kan.. meh meh!!!...

PANDAI JAGA PENAMPILAN
Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana korang menunjukkan kepada orang ramai perangai korang ye. Pastikan yang penampilan korang tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum bertelur. Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas, mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu. Tak cantiklah kalau muka dah lawa, pakai baju lawa-lawa, sekali terpekik terlolong. Nak nampak gojes kena nampak cool kan kan kan???

BERSEDERHANA
Sambungan kepada point di atas, pastikan diri kita sentiasa amalkan kesederhanaan. Tak payah nak make-up tebal-tebal, dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai. Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak. Ini setakat nak pergi pasar pun nak make-up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir.. Konpem laki takut nak dekat sebab kita akan dilabel perempuan kaki kikis. Selain tu, jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mencarut macam kaum laki ni. Kalau nak jugak, pastikan 'line clear' baru buat. Jatuh saham nanti~~ ahaks!!!

MANJA BUKAN GEDIK
Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a. gediks..Euwww sana..Euww sini....Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek..Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo..... ataupun ala.....lepas tu buat muka berkerut kita tu. Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih. Nak lagi syahdu kita cebik bibir kita. Eceh...cutenye...


CERIA DAN SENYUM SOKMO
Dalam banyak-banyak senjata perempuan, ini senjata rahsia yang kita kena gunakan waktu keadaan stress. Senyum kita tu mampu menawan hati lelaki. Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam cerita korea...Pergh...Mabeles wa cakap lu..Kita akan nampak menyerlah.Cuba cenyum cikit..Kan tomei tu...Smile and the world will smile with you! :)

MUDAH MESRA
Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberikan kerjasama. Tapi hati-hati, lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra. Jangan terlebih mesra, cuma amalkan mesra ditempat kerja ataupun dalam kelas je. Selain daripada tu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas, nak melekat sana, melekat sini,mengeliat sana sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia, kita dah boleh buat tendangan percuma kat anak gajah dumbo dia.

JADI DIRI SENDIRI
Akhir sekali, jadi diri sendiri. Apabila kita sayang diri kita, orang lain akan sayang kita. Kalau semua orang perangai sama, mana nak nampak keistimewaan diri tu kan kan kan?? 

Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri kita tu ada sifat blur-blur. Apabila laki cakap mesti kita akan blur. Blur tu lah yang menampakkan kita sweeeeet sangat! Tapi jangan terlebih blur. Bebal tu namanya. Miahahaha!!!

Jadi, just be yourself.




+Nur Camelia Huda

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.