-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 31 Oktober 2013

SALAH KE ARAHAN INI?? Abis tu camnee??

PEMBACA


Anak bongsu sibongkok tiga adalah yang paling rapat dengan Nur. Menariknya,setiap kali sibongsu ini buat kesalahan,telinga kiri Nur akan bergerak gerak...jadi disitulah Nur dapat mengesan APA YANG TELAH DILAKUKANNYA secara tersembunyi. 

Agaknya hari ni misi beliau ialah menggodam, habis semua perkakas eletrik dirumah cuba digodamnya termasuklah HP ibunya yang penuh rahsia ...ahakss! Bukan setakat barang letrik, pokok bunga yang Nur baru cuba cuba tanampun digodamnya ...dah la pokok bunga itu hidup segan mati tak mauu...semua ini mendatangkan kemarahan pada si ibu....huh!


" Adikkkk....kenapa buat macam niii?? Abis semua ". Soal Nur padanya yang nampak terkejut dan cepat cepat dia MENARI sambil goyangkan bontot, kononnya dengan berbuat begini Nur akan GELAK ...Nur tak marah dia ...Huh! 

" Dah......tok sah nak berlakon...beritahu ibu kenapa semua benda Aniq Godam?? Soal Nur sambil memegang senjata yang boleh mencairkan beliau iaitu "KATAK KONTOT" kesayangannnya. 
  
"Ala..kan semua barang barang ni dah rosak...Ibu patut berbangga kerana Aniq O ada usaha untuk cuba membaik pulih benda ni..." Menjawab sangat sibongsu ni....

"HP ibu tu mana rosak...cuma ibu tak pakai sebab baterinya kong...pokok bunga ibu tuu...alahaiii..." Sedih dibuatnya mengenangkan pokok bunga yang semasa emak bagi subur menghijau, bila dua hari Nur tanam rumpai je yang menhijau...dah tu kena experiment plak dengan si anak...mau tak geram!.

Sibongsu sibongkok tiga  cuma diam...dia tau kalau dia menjawab dia KENA TARBIAH lagi ...tanpa dipaksa si anak bangun berdiri sambil tunduk menanti hukuman diberikan.
"Dah selepas ni NAK BUAT APA APA TANYA IBU DULU, jangan nak memandai , Ingat pesan ibuu...."

"Baik ibu..." Katanya dengan wajah sugul sambil memicit micit ibu kakinya ke lantai....memang itulah aksi spontan anak bongsu Nur kalau kena marah.

Selepas anak anak makan dan masuk tidur, barulah Nur terasa lapar...tadi tak sempat makan bersama mereka kerana Nur...kerana Nur perlu menyiapkan kerja tertunggak dipejabat tadi...Itulah kan, dah la penat bekerja,balik anak pula buat hall...boleh singkat nyawa kan.

Nur pun menuju ke dapur untuk mencari apa yang boleh mengalas perut, nak alas perut ngan bantal memang TAK BOLEH KENYANG ahaks...tinjau tinjau tengok apa yang tinggal ....Ohhhh... nasi ada lagi...lauk jer dah abis........Nur pun goreng telur  sebab malas nak masak yang berat berat sangat lagipun dah lewat malam sangat ni...

Siap dimasak...baru saja beberapa kali  nasi disuap kemulut...triba triba anak bongsu sibongkok tiga tadi menuju kearah Nur dengan wajah serius dalam mengantuk.....adehh!

"Ibu.........."

"Ye sayang...Why? Can't Sleep? ...kan dah lewat nii"

"Bukan......Aniq nak Vara BOLEH ?"...........Adehhhhhhh!! Rasa nak terkeluar nasik yang Nur telan tadiiii........er....pertama nak terkeluar nasik sebab anak gunakan perkataan VARA yang diambil dari petikan ini...huh!! Rosak bahasa " BERAK" anak saya cengginii...adoiii! 




Sebab ke dua...

"Adikkkkkkkk, kan ibu tengah makan niii......" Marah Nur lagii...hilang selera dibuatnya.

" Iyelah...kan tadi IBU PESAN , tanya dulu nak buat apa apa...kotnye ibu tak bagi Vara ... Aniq tidur jer laaaaaaaaaaa..."

Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! Pensan lagi Nur dengan yang anak yang sorang niiiiiiiiiiii....dah la semalam pensan dengan AYIE.........(Klik sini) 

Adehhhhhhhhhhhhh   !!

1 Mesej diterima:

Kerenah anak ada kala buat kita pening tapi bayangkan kalau anak tak ada di rumah kita pun bingung juga. So.. anggap ini sebagai keindahan bila ada anak.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.