-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 25 Oktober 2013

PENGAWAL BUNUH PEGAWAI AMBANK TU SYARIKAT DATUK KE?? Gemparrr!!!

PEMBACA

Apa kaitan syarikat milik Datuk Dr Maznah Hamid dalam kes ini?? Apa pula kaitan dengan pendedahan yang dirujuk sebagai fitnah olehnya?? Mampukah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah SECURIFORCE En. Jalil Ibrahim menyelesaikan segala persoalan...??

Itulah persoalan yang timbul apabila KDN merahsiakan identiti syarikat keselamatan dalam kes yang menyebabkan kematian seorang pegawai Am bank yang mengemparkan negara. Apabila nama syarikat dirahsiakan,ini menimbulkan lebih banyak persoalan yang seterusnya menjadi soalan PANAS dan kemungkinan berbentuk fitnah pada syarikat keselamatan yang tidak terlibat.

Harus dingatkan, kes ini sudah menjadi kes awam kerana video dan gambar kes ini sudah tersebar , pastilah ramai yang ingin tahu dan berasa perlu tahu APA ? MENGAPA? BAGAIMANA? .... lebih lebih lagi adanya kisah IC Palsu dan sebagainya....semuanya perlu dijelaskan supaya TIDAK MENJADI FITNAH!! 

Kita sebagai rakyat biasa memang tidak mahu PERCAYA PADA FITNAH dan tetap berpegang kepada kenyataan berbentuk fakta. 

Berikut beberapa kenyataan yang boleh dijadikan rujukan untuk fitnah seperti ini...

Kenyataan dan penafian Datuk Maznah Hamid.


Kenyataan dari blog FZ.com

PETALING JAYA (Oct 25): Kawalan Prima Sdn Bhd. That is the name of the security company that hired a murderer.
 
The appalling vetting process of its armed guards had caused a woman to lose her life and two young children to grow up without a mother.
 
It was bad enough that police discovered that the identity card belonging to security guard on the run – Ardi Hamza – was a fake. Yesterday, the Home Ministry (KDN) made these shocking revelations: that Ardi was not licensed to carry firearms; and Kawalan Prima only applied for a vetting process of the guard yesterday!
 
Ironically, its website boasts: "So our clients rest secure, we do not compromise in complying very strictly with all industry regulations regarding the employment of security staff.  Vetting by the Police Department is done immediately after the first interview."


RUJUK SINI : http://www.fz.com/content/who-let-their-guard-down-hire-norazitas-killer#ixzz2imyuqrP0


Kenyataan dari En. Jalil Ibrahim. 

 PETALING JAYA (OCT 25) : KAWALAN PRIMA SDN BHD. THAT IS THE NAME OF THE SECURITY COMPANY THAT HIRED A MURDERER.
Saya dengan penuh bertanggungjawab, ingin memperjelaskan dengan benar kepada kenyataan-kenyataan palsu, tidak tepat dan yang mempunyai agenda-agenda lain bahawa SECURIFORCE SDN BHD bukanlah syarikat yang terlibat menggajikan Pengawal Keselamatan yang menembak mati Pegawai Bank (AMBANK) Cawangan Subang Jaya baru-baru ini. Kami amat kesal dengan fitnah yang dilemparkan dalam blog tuan, kenyataan-kenyaatan murahan, yang malas membuat research, yang miskin dengan sumber maklumat dengan pandai-pandai dan sesuka hati menamakan SECURIFORCE sebagai syarikat yang terlibat dan seterusnya membabitkan nama Yang Berbahagia Datuk Hjh Maznah Hamid selaku pemilik syarikat.
Susulan daripada itu, saya bagi pihak SECURIFORCE SDN. BHD. memberi PERINGATAN dengan tegas bahawa pernyataan-pernyataan yang tidak betul dan tidak tepat seperti ini boleh menyebabkan pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. Ini kerana kandungan lapuran yang dimuatkan lebih menunjukkan satu niat yang buruk, mencemarkan peribadi seseorang dan secara langsung ditujukan kepada SECURIFORCE SDN. BHD.
Saya ingin memperingatkan kepada tuan agar lebih bertanggungjawab, carilah maklumat dengan tepat dan betul sesuai dengan peranan dan etika untuk menyampaikan berita, komen, maklumat yang benar kepada umum. Untuk pengetahuan tuan, warga alam maya pada masa sekarang lebih bijak dan beinformatif untuk menilai sebarang berita. Berkemungkinan mereka mempunyai informasi yang lebih betul dan tepat daripada berita tuan seperti yang dikutip dari tong sampah ini. Seharusnya saya bersimpati dengan tuan. Jadilah seorang blogger yang sebenar, bukan sebagai ‘blocked head’. Sebagai panduan, dan sedikit tips kepada tuan, maklumat sebenar syarikat yang terlibat sentiasa boleh didapati dengan tepat daripada :
1. Kementerian Dalam Negeri (Bahagian A, Keselamatan, KDN), 
2. Polis DiRaja Malaysia (PDRM), 
3. Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM), 
4. AMBANK atau 
5. sila layari www.fz.com.
6. Sila layari www.malaysiandigest.com
7. Syarikat yang terlibat, KAWALAN PRIMA SDN BHD (www.kawalanprima.com.my)
Sehubungan dengan itu, dengan maklumat yang disediakan, pihak kami menuntut agar tuan bertanggungjawab untuk memperbetulkan fakta yang sebenar secepat mungkin. Sekiranya memerlukan penjelasan dan maklumat lanjut sila hubungi pihak kami. Kami sedia untuk bekerjasama demi menyatakan kebenaran.
Ini adalah satu kes sensitif yang melibatkan kematian dan memberi impak kepada waris yang masih hidup. Janganlah mempermain-mainkan situasi ini. Seharusnya tuan meminta semua pengikut blog untuk sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah atau memberi apa jua bentuk sumbangan kepada warisnya. Bukan membawa niat buruk tuan untuk cepat popular.
Marilah kita bersama sedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarhamah mangsa, dan ucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Sekian, terima kasih.

JALIL IBRAHIM
Pengarah
SECURIFORCE SDN. BHD.
019-2234555 / 03-4042 0266

Berita dari Malaysiandigest.com 

KLIK SINI UNTUK BACA

Semoga sedikit sebanyak kami dapat membantu dalam MENGELAKKAN UNSUR FITNAH kes ini walaupun HAJAT TAK KESAMPAIAN APABILA LAMAN WEB SYARIKAT  DIBAWAH TIDAK DAPAT DIMASUKI...

 KAWALAN PRIMA SDN BHD (www.kawalanprima.com.my)

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.