-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 19 Oktober 2013

NURUL AIN CANTIK ORANGNYA, TAPI KUAT MAKI...........saksikan

PEMBACA

Awas sikap anda, jika Allah nak balas , tak perlu tunggu di akhirat, di dunia pun dia balas serta merta......KUN FAYA KUN......renungkan sejenak kisah dibawah ini...mungkin  kita adalah sebahagian dari mereka, cuma kita masih SELAMAT......

"Babi betul kereta depan ni........sukati mak bapak dia je nak berentiii....da la jalan ni jemm". Marah Nurul Ain sambil membunyikan hon.


" Bengong tak ada otakk". Adik lelaki Nurul Ain menambah.

Kelihatan pemandu yang berenti didepan itu keluar dari kenderaannya dan menuju ke kenderaan Nurul Ain. 

" Maaf Dik...saya tersesat jalan, kat mana simpang masuk Masjid Terapung Puchong?". Tanya lelaki tersebut.

" Lak eleh luuu....dah wat salah selamberr je tanya jalan...lu carilah sendiri brooo..." Kata Nurul Ain sambil terus memecut kenderaannya tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu. Marah betul Nurul Ain yang memang terkenal dengan sikapnya yang keras hati selain kuat maki orang. 

"Aku tunggu je tadi kak, kalau laki tadi tu banyak cerita, aku on jee". Adiknya yang berbadan agak sasa menambah barah kemarahan. 

"Babi mana pulak park macam setan niii....sial tul! Karang mama bising plak lambattt...Adik gi bawak barang ni dulu, akak nak cari park.." Bengang Nurul Ain apabila tak dapat masuk park sambil melihat  adiknya keluar  membawa barang yang hendak digunakan secepat mungkin.

Selepas 15 minit.

"Sial tulll...tak ada park , kat Masjid tu baru kosong...penat menapak". Rungut Nurul Ain tak kala sampai di majlis perkahwinan adik ke tiganya yang diadakan ditepi tasik Puchong. 

"Camne ok tak". Tanya Nurul Ain pada adiknya yang sedang sibuk menyusun bunga manggar yang baru mereka beli tadi.

"Boleh la ni kak...siat je mak andam tuu...ade pulak bunga manggar lupa bawak..."Adiknya masih merungut kerana tak puas hati...tak pepasal mereka berdua terperangkap dalam jem bagi membeli bunga manggar.

Tetamu dah semakin ramai, perkarangan tempat majlis perkahwinan itu sudah mula meriah...Nurul Ain pula sibuk melayan rakan rakannya yang datang meraikan majlis. 

" Adehh! Mana pula Nurul ni...jab Zura,akak panggil.." Kata Emak Nurul Ain sambil tercari cari kelibat anaknya dicelah celah tetamu yang hadir.

" Fahmiii....tolong panggilkan kakak Nurul kamu jab...kata "Mak De" nak jumpa...". Pesan emak Nurul Ain pada seorang anak saudaranya yang kebetulan lalu disitu.

" Dah lama ke dia ngangur Kak". Tanya isteri kepada lelaki yang mahu berjumpa Nurul Ain itu. 

"Dekat dua tahun dah...itulah! Nak dapat kerja sekarang ni bukan senang". Jawab emak Nurul Ain sambil melayan tetamu yang bertandang...

" Ala...tak pelah! Kami pun memang nak cari Akauntan  untuk pejabat yang baru bukak niii".   
" Syukurlah, tak sangka pak sedara yang dah bertahun tak jumpa boleh nolong...harap Nurul suka nantiii..." Gembira hati emak Nurul dengan peluang kerjaya yang ditawarkan pada anaknya,lebih lebih lagi dari saudara mara sendiri.

" Amboiii....manis budaknya..." Puji isteri lelaki itu apabila Nurul Ain bersalam dengannya. Nurul cuma tersenyum simpul malu...

"Manis tapi kasar tu Zura....hahaha...dah gi jumpa dan kenal kenal Pak Su kamu kat sana,nanti nak kerja senang dah kenal...". Pesan emak Nurul yang masih lagi sibuk melayan tetamu yang tidak berenti bertandang.

"ABANG........inilah anak saudara abang yang nak kerja tuuu". Kata isteri pada saya yang leka berborak dengan saudara mara yang lama TIDAK BERSUA...

EHH!! Saya cuma MAMPU tersenyummmmmmm sebagaimana saya berikan senyuman apabila PERTAMA KALI MENATAP WAJAH "MANIS" NURUL AIN sewaktu DIMAKI HAMUN 3 jam yang laluuuuu olehnya.

Nurul Ain cuma tunduk.......
 .....     
p/s-

Ramai juga yang bertanya ,betul ke kisah ni?? Memang betul sebab semasa kisah ini ditulis,Nurul Ain berada disebelah PAKSUNYA...apapun, kita ambil iktibar dan sama sama hati hati...kalau nak maki, maki dalam hati je ehh! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.