-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 20 Oktober 2013

HARUSKAH SAYA TUMBUK SUAMI SEKARANG???

PEMBACA

"Awakkk......ambik abang jab...kereta rosak laa". Adehh! En. Somi mengadu minta tolong menyebabkan saya memandu laju untuk membantu. Malangnya pemanduan tidak dapat bergerak lancar kerana kesesakan trafik...mulalah terasa sedikit gemuruh dan serabut..

Hendak uruskan hal di Mahkamah lagi, nak berkejar menyelamatkan En. Somi ditepi jalan lagiii..."nak nak pulak TERBAYANG AKSI SUAMI SINGKAT SELUAR tepi jalan tunjuk betisnya...ada pula awek berkereta berenti nak membantu...MAU TAK jeless kita hehehe.........adehh!





Dalam kesesakan trafik tu, terpandang satu kereta yang berada dibahagian depan...Ahaks! Kereta BELAJAR MEMANDU....pemandunya perempuan macam saya 3 tahun yang lalu...bila keretanya nampak  terhenjut henjut didepan ,maka sayapun  terhenjut henjut juga ketawa teringat kisah lalu...

"Tekan Cluch...tekan cluch...awak tekan brek tuuu". En. Somi yang lebih gelabah masa tu masa dia ajar saya memandu. 

"Lori tuuu...brekkk......brekkkk...." Katanya lagi ,padahal jarak Lori didepan jauhh sangat. 

"Orang pulas stering tak adalah sampai bersilang tangan tuuuu..." Adehh! Saya pun tak tau macam mana saya boleh bersilang tangan pulas stering masa tuuu...ahakss! 

Paling ngeri dan seksa masa dia ajar mendaki bukit...mengaum bukan main enjin kereta tapi kereta tak bergerak...LUPA TARIK HANDBRAKE! Masa tu barulah saya tau BENDA YANG DIA ASYIK PEGANG semasa ajar saya memandu tu rupanya HANDBRAKE...Adehh! 

Tapi itulah hakikatnya, En. Somi ni masih tak yakin dengan kemampuan saya  walau saya memandu  dah hampir 3 tahun saya berulang alik kesana kemari, setiap kali jugalah +Dukun Pasir JOMGELAKFM  yang akan memandu...tak pernahpun sekalipun  saya memandu dia duduk sebelah! 

Tapi kan apa yang pelik ,bila dah berjaya memiliki lesen ,rasa geram pun ada. Mana taknya, sepanjang saya memandu ini, tak pernah POLIS atau JPJ lihat lesen memandu saya dalam mana mana sekatan jalan raya yang saya tempuhi...kekadang rasaa macam nak tunjukkkkkk jerrr....." Kita ada lesen en.Polisss...tengok laaa...tengok laaa..."

Ahakss, lama betul imbas kenangan lampau, tak sedar kereta En. Somi sudah kelihatan didepan....terlihat dia sedang membelek enjin kereta "Macam saya tak tahu ITU CUMA SATU LAKONAN " ...macamlah dia reti pasal enjin kereta ,huh!.

"Dah telefon Towing sayang". Kata saya tak kala lihat En. Somi masuk kedalam kereta dan DUDUK sebelah...tersenyum saya dibuatnya,maklumlah kita baru mengumpat beliau kat atas tadi kan...akhirnya TERCAPAI JUGA HASRAT TERPENDAM  saya memandu untuk Suami. 

" Tak perr, Nur hantar abang kat bengkel depan tu jee". Kata beliau sambil membuat panggilan telefon. Saya beri signal untuk masuk ke atas jalan semula dengan BANGGA .....

" Ehh! Jab! Jab! Biar abang bawaklahhh...Sesak sangat jalan niii"....Adoooiiiiiiiiiiiiiii!!! Rasa naK TUMBUK JEE DUKUN PASIR NI TAUUUU!!!!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.