-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 5 Oktober 2013

KISAH CURANG SUAMI ISTERI DIWARUNG...

PEMBACA

Ramai juga orang berpendapat terutama para isteri...duduk minum diwarung ni membuang masa,tiada berfaedah....tapi sebenarnya ada juga kebaikannya terutama bila kita minum semeja dengan orang orang yang berilmu...BANYAK yang kita boleh kongsikan sebagai contoh kisah CURANG SUAMI ISTERI dibawah ini...

"Aik! Tak berenti telefon ko dari tadi"...

" Errr...biasalah Najib telefon minta pendapat..." Jawab saya menipu.

" Ala...Sms dengan skandal lah tu...macam aku tak kenal koo...".

"Ustaz...errr...ada tak petua nak elakkan berlakunya curang melibatkan suami isteri...macam kawan kita ni..." Tanya seorang sahabat sambil perli pada saya. Ustaz yang boleh diajak bergurau itu cuma gelak dan berkata...

" Ada...saya pun selalu berpesan pada isteri saya...maklumlah saya disini...isteri di Kl...macam mana pun ada RISAU JUGA lebih lebih lagi mudahnya berkenalan dalam Facebook dan Twitter ni.."

"Aik! Orang sehebat Ustaz pun curiga..." Soal seorang lagi sahabat yang bab minum dan makan dia MEMANG HEBAT...cuma tak hebat TIME MEMBAYAR........

"Ala...saya pun manusia juga...dugaan saya lagi besar dari kamu..."

"Betul juga tu...orang macam ustaz ni...setan yang goda bertaraf leftenan ,kita ni pangkat sarjan je..tak pun prebet...". Hahaha, lawak betul ayat rakan sorang ni...

"Begini...curang ini sebenarnya BERPUNCA DARI KITA baik lelaki mahupun perempuan...bukan disebabkan orang lain.Maksudnya...kalau kita nak curang atau tidak itu pendirian dan pilihan kita sendiri...SEGALANYA BERGANTUNG PADA NIAT...JIKA NIAT KITA NAK CURANG, CURANGLAH JADINYA...JIKA NIAT KITA SEKADAR NAK BERKAWAN DAN BERKONGSI APA JUA...CUMA KAWAN SAJALAH YANG KITA DAPAT...sebab yang boleh kawal diri ialah kita sendiri.

Contohnya JIKA KITA BERNIAT CURANG , kita berkenalan dengan seseorang di Facebook...kita layan dia dengan baik...dia pun sambut layan kita dengan baik...mula mula berkawan...lama kelamaan muncul perasan RINDU...bila dah rindu ...Jadi kat sinilah PERLUNYA KEKUATAN KITA...Samada nak curang atau tidak.

Sebab apa terjadi macam tu...sebab ada KONSEP MEMBERI DAN MENERIMA...Kita layan, dia pun layan...saya bagi lagi satu contoh terbaik yang boleh kamu lakukan....Katakanlah kamu tambah sorang rakan di Facebook yang agak aktif online  ...dalam masa 3 hari, tak kira siang malam kamu layan rakan ini...setiap status dia kamu komen dengan baik,selepas 3 hari...kamu BIAR KAN saja rakan ini tadi......masuk hari ke 5, baru kamu muncul semula di wall rakan itu tadi...PASTI RAKAN ITU BERTANYA..." Lama tak nampak"........bibit bibit kemesraan itu boleh dimulakan dari situlah...hahaha."

"Amacam...terasa tak?" . Tanya rakan pada saya setelah Ustaz itu meneguk teh tariknya..panjang lebar tuu dia ceramah...

" Ehh!! Aku pulakkk...mana dee..." Jawab saya sambil terus membalas sms...ehh!

"Kita tengok pula sebab... kenapa perlu curang? Ada dua sebab...pertama KEADAAN PASANGANNYA...
- PASANGAN ITU TIDAK MENDAPAT apa yang sepatutnya  seperti ADA  ISTERI ATAU SUAMI TAK PANDAI JAGA HATI MASING MASING, tiada keserasian dan sebagainya, kebetulan pula  dia bertemu pula pasangan yang MAMPU MEMBERIKAN APA YANG DIA MAHUKAN ...Jadilah kecurangan.

-Sebab kedua....diri dia sendiri ........maksudnya,atas kehendak diri untuk kepuasan nafsu ataupun kepentingan peribadi...sukar nak jelas bab ni...

"Err...PETUA Ustaz...macam Ustaz cakap tadi...ADA CARA berkesan nak elak curang ni...menarik pulak nak tau...Manalah tau boleh INSAFKAN SAHABAT KITA NI...hahaha".

"PETUANYA ...cuma berpesan dan tawakkal...contohnya saya berpesan pada isteri saya...

"Kalau awak curang DIBELAKANG SAYA...saya memang susah nak nampak...tapi sahabat baik saya nampak...iaitu Allah. Dan sahabat baik saya itulah yang akan memberitahu saya AWAK CURANG ATAU TIDAK...Kerana saya memang RAPAT DENGANNYA".

Perghhhhhhhhh!! Terus saya berenti sms...betul betul MENDALAM ayat ustaz ni...Adehh!    


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.