-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 18 Oktober 2013

BUKTI PANAS DALAM LAGU SITI NURHALIZA...dasat gilerr

PEMBACA

BETULKAH LAGU  "LELAKI"  SITI TUJUKAN PADA DATO NIK AZIZ?? 

LOGIK KE LAGU LELAKI SEBENARNYA DITUJUKAN PADA TUN DR MAHATHIR?

LEBIH GEMPAR......LAGU LELAKI SITI SEBENARNYA UNTUK ANWAR IBRAHIM!!


Adoiii!!!....itulah perseksi lagu Lelaki yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza yang penulis temui dalam beberapa forum dan blog sekarang. Masing masing berhujah sesama sendiri hingga timbul persoalan .........LAGU ITU SEBENARNYA UNTUK SIAPA??


Oklah...kita lihat fakta ini ,  penulis percaya, lagu LELAKI nyanyian Dato Siti Nurhaliza ini tidak akan jadi isu panas kalau nama Dato Nik Aziz Nik Mat  tidak dikaitkan. Bila nama Nik Aziz dikaitkan, jadilah gumpita  penyokong parti masing masing, akan ada yang terlebih emosi hingga nak terkeluar gusi lebih lebih lagi melibatkan artis kesayangan mereka memihak pada satu satu parti. 

Maka tidak semena mena terkeluarlah tuduhan sebegini

......."Siti pengkhianat negara , tak kenang jasa". "Boikot Siti ". "Siti termakan hasutan pembangkang" " Haramkan lagi Lelaki Siti"

Dipihak lagi satu........" Siti penyokong PR". " Siti sokong Nik Aziz". " Siti dah berubah"  " Siti tidak setuju MINYAK NAIK...ehh!! " hahaha

Itulah hakikat budaya ala BUAYA politik negara kita , jika diandaikan SEPASANG SELIPAR diletak lambang parti pun....SELIPAR ITU AKAN DIBALING dan seterusnya DIBUANG . Jadi anda dah nampak kan permainan politik yang sentiasa mencari isu hingga adakalanya isunya TIDAK LOGIK dek akal macam menyamakan kenaikan harga minyak dengan harga minyak di Singapura ehhh!! 

Berbalik pada isu Lagu Lelaki yang liriknya ditulis oleh Habsah Hassan ini...... Kita lihat liriknya....  

Telah berdiri seorang lelaki 
Hidup berbekal kecekalan diri 
Walau menghadapi sejuta cabaran 
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan 
Bertahun sudah hasratmu terhalang 
Tetap bersemarak api keazamnya 
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah 
Kau mendaki setangga ke setangga 
Semakin hampir menjejaki puncak 
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki 
Derita dapat diselindungi 
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati 
Di dalamnya kau mengenal diri 
Tenangnya wajah matangnya bicara 
Kerana kau menyakini 
Tuhanlah yang maha ESA 
Kerana kau menyakini 
Tuhanlah yang maha ESA

Ada tak dalam lirik tu ditulis nama Nik Aziz, Mahathir mahupun Anwar ?? Tak adakan......yang ada cuma LELAKI ......bila disebut lelaki termasuklah kita yang lelaki kecuali anda tak mengaku anda Lelaki atau berlaki ehh!! 

Sebenarnya perpeksi kita menafsir lagu ini.......dan TIDAK SALAH KALAU KITA TUJUKAN PADA SESIAPA ...yang salah KITA DOK MAKI HAMUN sesama sendiri  sambil cuba bermain politik...KAN ELOK lagu ini ditujukan pada BAPA KITA.....nampak lebih Shafie AFDAL gitu!



Tapi kalau nak berpolitik juga, jika ditanya pendapat penulis pula.... hendak dibandingkan antara Nik Aziz dan Mahathir , LAGU INI LEBIH SESUAI UNTUK ANWAR IBRAHIM ,jika kita HAYATI PERENGGAN LIRIK DIBAWAH
"
Kau melangkah bermula dari lembah 
Kau mendaki setangga ke setangga 
Semakin hampir menjejaki puncak 
Semakin sering kau ditikam onak "

"Semakin hampir menjejaki puncak.......semakin sering kau ditikan onak" cuma Anwar  saja yang belum berjaya mencapai cita citanya kerana diaibkan dengan macam macam  ....ACANERRR??


1 Mesej diterima:

The song title Lelaki (warkah seorang anak) was specially dedicated to former Prime Minister of Malaysia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. The lyrics was written by Habsah Hassan and composed by one of the Kopratasa's member (Siso). This song is made special just for him as a remembrance of his contribution to Malaysia.

http://en.wikipedia.org/wiki/Pancawarna

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.