-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 6 September 2013

WAJIB BACA... MAAF TIDAK DAPAT TOLONG

PEMBACA

Huhuhukkk... Jawapan yang terbaik untuk permintaan berkaitan pinjaman bank menggunakan nama dan payslip kita adalah, 'Maaf... Tidak dapat tolong'.
Nak kasihan kat orang  ke atau nak kasihan pada diri sendiri?

Saya pernah menghadapi situasi ini dan memanglah agak sukar untuk nak mengatakan 'Maaf... Tak dapat nak tolong'. Tak kisahlah kalau itu adalah kawan baik mahupun ahli keluarga atau adik beradik, apabila beberapa kali diajukan permintaan untuk “aku nak guna payslip nama kau lah untuk mendapatkan pinjaman kerana nama aku dah diblacklisted”. Aduhai. saya jadi serba salah dan mulut seakan terkunci. 

Saya menjadi agak hampa kerana situasi ini boleh mengubah persahabatan atau perhubungan kekeluargaan. Ianya pasti akan jadi kekok.

Bila nama dah blacklisted. Apa perkara pertama anda harus lakukan? Adakah anda mahu lari dari membayar hutang yang sepatutnya anda bayar? Buat tidak tahu seakan hutang itu tidak wujud? Menyalahkan orang lain sedangkan hakikatnya anda sendiri yang tidak dapat melangsaikan hutang tersebut? 

Kita memang takkan boleh lari dari masalah yang sedia ada itu. Jadi tanya diri kita balik, kita yang cari masalah itu makanya adalah tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah itu. Jadi nasihat saya, kalau nama dah blacklisted (hutang kereta/hutang apa-apa jelah) maka bayarlah hutang itu sehingga langsai.  Selagi kita boleh membayar berapa yang kita mampu dan pergi bersemuka dengan pihak bank insyaAllah masalah itu boleh dipertimbangkan dan boleh diselesaikan. 

Bila dah blacklisted dan memang tak mampu nak dapatkan pinjaman baru makanya, pakailah atau beli apa yang termampu. Lebih baik beli motor ataupun kereta secondhand secara cash yang termampu. Tak payahlah nak berangan nak pakai atau nak membuat pinjaman kereta yang sudah tentu tak mampu nak bayar kemudiannya. Sedangkan nama dah blacklisted, hutang pun tak langsai itu sudah menunjukkan kemampuan sebenar kita.

 “Maaf… Tak dapat nak Tolong...” 

Cakap memang senang 'Guna payslip nama kau je, tapi bulan-bulan aku yang bayar!' 
Masalahnya: Apabila menggunakan Payslip nama saya, maknanya sayalah yang kena sign agreement dengan pihak bank. Saya juga akan dipertanggungjawabkan untuk pinjaman tersebut. 

Sekarang bolehlah kata 'aku mampu bayar bulan-bulan' tapi itu sekarang, ada fikir kalau ditimpa masalah pada masa akan datang? 

Pinjaman kereta contohnya: dalam jangkamasa 7 tahun -  
Pinjaman ni bukan pinjam kejab-kejab tapi bertahun-tahun. Macam-macam boleh berlaku dalam tempoh bertahun-tahun tu. Contoh yang tak mustahil boleh berlaku iaitu lambat bayar ansuran, tunggakan atau repair kereta. 

Kalau kita TERMISS bayar bulanan atau ada tunggakan, pihak bank cuma akan cari saya. Mereka tak akan cari orang yang saya bagi guna nama saya ni buat pinjaman. Nampak tak kesulitan yang bakal ditimbulkan nanti?

Sentiasa fikir jangkamasa panjang bukan fikir untuk jangkamasa pendek...

Permintaan yang seperti itu menunjukkan orang itu adalah seorang yang 'selfish' kerana dia tahu, ia barangkali akan menyusahkan orang yang memberi nama untuk pinjamannya

Jadi sebelum nak 'menyalahkan orang sebab tak nak menolong', kaji balik munasabah atau tidak permintaan untuk mempergunakan nama orang lain untuk kesenangan diri sendiri? Adakah ianya adil??? Adakah ia memberi kebaikan kepada kedua pihak?

Bagi saya, permintaan ini agak melampau. Tak semua perkara boleh diselesaikan dengan jawapan, 'Ya atau Boleh'. Kadang kala jawapan terbaik untuk sesuatu masalah adalah “TIDAK!!”

Kadang kala saya rasa geram bila dah beritahu dan explain pun orang itu masih tak faham atau tak mahu faham. Apa sahaja perkara berkaitan pinjaman bank ni kami tak boleh tolong dan tak mahu libatkan diri. 

Ianya bukan perkara mudah, persahabatan atau pertalian keluarga boleh rosak atau musnah jikalau timbul masalah di kemudian hari. 

Dari luaran mungkin mereka nampak kehidupan saya dan suami ni 'senang' tapi itu tak bermakna kami memang sentiasa senang. Itu hanya menunjukkan bahawa kami okay, kami tak perlu pamerkan pada orang bahawa kami ada masalah. Apa yang paling penting bila ada masalah, biarlah kami sahaja yang menyelesaikan masalah atau tanggungan yang ada tanpa membebankan orang lain.

Mesej ini memang ingin saya sampaikan pada mereka yang fikir 'ini adalah perkara mudah'. Think again.


  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.