-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 10 September 2013

NYAMUK DI PULAU PINANG............ADOIIIIII!

PEMBACA

Cuti raya yang lalu kami sekeluarga sempat melawat Pulau Pinang...memang dah lama berhasrat nak ke Pulau Pinang....tapi apakan daya....sebagai anak kelahiran Johor semua adik beradik dan saudara mara berada di Johor, jadi hasrat tu lewat untuk direalisasikan hinggalah suami triba triba menyatakan hajatnya untuk bertemu rakan rakan lama kerana dia pernah belajar di sana dulu.


Ibarat impian menjadi nyata, Nur dan anak anak sangat teruja...lebih lebih lagi nak merasai Jambatan Pulau Pinang dan berFeri.......Perjalanan yang jauh iyelahkan..dari hujung Utara menuju ke hujung Selatan...memang memenatkan ditambah pula dengan KETAKUTAN SUAMI PADA AES...ehh!

Lebih kurang 7 malam kami pun sampai....rupanya suami encik +Dukun Pasir JOMGELAKFM  sudahpun menyewa satu rumah kampung yang dikelilingi bendang........memang sangat menarik pemandangannya terutama bila kami sampai diambang senja........

Malam itu selepas kami keluar makan, tidak banyak sangat yang boleh dilawati maklumlah masing masing kepenatan ...Namun...dengan keterajuan nak tidurpun dibuka tingkap...maklumlah nak tengok sawah bendang diluar saujana mata memandang.....bertempek lah kami sekeluarga tepi tingkap ...MEMBAWA HALUAN ANGAN DAN KHAYAL masing masing sambil merenung petak sawah diluar.

"Ahh! Dah ngantuk ibuuu......" Kata anak sibongsu sambil beraksi kurang sopan...menguap tak tutup mulut..........huh! Mesti berderu deru setan nak masuk dalam mulut tu...kecuali setan montot besar...ehh!!

" Tidurlah duluuuu...ibu belum habis berangan lagi ni.....baru nak menanam padi ni...iskkkk". Kata saya sambil cuba berjenaka.

Triba triba terdengar anak sibongsu dok PAP! PAP! seakan menampar sesuatu.

" Napa dikk..." Tanya saya.

" Nyamuklah ibuu..." Pap! Dengar si anak menampar lagi...ahh! Dok sibuk berangan tak terfikir pula kehadiran nyamuk tadi....adehh!!

"Alamakkkkkkk!! Baba lupa nak beli ubat nyamuklah..." Kata suami yang prihatin lalu terus keluar untuk mencari ubat nyamuk........

Tinggallah kami tiga beranak sambil berangan diselang seli menampar nyamuk...
Pap! Pap! 

Dah siap menanam padi dalam angan saya tadi...saya pun hampiri anak sibongsu yang lebih banyak menampar nyamuk dari tidur.......

" Ehhh! Kenapa adik susun bangkai nyamuk macam niiii......." Tanya saya sedikit hairan bila melihat beberapa ekor bangkai nyamuk yang mati dalam keadaan mengerikan sebab ditampar diletak diseliling ruang tidur anak sibongsu....Ada 2 ekor di kaki....diatas bantalnya diletak 3 ekor....adehhh!!

" OOOO.........ITU SEBAGAI PERINGATAN BERAMARAN PADA NYAMUK NYAMUK LAIN IBU...". Jawab si anak dengan muka geram..........

ADOIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIILAAAAAAAAAAAAA...anak kuuuu!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.