-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 10 September 2013

MASYA ALLAH! CUMA AIR MINERAL SAJA ..........

PEMBACA

Semua tahu buat baik sesama manusia adalah amalan mulia dan sangat digalakkan....namun untuk membuat satu satu kebaikan itu bukanlah SEMUDAH yang disangka....Tak semua orang mampu lakukan walaupun ianya sangat mudah ........


Penulis ada seorang rakan yang sederhana hidupnya...kerjanya memerlukan dia berulang alik kesana kemari...senang cerita, hidupnya LEBIH BANYAK DALAM KERETA dari dirumah.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari penulis terpaksa menumpang keretanya untuk ke JB. Sebelum memulakan perjalanan...penulis melihat dia membeli air mineral water bersaiz kecil dalam kuantiti yang banyak menyebabkan penulis menegur

" Pasal ko tak beli saiz besar saja ,kan mudah nak bawa". 

Rakan penulis cuma diam dan senyum saja...perjalanan kami diteruskan. Sepanjang perjalanan itu kami menempuh hampir 3 sekatan jalan raya yang dibuat oleh Polis dan JPJ. 

Dalam setiap sekatan @ pemeriksaan pengendali undang undang iaitu polis dan JPJ tadi,rakan penulis akan menyerahkan dua tiga botol air mineral pada mereka menyebabkan penulis tergamam dan terharu dengan sikapnya.

Katanya...itulah cara dia menghargai jasa dan pengorbanan polis dan JPJ...

" Ko tak takut ke dengan pandangan orang ramai yang mungkin menuduh ITU RASUAH" . Tanya penulis.

" Rasuah itu sebenarnya niat dihati kita dan cuma Allah yang tahu. Jika kita niat baik bukan untuk menunjuk nunjuk...Allah permudahkan . Sama juga dengan seseorang yang datang minta derma dengan kita...bagi saja berapa yang kita mampu...jangan pertikai SIAPA yang minta derma dan kemana wang derma itu...mana tahu yang minta derma itu MALAIKAT untuk menguji keimanan kita.." Jelas rakan penulis tadi sambil membelok masuk ke surau untuk kami singgah solat Zohor.

Selesai solat, kami meneruskan perjalanan lagi...sepanjang perjalanan itu penulis memegang air mineral water yang nilainya cuma RM1.00 tetapi mampu mengubah  seseorang agar menjadi semulia manusia. 

Terfikir penulis waktu itu...Mampukah kita lakukan ? Beranikah kita dengan rela hati dan penuh keinsafan menyerahkan sebotol air mineral water bersaiz kecil ini kepada seorang anggota trafik yang terpaksa berpanas atau berhujan untuk melancarkan perjalanan kita jika berlaku kerosakan lampu isyarat atau  kemalangan?? 

MAMPU KAH KITA??



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.