-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 2 September 2013

NAK TAUUU? INILAH PUNCA NYA

PEMBACA

"Baba...malam ni ada live bola...kita nak lepak kat nee?" Tanya anak bongsu yang memang minat bola sejak bayi. 
"Musim ujan dan indek cuaca tak seimbang ni...kita lepak kat rumah jee la.." Aku berkata.
" Tak kan lepak kosong Baba..belilah sikit makanan ringan ". Anak bujang sulungku pula memberi pendapat tanpa dia sedari aku semakin merempat dihujung bulan...adehh!


"Sangat bijaksana idea Abang tuuu...Jom baba kita menyopingkan diri..." Sibongsu telah memaksa aku dalam diam untuk KELUARKAN BELANJA lagi...ingatkan nak lepak kat rumah dapat jimat...terkena laggii!!

Sedang kami bertiga berarak nak keluar rumah...si ibunya pula menyapa.....

" Nak kemana pula?" Si ibu bertanya .

" Ini projek orang laki...hahaha". Jawab anak bongsu ku lagi menyebabkan si ibu dan sikakak mula "TAK PUAS HATI". 

Baru kereta nak bergerak keluar...tersangkut pula dengan kereta adik perempuanku yang datang beraya...borak borak sambil dijemput masuk kerumah sepintas lalu...kami pun tunaikan hajat untuk menyediakan kelengkapan makanan ringan malam niii...

Yesss!! Makanan ringan yang jika dikira budgetnya DAH JADI MAKANAN BERAT diletakkan betul betul depan skrin tv petang itu...Aktiviti seterusnya ialah beramah mesra anak beranak dan adik beradik yang kebetulan datang beraya.

Seawal 10 malam...anak bujang dan bongsuku dah mula gelisah...mula terasa TERCABAR...

" Camne ni Baba??"  Aku tidak menjawab..cuma diam sambil garu garu kepala menjeling ke ruang tamu..menjeling ke skrin TV 42inci. 

" Tak boleh jadi camni Baba...bola nak mula dahhh" . Yang sulung siap berjersi bola cuma tidak berkasut bola saja malam itu mula memberikan tekanan untuk aku bertindak!.

" Errr....er....kami nak tengok bola....boleh ke...er...boleh kee.." Tanya ku pada isteri, anak perempuan, adik perempuan dan seorang rakan adik perempuanku...juga seorang perempuan! .....

"TAK BOLEHH!!! " Jawab mereka serentak sambil serentak MENJELING PADA KAMI golongan lelaki yang mula terasa ditindas malam ituuu. 

" HUH!! Dah agak baba...kalau ibu dan kakak tengok drama...disokong sebulat suara pula oleh Mak Teh,Mak Su dan Mak Chik (rujuk pada adik adik perempuanku) KITA PASTI DITINDAS!!" Rungut anak bongsu ku semasa dalam  kereta menuju ke kedai MAMAK UNTUK TENGOK BOLA...  
Membawa bersama "Makanan ringan" tadiii....

Nahh!! Sekarang anda dah tau kenapa RAMAI LELAKI SELESA LAGI AMAN TENGOK BOLA KAT KEDAI MAMAK.......kami terpaksa...kami ditindas!! Hahahahahahaha


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.