-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 2 September 2013

GEMPARRR!! BERITA PENIPUAN YANG KANTOI

PEMBACA

Sebelum anda baca...anda lihat dulu berita berita kantoi yang hingga kini tidak mampu dijawab oleh mereka mereka yang terlibat! 




Ramai yang berpendapat......apa nak kecoh! Naik pun 20sen saja dan kalau tak setuju JALANLAH KAKI.....oklah! Disini penulis bagi jawapan mudah kerana keadaan ini memang berlaku dan pasti berlaku pada setiap rakyat yang bernyawa .


Semua tahu ,minyak adalah keperluan asas dan selalu disebut IBU DUIT...segalanya bergantung pada minyak . Jika harga minyak naik...setiap anak anak dibawahnya akan turut naik. Ini situasi biasa kerana setiap orang menggunakan minyak hatta anda pengguna pengangkutan awam pun terlibat.

Macam mana pula terlibat?? Dah tentu lah anda menggunakan bas atau teksi...teksi itu bergerak menggunakan air ke minyak?? Bila harga minyak naik..pastilah tambang teksi atau bas yang anda naik itu bertambah! 

Kembali pada isu 20sen tadi...Minyak tetap naik 20sen dan ianya tetap menjadi 20sen dan tidak berubah kecuali kerajaan mengubah dengan menaikkannya menjadi lebih tinggi. Ok...faham kan...tetap 20sen.

Sekarang kita kira pula anak anak kepada ibu duit diatas...Ibunya iaitu minyak tadi naik 20sen..maka anak anak dibawahnya yang terpaksa menggunakan minyak seperti pengangkutan dan keperluan hidup  juga akan naik. Kita ambil contoh mudah kenaikannya DIANGGARKAN 10SEN..........



Ok....kita ambil 5 saja dulu barangan KEPERLUAN HIDUP YANG MESTI DIBELI  DAN semua barangan dibawah naik sebanyak 10 sen SAHAJA!!

1. Gula 

2. Tepung

3. Beras 

4. Minyak masak 

5. Susu 

Sekarang jika anda campurkan jumlah 5 barangan diatas jumlahnya ialah 50sen yang anda perlu TAMBAH untuk setiap bayaran. Itu cuma 5 barangan...sedangkan dalam sehari kita perlukan lebih dari 5 barangan asas untuk menjalani hidup..itu baru untuk hidup tak termasuk lagi lain lain kos yang perlu anda TAMBAH NILAINYA...

Cuba kira sendiri barangan penting dalam kehidupan anda...dan katakan setiap barangan yang anda kira itu cuma naik 10 sen...TIDAK MUNGKINKAH ANDA PERLU KELUARKAN RM10 sehari cuma disebabkan KENAIKAN MINYAK 20sen tadi...

JADI......BUKANKAH NILAI 20SEN YANG NAIK ITU SEBENARNYA BESARRRR PADA RAKYAT!!

SEKARANG! KIRA PULA NILAI DUIT yang anda peroleh setiap bulan?? Adakah nilai duit anda MAKIN BERTAMBAH ATAU BERKURANG??

LOGIK DAN PATUTKAH ANDA BERKATA, Jika nak jimat JANGAN BELI 5 BARANGAN ASAS DIATAS sama seperti alasan anda...minyak naik JALAN KAKI je laaa ??
  

Ada bantahan?? Harga barang boleh dikawal?? Ok soalan mudah! Terkawalkah harga barang keperluan kita sekarang?? SEKARANG ANDA RUJUK PADA FAKTA SEJARAH yang tidak menipu .

Anda imbas kembali ...pada 2010 ,apabila  berlaku kenaikan harga minyak...adakah barang keperluan TURUN HARGA?? Bukankah semua barangan itu NAIK SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA KINI? 

Lihat pula fakta bergambar dibawah...ADAKAH NILAI 20SEN TADI KECIL??


FIKIRLAH...Mahukah para pengimport ,pemborong ,pembekal dan peniaga RUGI kerana kos minyak mereka naik...tapi harga barang yang mereka keluarkan tak dapat dinaikkan seiring dengan kos minyak mereka??

Tanyalah sesiapapun...peniaga mana nak RUGI?? Hatta kerajaan sekalipun TAK MAMPU NAK MENYARA RAKYAT DENGAN SUBSIDI ...inikan pula peniaga! 



   

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.