-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 26 September 2013

KENA HENJUT DALAM KERETA

PEMBACA

Tadi semasa minum seorang diri sambil layan perasan, triba triba lalu sebuah kereta Wira yang menggunakan tayar lebar...penulis tersenyum sendiri ingatkan kisah SEDIH TAPI LAWAK zaman bujang dulu. 

Tak sangka trend tayar lebar ni menjelma semula...kini yang selalu penulis jumpa ialah pemilik Proton dan Produa pelbagai model  macam gambar di atas itu....Kenapa disebut tayar lebar?? Anda lihat gambar diatas..kan tayar nya terkeluar sikit tu...


Ini lagi beberapa contoh kenderaan yang menggunakan tayar lebar....errr...termasuk bos kami (Tapi Kembara bukan kategori kereta kan hahahaha). Oklah! Apa yang menarik tayar terkeluar begini?? Pada pandangan pemiliknya ianya pastilah cantik......KERETA NAMPAK GARANG.


Berbalik pada kisah penulis tadi...kereta pertama yang mampu dibeli ialah Mazda Familia b6 Turbo ...memang ikat perutlah nak beli kereta ni,kerja pun kat DBP Tech taklah banyak mana pendapatannya ditambah kos hidup dikota besar.


Bujang dan miliki kereta sport sapa tak suka ye tak? Oklah...bila dah ada kereta mestilah nak kemaskini bentuk badannya supaya menarik lagi tertarik. Trend masa tu selain tayar lebar ialah lowet yang maksudnya kedudukan tayar tu tidak terlalu tinggi macam gambar dibawah ni...


Oleh kerana nak jimat kos...dipotonglah spring supaya kedudukan kereta jadi lowet ,

Tapi tidaklah terlalu rapat macam gambar diatas kerana penulis gunakan tayar lebar tadi....Cantik memang cantik ...tapi sebenarnya menyeksakan dan LEBIH BURUK LAGI MEMALUKAN......nak tau...!

Masa penulis balik kampung...dengan bangganya dan dengan sukanya bila emak cakap " JOM TOLONG ANTARKAN JIRAN KITA ATIKAH NAK BERSALIN...LAKI DIA KURSUS LAK"....Dengan penuh semangat kejiranan penulis pun membantu jiran tadi bawa ke Hospital...penulis bawa emak sekali dan seorang anak perempuan Kak Atikah.

Bayangkan melalui jalan kampung dan perlu cepat sampai sebelum Kak Atikah TERBERSALIN DALAM KERETA....ditambah pula dengan keadaan kereta LOWED JENAMA MURAH! ASAL JUMPA JALAN BERLIKU AJER..PARA PENUMPANG TERHENJUT HENJUT DALAM KERETA! 

BAB TERHENJUT TU SATU HAL...SETIAP KALI KONAR ATAU TERLANGGAR LEKOK...PASTI BUNYI TAYAR SANGKUT.......cretttttttttttt!! crettttttttttttttt!! 

" HADOO LAAA....KERETA JENIS APE KO BELI NI NISBAH!! ...UDAH MACAM NAIK KUDEEE GAYEENYEE"......Marah emak sambil mengesat peluh kerana penat berhenjut dalam kereta.

"eNTAHHLAH...AKAK RASA BOLEH TERBERSALIN AWAL MACAM NI..." PERLI Kak Atikah pula sambil paut pemegang pintu...

Udahlah begitu...jalan kampung pula banyak bonggol yang perlu dilalui...bayangkan bila kereta lowed macam ni...nak lalu bonggol tu kena BERAKSI MACAM KETAM....kalau tidak SANGKUTTTTTTTTT!! Adehh.........

Hahahaha........Itulah kata orang, NAK CANTIK TAPI MENYUSAHKAN ........

TENGOK CONTOH VIDEO NI......... KAN SUSAH NAK LALU KAT BONGGOL.........Adoiiinaaaaaaaaaaaaaa!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.